Semangat mengundi kawasan rumah aku makin jelas.Ramai yang balik kampung masing2 untuk mengundi..sunyi je rasa bila jiran2 takde.Dahla laki aku masih di laut..takut2 juga sebab kiri kanan rumah kosong.Sebut tentang mengundi...wall fb la yang paling hangat.masing2 penuh hujah dan yang paling aku kesalkan..kerana politik boleh bergaduh walaupun berkawan dari kecil.Aku hanya pemerhati..undi adalah rahsiakan..he..he..tapi rasa2nya kawan2 aku boleh tau aku sokong parti mana.dalam banyak2 isu..aku tertarik pasal ic biru yang diberikan pada orang luar.jangan ada yang hentam aku lepas ni ye..aku cuma nak bagitau fakta depan mata.Laki aku orang sabah...jadi aku dah terlalu kerap balik kesana.Terus terang aku cakap..benar ic mudah diperolehi.Semenanjung aku tak tahu.Abang ipar aku berkahwin dengan orang filipina sulu.Kakak ipar aku sefamily ada kad pengenalan biru dan diorang juga dapat duit brim.mak ayah kakak ipar aku memang datang dari filipina.Kalau area tawau..lagilah.Aku tak kata sapa2 salah tapi itu realiti disana.tanyalah orang asal sabah...tapi masalah ic ni dah terlalu lama.Tanah pun banyak dimiliki bukan orang tempatan.ada geran atau tak..aku tak pasti tapi masalah ni harap2 lah dapat diselesaikan suatu hari nanti.Berbalik pada hilang 2 undi...laki aku masih di pelantar minyak pada hari mengundi ni.Hmmm kenapa diorang x buat undi pos/undi awal untuk orang macam laki aku ni.Beribu juga rasanya orang yang hadapi masalah macam laki aku.Lagi 1 undi..akulah tu.Rupa2nya nama aku masih perlu mengundi di kampung.Aritu kelam kabut balik Malaysia..agak terlambat buat pertukaran alamat.Laki aku tak benarkan aku balik atas faktor keselamatan.7 thn di negara orang..aku x pernah drive.jadi aku baru nak cekap bawa kereta semula.Bahaya untuk aku drive sensorang.Ada wakil parti bawa senarai nama ke rumah ayah aku.suruh ayah call aku..diorang boleh bagi Rm??? Kalau aku balik.Aku jawab..Hmmm takpelah...x bagi duitpun saya balik undi kalau takde apa2 halangan..sebab itu tanggungjawab.zaman sekarang...x habis2 dengan janji duit..adoiii.Aku bercerita apa aku lalui..takde bagitau nama mana2 parti ye..harap2 lepas 5 mei ni..mana persahabatan yang retak kembali terjalin.
*bak kata p ramlee..jangan marah aaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan