Khamis, 12 Ogos 2010

IKAN KERAPU 3 RASA

Along pertama kali berpuasa.Alhamdulillah dia bertahan sampai waktu berbuka..insyaallah harap2 dia boleh berpuasa sebulan.Masa tak berapa nak ada untuk berceloteh so su masukkan jelah menu berbuka hari pertama..simple tapi???along bertambah 3 kali..he..he..mama?takleh tambah sebab nanti tak pasal2 berat naik semula.Resepi ni su ambil dari DayangJack.Sapa2 nak cari resepi yang best2 pi lah kat situ.

IKAN KERAPU 3 RASA

Bahan2
1 ekor ikan (digoreng hingga masak)
1 labu bawang besar (hiris dadu)
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
1 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut (su potong halus)
5 biji cilipadi-ikut kepedasan (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
#hirisan nanas,epal,tomato,timun,cili benggala

Cara2
- panaskan minyak.Tumis bawang besar,serai,bawang putih,bawang merah,cili padi,daun limau purut dan halia hingga wangi
-Masukkan sikit air dan semua bahan sos secukupnya.Masukkan garam dan perasa
-Masukkan bahan2 bertanda # kacau seketika.Kalau nak pekat masukkan bancuhan tepung jagung.su tak isi sebab sos2 tu dah membuatkan kuah nampak pekat.
-Masukkan ikan.Boleh hidang untuk ngap..

Masak Lemak Jantung Pisang

Member untuk temankan lauk ikan kat atas.Resepi sempoi je tapi...mabelesss.Thank's mak bagi resepi ni kat ceq.Tapi takleh lawan mak masak.Rindu masakan makkk...hu..hu..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...