Rabu, 6 Julai 2011

MASAK MERAH IKAN BAWAL

Mood jeles tahap gaban sekarang ni.Bukan jeles kat laki aku tapi kat kengkawan.Uwaaa..dah ramai yang mula balik kampung sempena cuti summer ni.Hari2 ada je yang update status kat Facebook diorang dah nak bertolak balik kampung.Aku sebulan lebih lagi..lama je rasanya nak menunggu bulan 8.Esok last sekolah untuk term ni..mula buka sekolah semula 11 september nanti.Kebanyakan kawan2 aku disini diorang balik kampung dengan anak2 sampai lepas raya.Masing2 tinggalkan suami.Aku takleh buat camtu..memang terasa nak cuti lama2 tapi bila teringatkan suami sorang2 kat sini..kesian la pulak.Sape nak jaga makan dan pakaian dia.Laki aku ni jenis makan kat umah..payah betul nak makan kedai.Tapi sebab utamanya..kitorang memang jenis susah nak berpisah.Nak berkepit selalu..sehari tak jumpa pun rinduuu gilerr rasanya.Ha..ha..kalau adik aku baca mesti dia muntah darah.Romantiklah konon2nya tu..he..he..Panjang pulak melalut.Masak merah ikan bawal ni peberet anak bujang aku yang sulung.Kalau masak camni..memang menambah nambah la nasi.Along ni makan kuat sangat2 tapi badan cekeding.Korang bayangkanlah..umur 7 thn berat baru 18 kg.tu pun sebab dia tinggi budaknya.susah hati tengok badan.Kalau lemak kat badan aku yang berkilo kilo ni boleh derma,dah lama aku bagi..he..he..

MASAK MERAH IKAN BAWAL

BAHAN2
2 ekor ikan bawal-bersih..gaul dgn garam dan kunyit
2 ulas bawang kecil-mayang
1 ulas bawang putih-mayang
1 inci hali-mayang
1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
1-2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
santan-ikut kepekatan yang diingini
sedikit gula
garam dan perasa
daun sup-potong panjang(macam isi dalam sup)

CARA2
-Panaskan minyak dalam kuali..goreng ikan bawal sampai masak.tapi jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
-Masukkan minyak dalam periuk..agak2 dalam 3 sudu besar.Bila minyak dah panas,tumiskan bahan2 yang dimayang.Dah kekuningan sikit..masukkan bahan2 kisar dan cili kisar.Tumis sampai pecah minyak.
-Masukkan sos cili,santan,gula,garam dan perasa.Mengelegak/mendidih kuah..terus masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.Last masukkan daun sup(aku tak isi sebab takde).Biar jap je pastu terus tutup api.


Selasa, 5 Julai 2011

MEE JAWA

Terlambat sedikit masukkan entry.Mee jawa ni aku buat petang semalam..sangattt sedap ditekak aku tapi banyak bahan yang takde stok.So aku masak guna apa yang ada dirumah ni je...Meh sama2 skodeng dapur lama chef hanieliza kita..Silalah usha di FP kak liza..hilang diet aku sebab makan terlebih sikit..he..he..

MEE JAWA
Bahan-Bahan:


1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya) -x ada
2 tangkai daun bawang (dihiris)-x ada
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)-x ada
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Isi ayam yg direbus-siat2 kecil (aku tambah)

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih -kisar
5 ulas bawang merah-kisar
3 batang serai -kisar
Sedikit halia -kisar
sedikit lengkuas -kisar
100 gm udang kering-kisar.x de.aku ganti kiub udang
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


Mee jawa aku sengaja aku pekatkan kuahnya..bila makan bersalut je.Sape suka cair..boleh lebihkan air

Jumaat, 1 Julai 2011

RUTIN PAGI...

Salam pagi jumaat.Mengadap jap komputer sementara adam masih tidor.kalau dia bangun..hmmm memang tak bolehla nak mengupdate.Jeles betul dia tengok mama ngadap komputer.Sekarang ni di qatar pukul 3.15 dah subuh.Dalam 4 lebih dah habis waktu.Aku ni pulak jenis tido lewat...paling2 awal pukul 12 malam.Pukul 3.30 dah bangun pulak untuk subuh dan biasanya memang aku tak tido dah.Ni masa rajin sikit..bekal untuk cik abang sayang aku buat nasi minyak.Kalau hari malas aku buat kuih je.Bekal ni untuk makan pagi je..tengah hari company sediakan makan.Bukan sembarangan..makanan ala2 hotel tu..jeles betul sebab aku takleh makan sekali..he..he..
Ringkas je nasi minyak untuk abang.Almaklumlah masa pagi2..kelam kabut sikit

 Ni pulak bekal anak bujang aku.Apam mekar..peberet adik ngan along.Yang ni,aku buat malam sebab kalau pagi tak sempat.Sini sekolah diorang bukan macam diMalaysia..takde kantin.Semua student dari sekolah rendah sampai menengah wajib bawa bekal dari rumah.Makan pun dalam kelas je..takde macam seolah malaysia..masa rehat boleh keluar dan merayap makan diluar kelas.Budak2 sini memang tak bawa duit ke sekolah dan bas sekolah pun disediakan percuma untuk anak2 kitorang.Ini dah menjimatkan duit mak bapak.

Ni aku rasa yang budak2 malaysia mesti jeles giler..Cuba korang tengok,pi sekolah anak aku bawa buku macam ni je.Buku parent notice tu untuk cikgu dengan mak bapak tulis apa2 maklumat la.Kadang2 kalau kitorang ada apa2 pertanyaan..tulis je pastu nanti cikgu dia jawab.Cikgu dia pulak tulis maklumat pasal persekolahan dan pelajar.Yang reading book tu..hari2 dia akan bagi pelajar buku cerita berlainan.pastu dia tulisla dalam buku tahap pembacaan pelajar.Budak2 sini takde buku2 teks berat2 macam di malaysia.Aku rasa mana2 sekolah luar negara dan sekolah antarabangsa macam ni.Tak tahulah macam mana along kalau kitorang balik terus ke Malaysia.Kena pandai2lah dia sesuaikan diri.Hari2 ini jelah yang diorang bawa keseolah kecuali hari yang ada kelas renang diorang kena bawa extra beg renang.

Stail budak ngantuk campur takde mood.Beg galas tu isi bekal je.Ini baju sekolah untuk hari PE dan renang.Diorang ni kat sini 3 hari baju sekolah biru muda berkolar dengan seluar kelabu dan dua hari lagi macam gambar diatas.Along pakai seluar pendek je tu sebab sekarang musim panas.Sekolah sini bab pakaian agak longgar peraturan.Topi wajib pakai tapi kaler macam2 pun tak kisah.Tudung sekolah pun aku tengok macam2 kaler dan jenis yang diorang pakai.Kalau musim sejuk lagilah..macam2 warna dan jenis baju sejuk diorang pakai.Layan jap citer2 kosong aku pagi ni.Jap lagi aku masukkan entry masak2 tapi nak pi sambung tido dulu..ngantuk gilerrrr.Cau cin cauuuu 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...