Selasa, 10 Januari 2012

MELEPAK DI ALWAHA CLUB

Ahaiiii..terlambat sikit masukkan entry.Sepatutnya aku nak masukkan entry ni semalam tapi tak sempat la pulak.Pepagi sampai tengah hari aku bawa adam pi Toodler class.Balik rumah dah 11 lebih..terus kelam kabut memasak ngan kemas2 umah.Sekarang baru ada kesempatan sikit..tadi sibuk di dapur siapkan nasi beriani.Entry kali ni takde masak2..cuma gambar dan cerita semasa aku melepak ngan anak2 di Al waha club(Laki aku takde..dia kerja).Dekat je tempat ni..jalan kaki aje.Di dalam Community aku ni..boleh dikatakan serba lengkap.Di kawasan 'Perkampungan' kitorang ni ada sekolah (dari nursery sampai menengah),2 kedai(ala2 mini market),klinik dan 3 club.Satu al waha club..dalam ni macam2 ada.Gym,kolam renang,restauran,bakery,library,bank dan semua jenis aktivitilah boleh buat disini..tapi yang pentingnya semua kemudahan adalah free .Harga2 makanan memang murah berbanding tempat lain sebab khas untuk kitorang yang tinggal di community ni je.Nak masuk club kena tunjuk kad keahlian dekat security dulu.Yang lecehnya..kat sini takleh ambil gambar.Security memanjang meronda.Tapi aku macam biasa arr..degil.Curi2 gak ambil gambar..ha..ha..Jom layan Gambar2 lepakking aku ngan anak di Alwaha Club

Memula sampai bawa hero dua orang ni lepak di area bakery dulu.Muka sememeh je dua beradik ni sebab belum mandi.Budak2 ni belasah ambil kek ngan minum manggo juice.Aku ambil roti ngan teh.Kek tu 4 rial je.Kalau duit mesia dalam RM 2 je kot.Roti2 dia pulak semua 1 rial je. 

lepas sarapan di bakery..terus menuju ke kolam renang.Ni tempat budak2..yang dewasa disebelah (betul2 ngadap restauran..ada ke giler aku nak mandi..he..he)Syok along berendam.sini takyah risau sebab semua kolam renang ada yang jaga.diorang duduk arr tepi kolam tengok kita mandi  

Budak ni taknak mandi.Takut air mamat ni.Dia jadi pemerhati jelah.Aku pun tak mandi gak..pertama aku takleh berenang..keduanya malu wehh.kolam renang tu tepi restauran pastu bebudak yg jaga kolam renang ramai tak pasal2 jadi model percuma.aritu ada gak minah saleh berenang..selamba berbikini.Adoiii seksa mata memandang 

Lepas berenang along bawa adik main2 kat playground.Depan sikit dari kolam renang je. 

Ni la rupanya playground tuhh.. 

 Biar main puas2.dah habis main.....


Makan time..apahal la pulak mulut budak ni ternganga..ha..ha...Yang baju merah tu anak kawan aku dari sarawak. 

Budak kebulur campur penat.Along macam biasa..menu omputih.Satu set burger (sorry ngan kualiti gambar sebab ambil curi2 guna handphone) Nampak kolam renang..tepi pokok2 tu

Sedapnya adik makan..budak ni macam mama dia juga.Tolak kayu ngan batu.Lain semua belasah.Semua pinggan orang dia usha..tak senonoh betullll 

Ni yg aku order.masakan indonesia rasanya kot.Bami goreng.Dalam pinggan tu ada bami goreng..keropok ngan sate ayam 2 cucuk.Air tu pulak..fuhhh sedap wehhh.Rasanya ada santan..soda..lemon..Kawan aku yg gambar sekerat tu..order menu omputih.

Selain al waha club..ada dua lagi iaitu Al Dhakira club..ni lebih kurang macam alwaha tapi kecik sikit.Situ nak berenang best sebab tempat tertutup.Aku dulu pi main badminton di situ.haa..sini ada barber shop tapi khas untuk lelaki.Makan situ banyak berasaskan india dan arab.Yang last Al Nakheel.Sini tempatnya kecik dan khas restauran.Situ jual makanan omputih ala2 itali.Situ menunya pizza dan segala jenis pasta.Ok..sambung nanti

Ahad, 8 Januari 2012

AYAM GORENG CILI API DAN SIRA LABU

Selamat berhari minggu buat kengkawan di malaysia.Aku di Qatar..pagi tadi agak sibuk sikit sebab along arini first day sekolah untuk term 2.Laki aku pun kerja..pepagi busy la buat sarapan dan siapkan apa2 yang patut untuk diorang.Sekarang bolehla berehat sikit sebab tinggal adam je.Alhamdulillah adam ni jenis berdikari..semua benda dia buat sendiri.Bangun tido..dia pi buka peti sejuk cari makanan.Pastu dia duduk depan tv,makan sorang2.Dah makan dia main arr sorang2.Bagus betul budak ni sekarang (nak bagi mama dia makin berlemak di badan..sebab tu dia tak buat hal kot..he..he..).Arini aku masukkan resipi ringkas je.Semalam aku cuti memasak..merayap dari pagi sampai malam.Gilerrr jap aku masa jenjalan.Mana taknya semua tempat tengah sale 50%.Rambang mata dan rabak duit laki aku..ha..ha..

AYAM GORENG CILI API

Bahan-bahan :
Ayam - potong ikut suka
belacan
1/2 biji bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1-2 batang cili merah/ hijau
Cili api - ikut tahap kepedasan masing2
1 batang serai-ketuk/titik
1 asam keping
Garam,gula dan perasa
1 biji bawang besar-potong bulat
1 biji tomato - belah 4 atau 6

cara-cara :

1. kisar belacan, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah/hijau hijau dan cili padi

2.Panaskan minyak. lumurkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng ayam tapi jangan terlalu garing. kemudian angkat dan asingkan.

3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau.masukkan sedikit air dan asam keping.masukan semua perasa.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan bawang yang dipotong bulat.Dah nampak semua sebati dan masak..last masukkan tomato.kacau2 jap pastu boleh tutupkan api.Kalau suka berkuah..boleh masukkan sedikit air.Lagi pedas,lagiler best..keluar habis air hidung ngan mata.. syookkkk wooo



Yang di bawah ni rasanya ramai yang tahu buat kan.Sira labu..peberet aku ni.Sonangg je nak buatnya.Labu buang kulit..bersihkan pastu potong kecil (saiz ikut suka la).Pastu labu rendam jap dalam air kapur.Last masukkan gula dan labu dalam periuk.Masak guna api kecil je.Boleh juga masukkan sikit air dan daun pandan bagi wangi.Ada orang masukkan bunga cengkih tapi aku kurenggg suka so aku tak letak bunga cengkih.

Rabu, 4 Januari 2012

FUTSAL DAN PASAR MALAM

Sekejap je masa berlalu.Pejam celik dah tahun 2012..umur pun makin bertambah.Di qatar pada masa sekarang masih musim sejuk lagi tapi dah tak terlalu sejuk macam bulan lepas.Takde idea aku nak menulis arini..otak agak kosong ,ermmm mungkin sebab tak sarapan lagi kot.Oklah layan gambar2 tak seberapa semasa diadakan perlawanan futsal di kalangan rakyat malaysia yang tinggal di Qatar.Sempena perlawanan tu juga,diadakan pasar malam.Makanan macam2 dijual..bolehla hilang rindu pada pasar malam malaysia.Aku tak beli banyak sangat sebab harga yang dijual..adoiii boleh dikatakan mahal.so terpaksalah agak memilih dan beli yang betul2 rasa nak makan.Rasa...tak berani nak kata lebih2..terpulang pada tekak dan selera masing2 kot.Ramai juga warga2 malaysia yang datang..syok gak sesekali jumpa reramai camni.Laki aku dia macam biasalah..wajib masuk bertanding sebab memang kaki bola.Team my hubby dapat no 2..Pasukan lawan dia lebih muda dan bujang2 lagi.Team laki aku ni,semuanya dah kawin..umurpun semua 30 ke atas.Takpelah no 2 pun..main suka2 je untuk mengeratkan hubungan. banyak juga aku membebel..he..he..oklah jom layan gambar pulak.Aku guna hp dan kamera digital biasa jer...

 Yang tudung hitam tu..kak syam.busy dia sebab ramai serbu gerai.Aku beli kebab ayam (sedap wehhh) dan kue teow yang belum dimasak.Macam2 dia jual.murtabak,laici kang,air soya,mee goreng dan aneka kuih talam.



Haaa ni gerai kak idah.Gerai yang mula2 sekali makanan licin.Dia memang femes dengan sate.Selain sate,dia jual kue teow dan mee goreng.

 Di tengah2 diorang letak khemah khas untuk sape2 yang nak makan disitu.Makan2 sambil lepak2 dan gossip2.



Pasar malam tepi gelanggang futsal je.penonton ditepi padang yg terdiri dari rakyat2 malaysia. 


Perlawanan sedang berlangsung.ni meja urusetia. 

Ada juga gerai yang jual barang2 malaysia. 

Macam2 gelagat yang membeli 

Team laki aku sedang beraksi. 


Ni lah my laling tercinta.cehhh badan makin tough sejak2 masuk gym ni.takleh jadi..aku kena lawan ni.dia nak gemuk..aku nak kurus.kita tukar ye laling...ha..ha..


sesekali berjumpa..macam2 nak diceritakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...