Khamis, 27 September 2012

SIBUK PACKING



Minggu ni aku memang sibuk giler.hujung minggu ni barang2 dah nak masuk kapal.Terpaksalah bertungkus lumus untuk packing.Gambar dekat atas saja nak tayang...he..he..letak dalam facebook terus ramai yg berminat.Minta maafla kawan2.Bukan taknak tolong beli...harga kusyen atau di sini kitorang panggil majlis...x lah terlalu mahal tapi charge masuk kargo kapal yang tak tahannya.Aku beli 2 je..satu untuk rumah aku dan satu lagi untuk kawan merangkap jiran sebelah rumah.Majlis ni kena tempah dulu.kita pilih design..material dan warna cover.pastu baru dia jahit.Aku beli buat kenangan..ye lah,majlis ni ada di negara arab je..tu yg beli juga bawa balik.last2 charge kargo je cecah 5 angka.Adoii..duit..duit..jap je habis.oklah nak sambung packing semula.jap lagi kalau sempat..nak masukkan resepi yg tertunggak.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Rabu, 19 September 2012

POPIA DAN BUBUR JAGUNG

Menu ringkas makan petang..popia goreng biasa dan popia goreng bersira cili.inti boleh dipelbagaikan mengikut selera masing2..
 


 isi popia yang ringkas..bawang putih..bawang merah dan sikit udang kering ditumbuk.panaskan minyak,tumis bahan tumbuk masukkan sayur2.sayur agak layu..masukkan perasa,sikit serbuk lada hitam dan last pecah kan telur.kacau jap,matikan api.
 
 
Kalau nak bagi kelainan..buatlah popia goreng bersira cili
 
 Bahan Sos Cili:-2 sudu besar cili mesin
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
garam
bijan untuk tabur (jika suka)
Cara Membuat:-Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan


Sesekali masukkan bubur dalam menu makan petang.Kalini tekak terasa nak makan bubur jagung.Terlalu susah untuk dapatkan jagung segar disini..aku hanya gunakan jagung dalam tin.Rebus jagung sekejap dengan air,masukkan gula,sedikit garam,sagu,santan dan daun pandan.Aku hanya gunakan santan kotak.Kalau guna gula melaka/merah mesti lebih menarik warnanya.Tapi seperti biasa ..guna apa yang ada.gula melaka dah lama habis dari senarai stok simpanan.Selamat menjamu selera dengan keluarga tercinta...pstttt,arini ayat aku ala2 sastera sikit.takde idea sebenornya.

Selasa, 18 September 2012

NAK BAGI FREE ..tapi area Qatar je


Stok barang dapur dari malaysia yg banyak...inilah akibatnya kalau buat keputusan last minute.banyak yang aku dah sedekah kawan2 tapi masih ada lagi sikit.Sehari dua ni memang nak clearkan semua.Aku tak nak jual...padahal kalau nak duit lebih boleh je.Sini kalau jual,harga 2@3 x ganda dari malaysia.Tapi aku dah niat nak sedekah je untuk sesape yg nak.Barang2 rumah macam meja makan..rak tv..basikal exercise..karpet..sofa..katil2..semua aku bagi je pada kengkawan.Takpelah sesekali buat amal jariah...Kargo mungkin aku cuma bawa balik tv..komputer..kerusi arab yg member aku minta belikan dengan sedikit kelengkapan dapur.Jap lagi nak letak gambar dalam facebook.sesape nak ,boleh datang ambil dirumah..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Isnin, 17 September 2012

NASI LEMAK

Hari pertama bekerja bagi yang di Malaysia.Kalau masa aku masih bekerja dulu..hari isnin memang malas je rasa nak pergi pejabat.Dalam kepala dah terbayang kerja yang membukit atas meja.Kenangan lama..sekarang ni,tak payah memikir pasal kerja tapi hari2 asyik fikir.nak masak apalah hari ni.Buka peti pastu termenung memikir nak masak apa..tambah2 paling pening bila dalam peti tu asyik2 nampak ayam.Panjang pulak mukadimmah..pagi ni aku dengan penuh semangat masak nasi lemak.Dah seminggu tak sentuh nasi..so harini merupakan cheating day untuk aku.Selalu aku masak nasi lemak main campak2 je..tapi kali ni aku cuba ikut resepi yang simple dari junjs11 myresipi
 
 
 
 
 
Bahan untuk nasi:-
  •  2 cawan beras
  •  1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  •  1 helai daun pandan - disimpul
  •  3 hirisan halia
  •  secubit garam

  • Bahan untuk sambal:-
  •  6 sudu besar cili kering mesin
  •  4 ulas bawang merah -blend             
  •  2 ulas bawang putih -blend            
  •  1 biji bawang besar -dihiris bulat
  •  segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  •  sedikit air asam jawa
  •  sedikit belacan (jika suka)
  • garam n gula

  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng(x letak), telur rebus dan timun,kangkung             

  • Cara-cara

    1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
    2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg diblend, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
    3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
    4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

    Ahad, 16 September 2012

    RINDUU SANGAT2


    Tetiba rindu terlalu menebal.terasa macam nak terus terbang dapatkan mak abah dan peluk seerat eratnya

    Published with Blogger-droid v2.0.3

    TANGKAP KHALWAT..

