Macam macam cerita..ala2 rojak passembor,semua ramuan dimasukkan dalam satu pinggan.
Rabu, 8 Jun 2011
MANUSIA SETAN..
Mula2 aku ingat nak letak manusia binatang sebagai tajuk..tapi bila difikir fikirkan balik..binatang pun ada perasaan sayang.Contoh terdekat kucinglah kan.Bila baru je lepas beranak,cuba korang pergi dekat dan pegang anak2 dia.Sah sah tak lama pastu dia bawa anak2 dia nyorok tempat lain.Kenapa tajuk aku kasar bunyinya????tengok gambar dibawah dah cukup untuk membuktikan ada sesetengah manusia yg memang takde perasaan dan hati perut.Gambar kat bawah ni aku dapat dari member di Facebook.Gambar baby yang baru2 ni menggemparkan seluruh negara..dicampak hidup2 dari tingkat 5.Mula2 tengok gambar ni,menitis air mata aku.Tak sanggup rasanya nak tengok lama2.Ya Allah ..mana hilangnya perasaan orang yang buat ni.Hmmm itulah bila bertuankan nafsu.Umur 13 dah bangga takde dara..bilalah nak kuatkuasakan undang2 terhadap orang yang buang bayi ni.Kalau aku jumpa setan ni (tak layak panggil manusia)..aku akan letakkan dia dengan mayat bayi ni dalam satu bilik.Biar dia berdua je dan aku nak tengok apa perasaan dia lihat keadaan baby yang sangat teruk kecederaannnya.Kalaulah dapat ditangkap setan ni..tunjuk je muka dia disurat khabar dan tv..takyah nak kabur2kan walaupun bawah umur..Kalaulah tak mahu baby ni,apa salahnya letak je depan rumah sesape...insyaallah ramai yang nak.Setannnn punya manusia.
Insyaallah..tiada kesakitan dirasai baby ni.Dia masih belum ada dosa..pasti Allah memeliharanya daripada azab kematian.Al fatihah.
Labels:
CERITA AKU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan