Selasa, 28 Disember 2010

SOMTAM


SUMBER :MYRESEPI

1/2 Biji betik muda
1/2 batang lobak merah
2-3 batang kacang panjang-takde stok
1/2 biji timun-tambah sendiri
3 sb udang kering
DRESSING
2 Ulas bawang putih
10-15 kacang tanah
2-3 sudu besar sos ikan
1 biji lemon/limau nipis
1-2 cili padi-ikut tahap kepedasan masing2
1 sudu besar gula
tomato ceri-takde stok

CARA2
-Sagat memanjang betik,lobak dan timun.Potong pendek kacang panjang pastu rebus kejap (sape suka mentah pun boleh)
-Sediakan dressing.Masuk bawang putih dan cili padi dalam lesung dan gesek2 dengan anak lesung.Tak perlu tumbuk..cukup sekadar pecah2 sikit je.Kemudian masukkan semua bahan2 lain.Tak perlu isi garam kerana sos ikan dah cukup masin
-Siap bahan dressing..masukkan dalam bekas pastu gaul dengan bahan2 yang dah disagat,kacang panjang,tomato ceri dan udang kering.Siapppp
*udang kering dalam stok agak besar(sabah mariii),jadi aku goereng jap tanpa minyak pastu tumbuk ala2 manja je.Jangan bagi hancur sangat.

Sabtu, 25 Disember 2010

TAPAI PULUT

Tanak 3 cawan beras pulut bersama 3 1/2 cawan air.Tanak sampai pulut masak dan air betul2 kering.Alihkan kedalam bekas/talam..biarkan sampai pulut betul2 sejuk
Ambil 1/2 biji ragi.
Ragi dihancurkan..dengan menggunakan penapis ayakkan keatas pulut.Pastikan ragi kena pada keseluruhan bahagian pulut.Bolehlah isikan pulut yg dah diisi ragi kedalam daun pisang,daun getah atau yang susah dapat daun2 tu macam aku..isi je dalam tupperware(senang dan cepat)

Pastu balut bekas berisi tapai pulut dalam kain..aku belasah kain batik je.Letak bungkusan ni dalam tempat gelap..aku letak dalam lemari.Peram tapai ni dalam 2 hari..pastu boleh letak dalam peti..sejuk2 lagi sooodappp.
Petua dan pantang larang merapu mak aku:-
1.jangan tanak guna air banyak sebab nanti tapai tak manis..air je leeebihhh
2.Pastikan masa proses buat tapai takde ayam ternampak..nanti tapai tak jadi.Mak kata "kak li..hang kena buat tapai waktu malam sebab ayam dah tidoq"adake ayam disalahkan.Mak..mak..
3.Tapai tu betul2 masak/dah manis sama waktu dengan masa kita buat.Contohnya kita siap buat tapai tu pukul 9 malam maka kena buka bungkusan tu pukul 9 malam juga.Aku tak ikutpun..tapi tapai manis melecas juga..he..he..anak derhaka betul aku ni
4.Orang ada amal apa2 ilmu..bila buat tapai takkan menjadi.
5.Masa tengah datang bulan/haid jangan buat tapai..nanti tapai tak jadi.Kalau jadipun..tak manis.
6.Jangan banyak berborak masa proses buat tapai..nanti tapai tu 'merajuk'
Oklah..cukup banyak tu je petua dan pantang larang yang aku pun tak tau betul atau tak.Tapi banyak yg aku belasah langgar je..tapai jadikk je.Biasalah orang2 tua ni..sebenarnya pantang larang diorang tu ada sebab yg tersendiri..so pepandailah nak ikut ke tak.Macam aku..memang jenis derhaka sikit.Yang dilarang tulah yang aku suka sangat buat..he..he...