    Semalam aku ada terbaca dalam suratkhabar online tentang tangkap khalwat.Tetiba je terflash back peristiwa yg pernah terjadi dekat aku.Sekali seumur hidup kot rasanya pengalaman ni.Aku hampir2 kena tangkap khalwat.Jap..jap..jangan pandang negatif dekat aku pulak.Tak pernahnya aku buat benda yg tak senonoh ekk.Masa tu aku baru beberapa bulan kerja diPutrajaya.Aku dah kawin pun masa tu tapi kitorang suami isteri tinggal berjauhan.Aku di Putrajaya..suami aku di kuantan,pahang.Kebetulan hari terjadinya macam tajuk cerita di atas..suami aku baru sampai dari kuantan(lepas maghrib) dan terus ke rumah aku.Kebetulan kawan2 serumah ada(aku tinggal rumah bujang) jadi suami aku macam malu dan serba salah nak masuk.Last2 kitorang ambil keputusan keluar makan pastu tinggal dihotel.Masatu laki aku kena training di shah alam dan company dia bagi hotel di subang jaya.Nak bergerak terus ke subang jaya..laki aku macam terlalu letih sebab dia drive sorang2 dari kuantan ke Putrajaya.So selepas sembahyang ,aku ajak la laki aku lepak2 depan masjid putrajaya.Depan tu kan banyak tempat duduk(9 thn yg lalu).Aku pun duduk la sebelah laki aku sambil borak dan makan2.Tetiba je..zappp ada orang sergah.Tak bagi salam..tak kenalkan diri..tetiba je bagi ceramah.Ceramah biasa takpe lah juga tapi yang ni ayat memang menusuk dan menyakitkan hati.Rasa nak tersembur makanan dari dalam mulut aku.Apa yang orang2 tu cakap..hmmm sampai sekarang aku ingat.Tapi bagi aku..bahasanya kurang ajar.Beberapa minit kena ceramah dan bambu..laki aku terus keluarkan kad kawin dari dompet.Dengan senyum simpul dia hulur ke orang tu..terdiam jap orang tu.Yang aku sakit hati..bukan dia nak minta maaf sebab salah faham tapi sebelum pergi sempat sound kitorang."Kalau dah kawin sekalipun..takpayah la duduk berduaan tempat gelap macamni.Nak sangat berdua..balik buat dirumahla"hu..hu..sibbaik aku laki bini penyabar.kalau tidak, ada yg makan kasut malam tu.Aku bukannya nak salahkan diorang..tapi apa salahnya datang bagi salam.Cakap elok2..perkenalkan diri dari bla.bla..bla.bukan susahpun.Ni kitorang tak sempat nak terangkan apa2 dia dah bambu kaw..kaw punya.Itulah masalahnya sesetengah orang kita.yang aku geram tu..takde aku buat apa2 pun.duduk sebelah dan rapat je.takde la nak peluk ke..cium ke..banyak mata yg memandang masa tu..jatuh juga maruah aku.kalau tak terdesak..takdenya aku nak duduk melepak dekat tempat open dan malam2 macamtu.benda dah jadi..aku buatkan sebagai kenangan pahit+masam kot.Sorry kalau ada yg kata aku ni kutuk2 orang buat operasi cegah maksiat.Aku tak kutuk cuma agak terkilan sebab caranya salah..lepasni kalau nak duduk tempat gelap..letak anak2 kat tengah2.comfirm x kena sergah lagi..ha..ha..jangan marahhh ekk

