Sabtu, 11 Jun 2011

KERABU NANGKA

Esok dah hari sabtu..jap je kan masa berlalu.Tak sabar nak tunggu bulan 8,jumpa insan2 yang amat2 aku rinduu..bukan sedikit rindu yang ditanggung.Setahun sekali je balik kampung dan jumpa diorang.Kalau masa masih bekerja di Malaysia..paling2 koman,dua minggu sekali mesti aku balik kampung..tepon hari2.Ni dah tinggal jauh..dapat balik setahun sekalipun,dah rasa syukur sangat2.tepon seminggu sekali..nak tepon hari2,mmm paham2 jelah kosnya.Anak2 aku liat la pulak diorang nak tido arini.Dah 11 lebih masih main kejar2 dua beradik.Adoiii mama ngantukla anak2 oiii.Esok kita ajak abah pi jalan2 ekkk..tido cepat yeee.Oh ya..berpatah balik pada tajuk diatas.Kerabu ni peberet aku tapi sukatan yang sebetulnya takleh nak bagi sebab aku main agak2 je..sorryyy yee

KERABU NANGKA MUDA

BAHAN2
Nangka muda-buang kulit,potong kecil,direbus empuk
santan
lada hitam-tumbuk halus
ikan kembung-bersih,bakar dan ambil isinya tumbuk halus
beberapa ulas bawang merah-hiris/mayang nipis
halia-hiris halus memanjang
cili api-hiris halus
serai-hiris halus
kerisik
air limau nipis
garam,gula dan perasa

CARA2
-Masukkan lada hitam,ikan yang ditumbuk halus,bawang merah,halia,cili api,serai dan air limau nipis.Gaul sebati
-Masukkan pula nangka muda,santan,kerisik,garam,gula dan perasa.Gaul sebati(aku ramas sikit nangka tu)Boleh hidang
*Lada hitam tu bagus untuk buang angin
*Sesetengah orang selepas rebus..ramas buang air nangka muda tu.Tapi aku lepas rebus letak dalam penapis bagi air kering sikit.Tak ramas sebab nangka sini jenis lembut/lembik
*ikan tu kalau taknak bakar..boleh je rebus.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...