Jumaat, 13 Ogos 2010

KUIH PAUNG PULUT/BOM

KUIH PAUNG PULUT/BOM

BAHAN2
1 Cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
secubit garam
sedikit gula(untuk elak kuih meletup)
air secukupnya
Bijan
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti
Kacang Hijau
gula secukupnya
sedikit tepung gandum
air

CARA2
-Masukkan tepung pulut,tepung gandum,garam dan gula di dalam bekas.Masukkan air sikit2 sambil menguli hingga menjadi doh yang tak melekit di tangan.Ambil sedikit doh buat bebola kecil.Buat sampai habis semua doh.Ambil doh yang dah dibulatkan tu...leperkan masuk inti di tengah tengahnya pastu tutup doh dan jadikan bentuk bulat macam bebola semula...golekkan atas bijan .Buat sampai habis semua adunan doh.
-Goreng dalam minyak yang terendam dan api yang kecil untuk elakkan kuih ni meletup letup.Greng hingga perang pastu boleh angkat.

Untuk Inti:
Rendam kacang hijau dalam dua jam pastu basuh.Kacang hijau masukkan dalam periuk,rebus sampai empuk/lembut (jangan lupa isi air pulak).Dah nampak kacang tu pecah2/lembut..masukkan gula.Kacau sampai agak kering..masukkan pula sedikit tepung gandum.Dah nampak kering angkat biarkan sejuk.Buatkan bentuk bebola kecil..masukkan dalam doh.
*Boleh juga gunakan inti kelapa.Tapi su lebih suka kacang hijau.

KUIH YANG BELUM DIGORENG

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...