Banyak hari tak masukkan entry..biasalah masa untuk melepak dan bersantai santai depan komputer ni agak terhad apabila anak2 meragam.Along demam..biasalah musim2 panas ni.Si adam pulak,entah apahal la sehari dua ni meragam betul.Manja dan teramat amat kuat mengamuk..sabarrr jelah.Resepi ayam ni aku jumpa masa skodeng dapur kak Ann periuk tanah.Tengok bahan2 pun dah terliur..apa lagi,terus jalankan projek sebab kebetulan bahan2nya pun mudah dan ada dalam peti aku.Beku pulak idea nak menulis arini..mana taknya menaip sambil si adam ni atas riba.Layan resepi yang besttt dan sedap ni,,,
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 ekor ayam anggaran 1 kg- potong kecil
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng ayam
5 ulas bawang putih dihiris atau diketuk sedikit sahaja
1 inci halia- hiris halus
2 batang serai- diketuk atau dipotong serong panjang 1 inci
1-2 sudu besar sos tiram
sedikit lada sulah
3 sudu besar kicap manis- ikut citarasa
2 labu bawang besar dihiris ikut citarasa- banyak lagi sedap
10 helai daun limau purut dihiris halus- banyak lagi sedap
2 biji cili api-potong kecil2(aku tambah)
1 sudu makan cili kisar (aku tambah)
Cara membuatnya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kuyit. Goreng separa garing dalam minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan 5 sudu besar minyak gorengan tadi ke dalam kuali lain. Tumis bawang putih,cili kisar dan halia hingga wangi. Masukkan serai, kicap manis,lada sulah dan sos tiram. Tambah sedikit air dan didihkan.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan bawang besar yang dihiris,cili api dan daun limau purut. Gaul rata dan tambah garam jika belum cukup masin. Sedia dihidang bersama nasi panas..... Aku masukkan air lebih sikit sebab nak berkuah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan