Khamis, 29 April 2010

Mama ni bisinglah..

Pagi2 macam biasa rutin harian sibuk mengemas rumah sambil2 masak.Tengah hari along balik sekolah dia buka kasut letak je kat depan pintu..si adam pergi ambil kasut buat main.Apalagi bertaburanlah keluar pasir dari kasut along..adoiiii habis kotor balik.Dah satu hal..dua beradik tu pergi belasah main barang2 dapur pulak dah.Habis semua bekas dengan periuk bersepah.Ini dah mendatangkan marah ni..pot..pet..pot..pet mama membebel kat diorang tetiba satu je ayat along buat mama diam.."mama ni suka bisinglah...napa mama suka cakap banyak2..along dengarlah.Nanti along kemaslah balik" termalu sekejap mama dengar anak mama yg baru berusia 6 tahun bercakap.Tiba2 aku senyum sendiri..tak jadi nak marah.Teringat kecil2 dulu mak suka berleter terutama bangun pagi nak pergi sekolah.Masatu rasa macam nak ambil bantal tutup telinga malas nak dengar mak berleter.Rupa2nya aku sekarangpun dah macam mak..suka berleter..he..he..he.
Termenung jap nak ingat balik sejak bila aku jadi peleter aka pembebel ni.Kecil2 dulu aku ni pendiam sangat..takde hal penting jangan haraplah nak dengar suara.Pemalu teramat sangat pun iye juga..ada je orang datang rumah mencicit macam lipas kudung aku lari menyorok dalam bilik.Kadang2 kalau tengahhari panas terik aku sampai berpeluh peluh dalam bilik..selagi orang tak balik selagi tulah aku tak keluar.Teruk betul kan???Sekolah menengah aku masih diam sampai ramai orang kata aku sombong tambahan pula aku pengawas.Masuk kolej..aku dah mula bising sebab jumpa kengkawan kepala otak tak berapa betul sikit..tapi masa tu taklah riuh sangat(masatulah kenal cik abang).Dapat pulak pakwe(suami akulahtu) punyalah pendiam..10 patah kita cakap dia baru sepatah(mungkin ni salah satu punca aku banyak cakap kot..hik..hik)pastu keja kat pos shah alam..aku dah makin bising sebab jumpa ramai orang tapi malu tu masih menebal lagi.Pindah pulak keja kat JPA aku dah mula berani bersuara sikit2..lari pulak keja kat kebajikan masyarakat aku mula bertambah berani bersuara sebab kalau tak... hari2 aku kena maki sebab aku keja bahagian bayar duit2 bantuan ni.Lambat sikit je kena maki..cepat tak cakap tima kasih pulak tu..last pindah Jabatan perangkaan aku dah jadi terlebih peramah sebab kena berdepan dengan jabatan lain dan bank2(banyak betul tempat keja..akhirnya pencen awal jugak)Tapi aku rasa paling aku mula rajin membebel sejak si along ni besar pastu tambah pulak ada si tembam tu..
Tak taulah apa puncanya banyak cakap dan membebel ni..rasanya faktor persekitaran sama kot..nasib baiklah aku dapat laki pendiam.Kalau tak rumah boleh pecah woooo.Selain tu kadang2 kerana terlalu letih..yelah penat2 buat keja tetiba kena buat balik saper tak naik angin.Aku ni kuat membebel tapi pukul anak jarang.Mulut je lebih.Aku tertarik dengan kenyataan kawan aku dalam FaceBook.Ni aku copy kat sini....bak kata Nabil..lu pikirlah sendiri
"I am a parent, cook, housekeeper, teacher, nurse, handy man, maid, security, coordinator, supervisor, nutritionist, caretaker, personal assistant, life coach, bookkeeper, laundry maid, taxi driver and a motivational speaker. I don't get holiday pay, sick pay, or days off. I am on call 24 hrs a day, 7 days a week. Now, ......tell me YOUR job is harder than mine."

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...