Rabu, 22 Disember 2010

KUIH KOCI

BAHAN2
a)doh
2 cawan tepung pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
*sape nak campur tepung pulut biasa ngan tepung pulut hitam boleh juga.Sini takde tepung pulut hitam.Kalau nak campur..11/2 cwn tpg pulut biasa dan 1/2 cwn tpg pulut hitam

b)
lebih kurang 1 cawan santan pekat campur dengan satu sudu besar tepung gandum..dimasak dengan api perlahan sambil2 kacau hingga jadi agak pekat.

c)daun pisang dilayur

d)Inti
1 biji kelapa parut
gula merah/gula melaka (agak2 lah ye)
satu sudu besar tepung gandum
sedikit air
-Campurkan air dan gula merah/melaka.Dah nampak gula cair..masukkan kelapa parut.Guna api perlahan.Dah nampak air nak kering..masukkan tepung gandum.Kacau sampai agak kering(biar lembab2 sikit..baru sedap inti)

CARA2
-Untuk doh..masukkan tepung pulut dan garam dalam bekas..tambahkan santan cair sikit2 sambil diuli hingga menjadi doh lembut.jadikan doh bulat2 kecil(ikut sukalah nak besar mana)
-ambil daun pisang yg dah dilayur..sapu sikit minyak kat atas daun tu.Ambil doh yg dah dibulatkan kecil2 pastu tekan sampai jadi leper..masukkan inti.Bulatkan semula doh.letak atas daun pisang (tekan sikit doh tu) dan isikan 1 sudu teh santan pekat(b) atas doh tu.Balutlah doh tu..ikut sukalah nak balut bentuk macam mana..su nak buat bantal tapi daun pisang keras la pulak (daun pisang apalah yg diorang import)..last2 camnilah bentuknya ..jadilah kan...kukus sampai masak..


Selasa, 21 Disember 2010

KEROPOK LEKOR

Sumber :MYRESEPI
BAHAN2 :
1 kg Ikan kembung/selayang
5-10 ulas bawang putih
1 kg tepung ubi/kanji
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit perasa
air
*aku gunakan 500 gram tepung ubi(sebab takde stok) dan selebihnya tepung 'nisha'.Aku tak gunakan tepung gandum

CARA2
-Asingkan isi ikan dari tulang.Blender isi ikan bersama bawang putih dan sikit air.Kemudian tuangkan kedalam bekas.
-Masukkan secubit garam,perasa,serbuk penaik dan tepung.Tepung tu jangan isi semua..isi sikit2.Uli/gaul sehingga tak lekat ditangan.Kalau masih lekat di tangan dan agak lembik..tambahkan tepung ubi/kanji
-Sapukan tangan dengan sedikit minyak,uli adunan dengan bentuk memanjang.Ikut sukalah nak panjang mana.
-Dah siap uli..didihkan air yang dicampur sedikit minyak(untuk elakkan keropok lekor lekat satu sama lain) dalam periuk .Air dah mendidih masukkan keropok lekor yang dah diuli tadi.Keropok lekor akan terapung dipermukaan air apabila dah masak.
-Bila dah timbul,angkat dan toskan.Bila dah sejuk bolehla dipotong dan terus goreng.
*Aku suka resepi ni sebab bila goreng..ianya garing diluar tapi lembut didalam.Pastu walaupun dah lama digoreng dan sejuk..ianya tetap lembut dan tak liat.

Baru sudah direbus
Yang ni pulak.... dah siap digoreng.


Isnin, 20 Disember 2010

OPEN DAY...

Dimalam yang sejuk ni..tapi taklah sampai tahap beku lagi,sempatlah jap aku curik2 masa nak masuk citer2 pasal open day kat sekolah along aritu.Ni ada masa pun sebab hero dua orang tu dah membuta..abahnya pulak pi main bola.Oooooyeeehhhhh..aku bebas merdeka untuk bertenet kejap.Siang2 agak susah nak bertenet sebab along dah mula cuti untuk winter ni..memanjang dia je nak guna komputer.Laptop ada tapi aku kureeeenggg suka guna sebab leceh.Pastu si kecik pulak kejap2 datang menenggek atas paha nak join bertenet sekali.Berbalik citer open day sekolah along..aku pi lah bawak sikecik ni pi sekolah..kalau tak pi kesian pulak kat along dok terjengah jengah kepala (ala ala macam kepala zirafah) cari mama.Bukannya ada apa sangat..pi melawat kelas pastu tengok aktiviti diorang sepanjang sesi persekolahan.Tapi macam biasalah..sekolah omputih ni manalah belajar dan bawa buku banyak2 macam kat malaysia.Beg penuh pun dek bekal je.Pastu adalah diorang buat assembly aritu..yang aku suka kat sini..cikgu2 dia tak macam kat malaysia.Waktu perhimpunan cikgu2 duduk sekali dengan murid2.Kalau bebudak ni bising..teacher dia bagi isyarat tangan je...diam terus.Sunyi sepi jadinya...tapi tak bestnya dalam kelam kabut aku lupa bawa kamera.Layan je lah gambar yg aku ambil guna handphone je..jadilah dari takde kannnn



Macam2 rupa ada..dari pelbagai negara.Tengok tu..cikgu2 dia duduk disamping pelajar.Yang atas kerusi tu mak bapak bebudak.

Patutlah balik umah je..buka kasut berterabur pasir dalam rumah.Rupa2 ni keje diorang waktu rehat.Bebudakpakai baju kaler tu sebab aritu diaorang ada P.E.yg uniform sebenar warna biru(macam budak pegang bakul tu)anak aku?yang cekeding tepi bakul tu.Baju biru gelap.


Walaupun lain kelas..waktu rehat tetap geng2 ni bersatu.Geng2 malaysia belaka ni...Taknaknye dia geng ngan budak lain...tak ngam kot.

Cuba tengok..kalau kat malaysia kena buang keja dah ni.Punyalah santai teacher along pakai..seluar pendek ngan tshirt ketat.Tu korang belum tengok time gala swimming lagi.Cikgu pakai baju renang je..mak bapak cuci mata jelah...

Budak kecik ni dari sampai hinggalah balik..kejenya melantakkk je.Tak kisahlah janji tak meragam.Adam pulak excited nak main sekali ngan along..member2 along dibuatnya macam kawan dia je...

Ni pulak masa makan.Sini budak2nya bawa bekal..takdenya kantin macam malaysia(jimat duit aku..he..he..he..)Mana pergi mesti ngan bestfriend dia..nama pun hampir sama..Izzad dan Azhad.Member kamceng dia ni budak sarawak.Along sedang gelak nengok adik dia la tu...


Khamis, 9 Disember 2010

AYAM PANDAN

sumber : myresepi
BAHAN2
1 Ekor ayam
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci kunyit
*1/2 inci lengkuas
*2 batang serai
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan manis
*10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 sudu besar santan pekat
1 sudu besar madu
garam,gula,perasa
daun pandan secukupnya
#BAHAN BERTANDA * DIKISAR/TUMBUK
CARA2
-Ayam dibersihkan.potong kecil2 (su buang semua tulang).Gaul bahan kisar,madu,santan,garam,gula dan perasa dengan ayam.Su perap kejap dalam 1 jam.
-Buat poket dengan menggunakan daun pandan dan masukkan ayam kedalamnya.
-Balut ayam dengan daun pandan.Cara bungkus lebih kurang macam buat ketupat palas.Langkah demi langkah boleh tengok disini.
-Siap bungkus,goreng hingga perang keemasan dengan api sederhana.Angkat dan boleh dihidangkan.Aroma dan rasanyaaa.....besttttt dan sedappppp.

Belum digoreng



Taraaa...dah siappp tapi terhitam sikit...he..he..

AYAM MASAK MADU

BAHAN2
1 ekor ayam
Garam
Serbuk kunyit
1 sudu rempah kari ayam
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
2-3 sudu besar cili kering
3 sudu besar madu
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar sos tomato/tomato puree
1 biji bawang besar-potong bulat
air
#bahan2 bertanda * di kisar halus
CARA2
-Potong ayam....bersihkan.Perapkan ayam bersama bahan2 yg dikisar,garam,kunyit dan rempah kari.
-perap ayam dalam 1-2 jam...pastu ambil ayam dan goreng hingga masak...tos dan ketepikan.Simpan bahan perapan untuk dibuat kuah.
-Panaskan minyak,gorengkan bawang besar hingga layu,masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering.tumis hingga terbit minyak.
-Masukkan sos tomato/tomato puree,madu,gula merah dan air.Akhir sekali masukkan ayam..biar nampak pekat sikit..tutup api.Siapppp

Rabu, 8 Disember 2010

DANGAI

Sumber : Rinnchan
3 biji kelapa parut-yang muda
500 gram tepung pulut
secubit garam
sedikit gula pasir

Bahan taburan
Gula putih/merah secukupnya

CARA2
-Gaulkan kelapa parut,tepung pulut,garam dan gula..Bahagikan kepada dua bahagian.
-Tekan satu bahagian kedalam loyang yang telah dilengser dengan sedikit minyak.Taburkan sedikit gula putih/merah mengikut selera masing.
-Tuangkan separuh lagi adunan dan tekan padat.
-Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celcius hingga nampak agak keperangan.Jangan sampai terlalu garing.Step by step boleh lihat di sini.





Selasa, 7 Disember 2010

emmmmm....

13 celcius pada waktu pagi.Adoiii tahap kemalasan makin bertambah.Musim sejuk ni 3 benda aku paling nyampah sekali nak buat.Paling2 utama bangun tido..keduanya keluar umah hantar along pi sekolah dan akhirnya mandi (tak mandipun badan tetap wangi tau..sebab tak berpeluh..he..he..he..)Sekarang dah mula pagi2 bila bercakap je dah ada 'kabus' keluar dari mulut(kalau kat luar umah la) .Pepagi hantar along dah mula kena pakai sweater..kalau tak menggigil..ketaq2 badan weiii.Sibbaik umah aku ngadap laut..jadi taklah sejuk sangat.Musim sejuk ni kadang2 terrrrlewat juga bangun sebab matahari lambat keluar.



Syokkk dua beradik ni bersuap suapan makan kat balkoni umah.Hari2 nak berkelah kat luar.Kalau musim panas jangan haraplah mama nak buka pintu.Kalau buka juga alamatnya hitam dimakan matahari dan kenyang makan debu.



Ada ke keta adik yang kecik cenonet tu boleh naik berdua.Kalau abah nampak..sah..sah..kena pelangkung.
Diambiknya kopiah abang terus pakai.Syok pula dia pakai sampai tak mau bukak.Takpa..nampak kelelakian sikit.Mana taknya,memanjang orang kata si adam ni pompuan.Adoii ada ke???? *pssssttt tapi memang betulpun macam pompuan..ha..ha..ha



Ni hobi baru adam sekarang.Pantang usik sikit je..dia punya ketawa...habis satu muka ikut ketawa.Penggeli tak payah cakaplah.Cuit badan (tu belum pinggang tuuu) menjerit jerit dia.Ish macam ikut abah je...he..he..Adammmmm..alamak ditariknya pasu pokok kucai mama.Woiiii budak ni..dahla sini takdak..penat mama import dari malaysia tu.Jahanam pokok mama....tunggu sat noooo..jaga hangggg





Rabu, 1 Disember 2010

KERUTUP UDANG


Sumber:Mat Gebu
BAHAN2
1 kg udang galah(su guna udang biasa yg besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
garam dan perasa

A
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C
3 cm kayu manis
2 bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA2
-Udang dibersihkan.Cuci dan toskan.Lumur dengan kunyit dan garam.Goreng sampai udang kemerahan.Angkat dan toskan.
-Kisar halus bahan2 A.
-Masukkan bahan2 C dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga berbau harum.Kemudian kisar halus rempah tadi (guna blender kering).Ketepikan.
-Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali,tumis B hingga wangi.Masukkan bahan2 A(yg dikisar halus) dan tumis hingga harum.Tambahkan bahan2 C,kacau rata dan masak hingga naik bau.
-Tambahkan sos tomato,gula melaka dan pati santan.Kacau rata dan masak hingga mendidih.Guna api sederhana.
-Masukkan kerisik dan udang.Gaul rata,masukkan garam dan perasa.Masak hingga pekat (su biarkan cair sikit untuk nampak berkuah)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...