    Khamis, 13 September 2012

    SARAPAN PAGI DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API

    Salam Pagi khamis.Di Malaysia kengkawan semua dah makan tengah hari tapi aku baru terhegeh hegeh nak masukkan entri sarapan.Nak buat macam mana..qatar ni lewat 5 jam daripada Malaysia.Korang semua sarapan..kitorang disini masih sedap zzzzzzzzzzz.Pagi ni mood buat kuih ke laut sikit.Jadi,aku masak ala kadar je lah.Untuk En Suami..aku buatkan roti telur,benjo dan air milo.Along dirumah dia belasah makan pizza pastu bawa bekal roti sosej dengan nugget.Disini diorang wajib bawa bekal.Sekolah sini takde kantin macam di malaysia.Anak aku dah umur 8 tahun tapi tak pernah pegang duit sendiri lagi.Balik Malaysia ni..terpaksalah dia belajar beli makanan sendiri dikantin.Kesian aku tengok along..dia macam susah hati je bila sebut nak balik malaysia for good dan kena sekolah di malaysia.Antara sebabnya mungkin dia tak berapa faham bahasa melayu.kalau cakap melayu..tergagap gagap sikit.Dia boleh faham tapi kita kena terangkan dalam bahasa melayu+inggeris.Paling dia susah hati sebab tengok sepupu dia pergi sekolah bawa beg berat.Disini dia bawa bekal dengan buku sebuah je(parent notice).Siap tanya.mama,malaysia ada swimming pool dengan playground tak? Adoii nilah susahnya kalau budak dah biasa sekolah banyak kemudahan.Aku berharap sangat2 along boleh sesuaikan diri.Semoga semuanya dipermudahkan.Adam debab pulak sarapan nugget,Fries dengan muffin.Anak2 aku ni kalau pagi2 roti je laju.Nasi goreng ke..hmm memang tak nak.Aku pulak??hari2 asyik belasah oat+madu+low fat fresh milk.Arini tekak rasa geli dan muak dah ngadap oat.Jadi ubah selera sikit.Ni lah sarapan aku pagi ni.........
     
    Roti telur sekeping(potong 3),Carrot,timun +mayonis.Air..low fat fresh milk.
     
     
    Abis cerita pasal sarapan.Sambung pulak menu semalam punya.Untuk anak2 aku buatkan sup ayam.En suami Ayam masak lemak cili api..aku pulak yang kengkononnya diet ni mihun sup.Resepi aku tak berapa detail sangat sebab aku ni jenis kalau masak takde pakai sukatan.Main suka hati je tapi penuh kasih sayang tauuu...Ni resepi yang mak aku ajar dari kecik2 dulu lagi.Sangat2 simple.Tetiba terasa rindu nak makan masakan mak..tak sabar tunggu bulan depan.
    

     
     
    AYAM MASAK LEMAK CILI API
     
     
  • Sekor ayam..potong ikut suka
  • 1 biji bawang besar-tumbuk/kisar
  • cili api ikut kepedasan masing2-tumbuk/kisar
  • 1-2 batang serai-ketuk
  • kunyit hidup-tumbuk/kisar            
  • santan cair
  • santan pekat                                      
  • daun kunyit- disiat 
  • 1-2 keping asam gelugur             
  • garam dan perasa secukup rasa
  •             
    *boleh tambah tomato atau nanas.kali ni aku masukkan nanas            

    Cara-cara

    Potong dan bersihkan ayam. Cili api, bawang besar dan kunyit hidup ditumbuk/kisar hingga lumat, serai diketuk. Masukkan ayam,nanas ,bahan2 yang telah ditumbuk/dikisar ,serai dan santan cair ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Pastu Masukkan santan pekat, asam gelugur,garam dan perasa. kacau hingga rata. Api jangan kuat sebab takut santan pecah dan kuah jadi tak menarik.Bila ayam dah empuk, masukkan daun kunyit.Biar kejap pastu bolehlah matikan api dan hidang

    Selasa, 11 September 2012

    OLE OLE DARI TURKI

    Hati tiba2 rasa berbunga bunga.Setelah hampir 10 tahun..akhirnya dapat juga aku jejak semula kawan baik zaman sekolah dulu.seronok sangat walaupun sekadar berchatting dalam facebook.Sahabat susah dan senang masa di zaman sekolah dulu.Kali terakhir aku jumpa..masa majlis perkahwinan aku .Rindu sangat nak bertentang mata dan berbual mesra macam dulu2.Adoi tetiba teringat nostalgia zaman2 sekolah .Aku ni dulu pengawas..muka pun jenis serius je.Skema pun ye juga.Mulut pulak..macam ada emas.Susah sangat2 nak bercakap.Tapi selepas habis sekolah...perubahan yang agak ketara.Pengalaman banyak mengajar dan mengubah cara kehidupan seseorang.Tahun ni aku tak dapat ikut serta reunion sekolah.Insyaallah tahun depan boleh kot....rindu kengkawan lama.Semalam laki aku bawa balik 2 ole ole ni.Ada kawan dia pergi bercuti ke Turki..alhamdulillah rezeki.Dapat fridge magnet Istanbul dengan coklat yang sangat sedap
     
     
    Cantik fridge magnet yang dia bagi.bertambah lagi koleksi fridge magnet aku 


    Ni lah rupa dalam kotak.Rupa takde..tapi rasa..walllahhh.lapisan luar coklat tapi nipis je.Pastu dalam ada macam jeli dan kacang2 yang memang sangat sedap.Sapelah pergi turki pulak ni.Nak kirim beli lagi..tak cukup sekotak...he..he..

    Isnin, 10 September 2012

    KERABU PEGAGA +TAUGE

    
    Bermula rutin harian seperti biasa.Along dah mula bersekolah selepas hampir 3 bulan bercuti.Pagi tadi dia menangis nangis sebab baju sekolah.Aku memang sakit hati sekolah british ni..sesuka hati nak tukar warna baju.Dahler harga baju sehelai yang pihak sekolah jual mahal giler.Aku tulis nota bagitau teacher yang aku taknak tukar warna baju.Nak guna yang lama juga sebab along sekolah dalam sebulan lebih je.Selepas kena bebel dengan mama..pakai jugalah along baju lama.Si adam debab tak bangun tido lagi.Debab ni memang kuat tido sikit..mukapun dah macam mama.Makin membulat tembam.Sementara adam tido..aku santai2 layan blog jap.Kali ni nak masukkan kerabu pegaga campur tauge.Simple je aku buat.Main campak2 je.Aku buat tak sampai seikat sebab di rumah ni..aku sorang je yang makan.Laki aku cakap..ishh macam kambing makan sayur mentah.Ish..ish..pegaga yang sedap giler  pun dia tak makan.rugi betul.Ini sebenarnya gambar lama sebab sekarang ni aku sedang elakkan nasi dan makanan bersantan.Insyaallah dah hampir 3 minggu boleh bertahan.Aku buat masa ni memang tak berani ambil apa2 ubat kuruskan badan.Takut kesan jangka panjang.Aku cuma kurangkan makan..elakkan makanan manis dan berlemak serta banyakkan senaman.Insyaallah moga2 dapat kurangkan sikit lemak2 di badan ni.
    
     
     
    Bahan2:
    1 biji bawang merah-tumbuk
    3 biji cili api-tumbuk
    sedikit udang kering-tumbuk
    sedikit lada hitam-tumbuk
    1 sudu kerisik
    daun pegaga-dihiris
    tauge
    santan
    1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
    garam dan gula secukup rasa
    *tauge aku rendam air panas sekejap sbb x suka makan yg mentah
    *boleh masukkan kelapa parut kalau suka

    Cara2
    Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.

    Ahad, 9 September 2012

    MEE ROJAK

    Haii..bersiaran kembali.Rupa2nya dah sebulan lebih rumah aku ni tak berupdate.Tak dapat dielakkan sebab kebelakangan ni agak sibuk dengan aktiviti mengemas dan buang.Insyaallah bulan depan aku akan balik terus ke malaysia.Hujung bulan ni barang2 dah nak dimasukkan ke kargo untuk hantar belayar balik Malaysia.Itu yg sekarang sibuk memilih barang yang perlu dan untuk masuk tong sampah.Rupa2nya banyak juga barang2 dirumah aku ni.Insyaallah sempat kot kemas sebelum sampai tarikh balik.Dalam perancangan..insyaallah balik nanti aku tinggal di kuantan.Kitorang memang dah ada rumah.Orang yg sewa pun kitorang dah minta keluar bulan lepas.Balik ni kena baiki sikit2 rumah pastu beli barang2 macam orang baru masuk rumah sebab barang2 yg lama,semua aku sedekah pada adik2 sebelum datang Qatar.Mungkin tak beli beria ia sangat kot sebab laki aku tak pasti lagi kerja dimana.Takut terpaksa merantau lagi..Dalam kepala masih kosong,tak tahu nak buat projek apa balik nanti.kalau takde buat apa2..bosan juga dekat rumah tu.Nantilah kot difikirkan.Oklah..layan Mee rojak pulak.Resepi Mee Rojak Menanges ni aku ambil dari Blog Nanirostam yang glamour tu..sedap dan memang dah jadi resepi kegemaran kitorang.Cuma kali ni aku buat terpekat sedikit..
     
    MEE ROJAK MENANGES
    
     


    1kg mee kuning (celur)
    1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
    1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
    1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

    Bahan untuk di kisar dan ditumis:-

    10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
    2 biji bawang merah besar
    4 ulas bawang putih
    1 inci belacan
    2 sudu udang kering

    Bahan perisa :-

    1/2 cawan air asam jawa
    5 cawan cawan air
    1 keping asam gelugur
    1sudu makan garam
    1/2 cawan gula
    1 sudu teh serbuk perasa
    1 cawan minyak untuk menumis

    Kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan perisa. Masukkan kacang tanah, biji bijan , keledek dan air. Biar mendidih dan angkat.

    Bahan bahan hiasan :-

    Timun
    taugeh
    telur rebus
    cucur udang
    tauhu goreng
    limau kasturi

    Inilah rupa kuah yg agak terpekat  


    Bahan2 Rojak yang agak simple.Sini agak kurang pilihan..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...