Macam macam cerita..ala2 rojak passembor,semua ramuan dimasukkan dalam satu pinggan.
Isnin, 30 Ogos 2010
APAM GANDUM
APAM GANDUM
sumber : mat gebu
BAHAN2
500 gram tepung gandum
3/4 cawan brown sugar/gula merah
2 cawan air
11 gram yis + 1/2 cawan air - larutkan
kelapa parut + sedikit garam
CARA2
1.Gaul rata tepung dan brown sugar hingga rata.Tuang bancuhan yis..kacau.Tambah air sikit2 sambil gaul rata dan tidak berbinti bintil.
2.Lengser loyang dengan sedikit minyak.Tuang no 1 dalam loyang dan biar dalam 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang.
3.Kukus atas air mendidih selama 40-45 minit.Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong pastu boleh hidang dengan kelapa parut yang dah dicampur garam.
Labels:
KUIH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan