Ahad, 4 Julai 2010

Roti Jala

Terajin pulak mengupdate harini..bukan apa,sekarang ni kalau nak update masa agak terhad.Tu yang FP tak update lagi sampai hari ni.Sebab apa masa terhad?Ni ceq nak habaq.Lepas dari pukul 4 petang memang dah takleh buka internet sangat sebab cik abang tengok bola dan yang merupakan penyebab paling utama kerana suamiku main game online..waaaa.Kalau su buka laman web alamatnya merungutlah cik abang sebab game dia jadi tersekat sekat.So kenalah bini berkorban..curi2 masa update siang dan waktu si kecik tidur.Takpelah janji suami tersayang happyyyyy.Kadang2 bini pun join sekali..ha..ha..Semalam suka sangat sebab jerman menang..memang dah jangka tapi tak sangka la pulak argentina kena belasah teruk sangat.Mesti bengang giler penyokong argentina kan.Harap2 jerman dapat pergi sampai final.Takleh nak cerita panjang sebab ni tengah dalam proses buat kuih lapis pisang.Roti jala ni su buat untuk makan petang.Su ambil dari blog kak An.Bolehlah jengah kat situ sebab kak an siap ada video cara2 untuk menjala.Su buat separuh dari resepi.
ROTI JALA

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 10-15 orang- menghasilkan lebih kurang 50 keping)
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan cair
4 cawan air
1 sudu teh garam
serbuk kunyit secukupnya
minyak dan daun pandan untuk menjala
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati (su guna mixer je). Tapiskan ke dalam mangkuk. Cuba adunan menggunakan acuan. Jika adunan pekat, tambah sedikit air kerana kadangkala jenis tepung gandum berbeza, mempunyai kecairan berbeza
2. Sediakan kuali leper di atas dapur. Panaskan dan sapukan permukaannya dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarik sedikit dan diikat agar roti jala tidak melekat.
3. Cedok adunan menggunakan acuan roti jala, dan mula menjala .
4. Apabila masak, angkat roti jala dan letakkan dalam pinggan. Jangan lipat lagi. teruskan menjala lagi. Sementara menunggu roti jala masak, lipatkan roti jala pertama tadi. Buat begitu berselang-seli hingga habis adunan.
*** roti jala yang baru diangkat masih rangup dan susah untuk dilipat. Biar 1 minit baru roti jala jadi lembut

KARI AYAM

Bahan-bahan Kari Ayam:
400gm ayam dipotong kecil
2 biji kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ayam/daging dibancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang, rempah ratus dan daun kari hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam, santan dan kentang. Masak hingga empuk. Masukkan garam secukup rasa. Tambah air jika mahu kuah yang banyak. Didihkan dan tutup api. Hidangkan bersama roti jala

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...