Isnin, 6 Mei 2013

Kerabu Rumpai Laut

Siap memasak.Arini masak simple2 je sebab laki aku masih dilaut.Biasanya bila dia cuti baru aku masak meriah2 sikit.Arini layan kari ayam dengan kerabu rumpai laut.Rumpai laut baru2 ni hangat juga diperkatakan.Terpulang pada pandangan individu.Aku ni minat giler dengan rumpai laut.bukan pasal kolagen2 tapi suka makan.Laki aku asal orang sabah.Kalau disabah..rumpai laut ni diorang buat macam makan ulam je.Kalau korang nak rasa..dikedai2 makan di sabah banyak.Gerai2 ikan bakar di belakang pasar filipina tu pun kebanyakannya sediakan rumpai laut.Tapi disana yang betul2 segar la.Aku terjatuh cinta dengan rumpai laut ni 10 thn yang lalu..masa baru kawin dan pertama kali balik sabah.Sedap di tekak aku.Disemenanjung takde pilihan.Yang kering pun jadilah..sesetengah tekak tak boleh terima sebab hanyir sikit.Aku pulak mungkin dah terbiasa..jadi sedap je ditekak.Biasanya aku buat kerabu sebab rasa hanyir tu hilang.Arini buat kerabu simple..serai..cili api..belacan..bawang besar..limau nipis..rumpai laut kuning+purple dan tomato.jom meratah...bab khasiat aku tak pasti tapi muka aku jenis takde masalah.jerawat pun malu2 nak keluar.selain kerabu...aku suka buat masker..tegang je rasa.Ada banyak lagi dirumah ni..bilalah nak habis rumpai laut ni.Nasib baik tahan lama.

2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedapnyerr.. terliur akak tgk...
akak tak pernah mkn lg kerabu rumpai laut yg mcm ni.. tp ada sejenis rumpai laut yg popular di kelantan dibuat menjadi kerabu juga.. kalau kat kelantan dipanggil kerabu saghee (bunyinya saree... tak tau nak eja mcmana.. hehe) itu mmg feberet akak.. tiap kali bulan puasa itulah yg akak cari dulu kalau blk kg... skrg dah lama tak jumpa org buat.. mgkin sebab leceh agaknya... rindu betul nak mkn kerabu tu...

samsulaili berkata...

Jom akak..kita pergi jalan2 sabah :).sana banyak rumpai laut yang segar2.makan mentah2 je.Yang disini jenis dikeringkan..hanyir sikit



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...