Bermula rutin harian seperti biasa.Along dah mula bersekolah selepas hampir 3 bulan bercuti.Pagi tadi dia menangis nangis sebab baju sekolah.Aku memang sakit hati sekolah british ni..sesuka hati nak tukar warna baju.Dahler harga baju sehelai yang pihak sekolah jual mahal giler.Aku tulis nota bagitau teacher yang aku taknak tukar warna baju.Nak guna yang lama juga sebab along sekolah dalam sebulan lebih je.Selepas kena bebel dengan mama..pakai jugalah along baju lama.Si adam debab tak bangun tido lagi.Debab ni memang kuat tido sikit..mukapun dah macam mama.Makin membulat tembam.Sementara adam tido..aku santai2 layan blog jap.Kali ni nak masukkan kerabu pegaga campur tauge.Simple je aku buat.Main campak2 je.Aku buat tak sampai seikat sebab di rumah ni..aku sorang je yang makan.Laki aku cakap..ishh macam kambing makan sayur mentah.Ish..ish..pegaga yang sedap giler pun dia tak makan.rugi betul.Ini sebenarnya gambar lama sebab sekarang ni aku sedang elakkan nasi dan makanan bersantan.Insyaallah dah hampir 3 minggu boleh bertahan.Aku buat masa ni memang tak berani ambil apa2 ubat kuruskan badan.Takut kesan jangka panjang.Aku cuma kurangkan makan..elakkan makanan manis dan berlemak serta banyakkan senaman.Insyaallah moga2 dapat kurangkan sikit lemak2 di badan ni.
1 biji bawang merah-tumbuk
3 biji cili api-tumbuk
sedikit udang kering-tumbuk
sedikit lada hitam-tumbuk
1 sudu kerisik
daun pegaga-dihiris
tauge
santan
1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
garam dan gula secukup rasa
*tauge aku rendam air panas sekejap sbb x suka makan yg mentah
*boleh masukkan kelapa parut kalau suka
Cara2
Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan