Morrrninggg..mulakan pagi ni dengan penuh keceriaan.Penuh dengan senyuman barulah rezeki pun dekat2 je ngan kita.Aku ni terlebih ceria arini sebab esok laki aku balik.Wahhh best best..boleh rehat jap.Kalau tak..letih dan terkejar kejar sebab semua perkara perlu diuruskan seorang diri.Rasa macam nak pergi bercuti tapi anak pulak sekolah.Nasibblahhh..along cuti sekolah..abahnya kerja.Bila abah cuti..anak pulak sekolah.Pepagi dah mengarut kan..entry pembukaan arini aku mulakan dengan homegym.Akhirnya siap dan lengkap juga bilik gym kitorang..alhamdulillah.Takdelah lengkap macam gym2 di luar sebab bilik tak terlalu besar.Hajat di hati nak tambah treadmill tapi disebabkan takde ruang untuk diletak..terpaksa tangguhkan dulu.Sesetengah orang kata membazir..baik pergi gym.Sejam bukannya mahal pun.Tapi bagi aku kalau kita minat sesuatu..tak salah rasanya berhabis sikit.Beli sekali je..pastu boleh pakai lama.Lagi satu kalau lelaki ok tapi bagi aku..agak tak selesa untuk pergi gym.Pakaian perlu dijaga..mana boleh pakai seluar dengan baju ketat2...dirumah..bebas.Tak pakai tudung pun takde masalah :).Laki aku memang antara kaki gym yang tegar..
Inilah antara koleksi yang ada
Yang ni memang sesuai utk home gym.Semua ada...
Cermin yang baru dipasang.So..lengkap dah gym ni..
Yang terberat setakat ni.Kuantan ni stok kurang sikit untuk barang2 gym.Terpaksa tempah dan tunggu dari kl
Bola untuk golek2 dan kadang2 jadi bola mainan anak2..hu..hu
Ini yang teringan dan ni jelah yang aku selalu guna..kih..kih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan