Macam macam cerita..ala2 rojak passembor,semua ramuan dimasukkan dalam satu pinggan.
Rabu, 28 April 2010
Salah siapa?
Sejak dua menjak ni kurang sikit sibuk sebab cik abang balik lewat,maknanya tak payah masak makan petang.Kesian juga tengok abang sebab takde rehat langsung dia..kilang shutdown terpaksalah kerja tiap2 hari takde cuti selama 40 hari.Makin kuruslah cik abang lepasni(tapi poket tebal kan bang..he..he..nak kena bodek lepas habis shutdown ni)
Masa tengah menelek(betul ke ayat ni..lantaklahkan) Harian Metro online terbacalah tajuk utama dia tentang seorang ayah pilu anak tak layan dia.Maaflah kalau ada tak setuju tapi ini pendapat peribadi su,tak semestinya anak tu yang salah atau derhaka..mesti ada sebabnya.Cuba baca betul2..pakcik tu ada 4 isteri(teror pakcik ni) dan dia bagitau dah 20 tahun tak jumpa anak dia.20 Tahun???apa yang pakcik tu buat selama ni sampai 20 tahun tak boleh cari anak dia..Sekarang baru cari???Logik akal kitapun boleh fikir..Tiba2 su teringat kes yang hampir sama terjadi(pernah masuk paper juga) semasa su bekerja dengan satu jabatan kerajaan yang berkaitan kes2 macamni.Seorang pakcik mengadu kat paper anak2 pinggirkan dia..tak pernah jengok dia walaupun duduk berhampiran.Pakcik tu sampai minta bantuan sebab takde sarahidup dan hidup sendirian.Selepas jumpa anak2 dia..su terdiam sendiri.Dari kecil ayah mereka tak pernah pedulikan mereka..kerja ayahnya kahwin..cerai...judi dan macam2 lagi yg takyahlah nak sebut.Makan pakai mereka semua emak yang uruskan..ayah dia entah hilang kemana.Tiba2 sekian lama ayah mereka tetiba muncul menagih simpati(mungkin dah takde orang nak jaga dia kot).Satu pertanyaan yang buat su teringat sehingga kini dan masih tiada jawapan..."derhakakah kami dik kalau orang yg tak pernah kita jumpa sekian lama dan x pernah tanya susah senang kami tiba2 muncul tapi kami tak boleh terima?"Entahlah..memang dia ayah tapi hati yg terluka perlukan masa untuk sembuh....Semoga kita dijauhkan dari perkara sebegini..
Labels:
MACAM MACAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Anak tetap jadi anak, yg tua patut di hormati, tak salah kita maafkan mereka kita tak tahu apa yg akan datang bakal kita tempuhi mungkin lebih teruk dari mereka. jg ikutkan darah mudi. kita terlalu kerdil untuk berdendam, sakit hati, panas baran ulok di pendam,lambat laun hati panas akan terpadam
Catat Ulasan