Selasa, 14 Mei 2013

PERCUTIAN MENGEJUT..

Bertemu lagi...tuan Tanah muncul kembali.Banyak hari juga aku menyepikan diri.Takdenya merajuk atau apa tapi gara2 percutian mengejut.Laki aku sampai rumah malam khamis.Keesokkannya hari jumaat tetiba je dia ajak pergi bercuti sebab kesiankan anak2.Cuti sekolah hujung bulan ni..laki aku kerja.Itu yang ajak pergi bercuti awal2 .Dia tetiba je bagitau..jom kita pergi port Dickson.Adoiii kelam kabut aku.Malam jumaat tu masukkan je keperluan yang patut.Hotel tak booking pun..tawakkal je.Laki aku kata..sampai sana,mana2 hotel yang berkenan kita redah je.Senang kan pergi bercuti..he..he..Pagi sabtu tu..terus bertolak pergi PD dengan pertolongan Garmin.Kalau takde Garmin memang sesat ler jawabnya.Sampai2 Port Dickson..perut terus berkeroncong minta diisi.Google mana yang patut..ramai cadangkan cuba di Cowboy Place.Senang je cari tempat ni..entry berikutnya aku cerita tentang tempat makan ni.Lepas isi perut..misi mencari hotel pulak.Kitorang singgah beberapa hotel berdekatan pantai tapi banyak yang parkingnya buat kita tak lena tido...Last2 ternampak Hotel Sri Malaysia.Lebih kurang je mana2 negeri hotel ni..sekadar untuk tidur satu malam..rasanya lebih dari ok.Parking sangat2 puas hati.Yang bestnya ialah hotel ni betul2 depan laut.parking kereta dekat hotel pastu boleh melintas jalan untuk ke pantai.Kebetulan malamtu ada pasar malam..betul2 sebelah kiri hotel.Sebelah kanan hotel pula..balai polis.Pantai depan hotel ni sampai malam penuh orang.sangat sesuai untuk mandi2 sebab landai dan ombak dia tak terlalu kuat.Pasir diapun bukan yang jenis menarik.Banana bot pun banyak.Ada pak cik pusing2 ajak orang naik bot pusing2 tengah laut.aku tak naik pun sebab anak2 mabuk laut.Telok kemang bagi aku..kurang best untuk mandi2.Orang terlalu ramai..air diapun berbahaya untuk budak.Lagi satu aku tak berapa suka telok kemang..budak2 motor terlalu ramai dan ada yang agak mencari pasal.Nanti aku ceritakan pada next entry...
 
                              

Hotel ni betul2 depan laut
 
 
Bilik kitorang 1 katil besar 1 kecil.Tapi yg kecil tu besar bagi aku.Anak aku boleh tidur berdua dan masih ada ruang..towel 3..sarapan utk 3
 
 
Bilik mengadap kolam renang.Tak sempat masuk kolam renang sebab terlalu ramai orang.Kolamnya agak kecil
 
 
Shower..takde bath tub
 
 
Toilet
 
 
*Harga bilik ni RM215..hari sabtu.hari biasa lebih murah kot
*pakej sekali sarapan utk 3 orang.Tapi kitorang berempat.Staff dia lepas je sebab adam kecik kot
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...