Selamat bercuti semuaaa..Aku ni jadi biskut jap.Agak lama menyepikan diri.Sebenarnya kesihatan kurang mengizinkan di samping sibuk merayap.Laki aku kalau dia ada..memang kitorang jarang ada dirumah.Ada je aktiviti yang hendak dibuat.Sebenarnya sehari dua ni..fikiran agak berkecamuk dan hati terluka sangat2.Sampai sekarang..luka tu masih berdarah dan belum sembuh.Nantilah tu story kemudian..Kali ni update cerita2 tertangguh dulu.Aritu masa pergi Port Dickson..aku usha2 blog2 kengkawan tentang tempat tempat menarik di Port Dickson.Kebanyakan cadang pergi cuba makan di Cowboy Place.Tak susah nak cari sebab berpandu pada En Garmin.Untuk sape2 yang nak pergi..pada gambar di bawah ada alamatnya.Nak lagi jelas..tempat ni betul2 sebelah Marina Resort.Kedai ni tepi jalan je.Sini tak banyak pilihan..ada nasi kukus..dan bakar2.Air ada 3 jenis je..limau,tembikai dan air mineral/kosong.Bagi tekak aku..sedapp.Satu set hidangan hanya RM5.kalau nak tambah kepak ayam..tonggeng..sosej dan lain2..1 cucuk RM1.Tempat ni hiasan memang lain dari yang lain.Sedap mata memandang.Pelayan pun semua bertopi ala2 koboi.Hidangan cepat je sampai dan pelayannya pun tak kedekut senyuman.Tempatnya bersih dan tak terlalu panas.
Masa aku sampai..bahagian ni belum dibuka.mungkin kitorang terawal kot..
Hiasan berdekatan kaunter bayaran.Kecuali budak kacukan bangladesh tu yerrr...yg tu tak jual.Ada orang tak percaya kitorang anak beranak.Kulit 100% berbeza.Adoii nak buat macammana..along lahir tengah malam..kih..kih..
Air dah sampai..rasa macam nak minta je topi tu.Comel pulak aku tengok.
Ni tepi meja makan kitorang.Simple tapi menarik..
Ruangan ni belum dibuka.Mungkin dia buka lewat kot.
Ni set nasinya..RM5.Nasinya agak sedikit bagi orang yang gemarkan nasi.Ayamnya memang puas hati.Terasa rempahnya..sedap dan dibakar secukupnya(x mentah dan x terlalu masak).Lain kali kalau sampai Port Dickson..memang akan datang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan