Jumaat, 23 April 2010

Abang..aku rindu

Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan umrah kami sekeluarga.Aku selamat kembali ke Qatar dengan pelbagai memori dan pengalaman di Tanah Suci.Insyaallah kami akan datang lagi.Semasa mengerjakan tawaf di pusingangan ke5..Ya Allah tiba tiba aku teringatkan aruah abang..ya Tuhan kenapa tiba2 hati aku jadi tersentuh dan amat rindu pada aruah.Tanpa kusedari air mata bercucuran jatuh sehinggakan tak terdaya mulut ini untuk berkata apa2.Sudah hampir 4 tahun aruah abang pergi akibat kemalangan tapi aku rasa macam baru je dia tiada.Dia satu satunya anak lelaki dalam keluarga..aku pula adik paling rapat..terlalu rapat.daripada kecil sehingga bekerja aku tinggal bersama dia.Terlalu banyak memori..masih kuingat semasa aku bekerja di Pos Malaysia Selangor(shah alam),abang pula di Pos Kelana Jaya.Semasa itu aku menetap bersama abang sekeluarga di Pandan Jaya...awal2 pagi abang akan hantar aku dengan menaiki motosikal ke Pos Besar Shah Alam dan selepas itu dia akan berpatah balik ke Kelana Jaya..sekalipun dia tak pernah merungut walaupun penat berulang alik.Ya Allah..rindunya aku pada dia..Abang seorang yang ceria,suka buat lawak,mudah menolong terutama orang tua(dia tak pernah membantah apa yang mak abah suruh) dan terlalu lurus sehingga sering orang mengambil kesempatan.Abang pergi secara tiba2 semasa anak keempatnya masih dalam pantang.Masih terngiang ngiang di telinga sewaktu abang telefon beritahu anak keempatnya lahir.."Kak Li abang dapat anak pompuan lagi..takpalah last dah ni.Lepasni takde dah"semasa itu aku tak tahu apa maksudnya..sekarang aku mengerti.Hilang sudah tempat aku bermanja dan mengadu kerana dia satu satunya adik beradik yang amat aku percaya untuk diceritakan segala masalah dan luahan hati...Semoga abang ditempatkan bersama orang yang dikasihiNya..Kak Li amat rindukan AbangLah....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...