Masa berlalu dengan cepat..selepas 2 minggu..arini dapat jumpa my laling.Malam tadi awal2 lagi laki aku dah pesan..arini x payah masak.Kita makan di luar..yesss I likeee.Pantang je kalau laki kata tak payah masak..suka bukan main yee.Pagi tadi beli je sarapan tak jauh dari rumah..tengah memilih kuih tetiba dengar bunyi berdentum.berderau darah aku..eksiden betul2 depan mata tak jauh dari tempat aku parking keta dan didalam kereta..ada anak aku yang sedang tido.Eksiden motor dengan motor.pakcik tu nak belok masuk ke kawasan perumahan..sorang lagi budak sekolah nak keluar dari kawasan perumahan.Betul2 jatuh tergolek ditengah2 jalan.Pakcik tu ok..boleh bangun.. cuma budak tu terbaring.Orang yg ada disitu cepat2 tarik motor dan budak tu ketepi.Sebab situ kawasan simpang perumahan dan jalan utama untuk keluar.Mujurlah kereta brek mengejut.kalau tak...aku tak boleh bayangkan apa terjadi dekat budak sekolah tu.Berdebar aku sebab motor tu kemalangan dekat sangat dengan kereta aku..lain kali aku kena dukung anak keluar walaupun dia tidur.
Habis cerita pagi tadi...ni entry gambar tertunggak.Lama dah aku buat..ni baru dapat postkan gambar.Pulut aku rendam semalaman pastu kukus.dah hampir masak..aku keluarkan pastu arung/masukkan dalam santan+garam.kukus semula.inti pulak ... kelapa parut+gula melaka/merah dan sedikit tepung gandum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan