Khamis, 30 Jun 2011

ROTI BAWEAN

Ringkas,sedap dan mengenyangkan.So aku maless nak celoteh panjang..layann je resipi dari blog kak madiha.Sape2 nak tengok cara buat langkah demi langkah,bolehla pergi usha di blog kak madiha.Aku buat tergaring sikit..pasni akan cuba buat secantik yang kak madiha punya...

ROTI BAWEAN

Sumber : Kak Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3)
copy dari : kak madiha
 
Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder
½ tspn gula
¼ tspn garam

Bahan2 Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (MaDiHaA belah 4 supaya cepat empuk)
4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup-hiris halus(aku x isi sbb takde)
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa

Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti

Cara2 menyediakan

1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.

2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.

3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.

4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap. (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!). Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut.Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi & ratakan . Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi & tangkupkan di atas inti tadi. Kemaskan bahagian tepinya & kelim tepinya seperti anda mengelim karipap. Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji Roti Bawean.
5. Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing. JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS & MENTAH DIDALAM. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
6. Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.
 Hodoh sikit rupanya tapi yang penting...rasanya sedappp (untuk tekak family aku ler kan)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...