Isnin, 6 Jun 2011

GULAI AYAM + NANGKA MUDA

BAHAN2
Nangka muda- buang kulit,potong kecil dan celur dgn sikit garam. Toskan.
1 ekor ayam
1camca besar kerisik
santan
2 keping asam keping
Garam,gula dan serbuk perasa
BAHAN2 DIKISAR:-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit cili kering/1 sudu besar cili kisar-optional
BAHAN2 LAIN:-
1 ulas bawang putih-mayang
2 biji bawang merah-mayang
bunga lawang,cengkih dan pelaga
1 batang kayu manis
2 camca besar serbuk kari ayam/daging
1 keping hirisan lengkuas-ketuk

Cara-cara

-Ayam yang telah dipotong dan dibersihkan..gaulkan dengan serbuk kari.ketepikan.
-masukkan lebih kurang 2 sudu besar minyak kedalam periuk.Panaskan.Bila minyak dah panas masukkan bawang putih dan merah yang dimayang,bunga lawang,cengkih pelaga dan kulit kayu manis.Biar sampai layu dan berbau  harum pastu masukkan bahan2 kisar.Biarkan sampai naik minyak.
-Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam sedikit kecut, masukkan nangka,lengkuas diketuk dan asam keping, gaul lagi.Ambil santan(agak2lah..kalau suka kuah lebih isi banyak sikit..kalau suka pekat,kurangkan santan) masukkan.
-Last sekali,masukkan kerisik, gula, garam dan serbuk perasa.Biarkan mendidih jap pastu boleh tutup api.Lupa nak bagitau..selepas masukkan santan..kacau sentiasa sebab takut nanti 'berkepala'...kari jadi tak cantik.
 

Jumaat, 3 Jun 2011

LIGHT CHEESE CAKE

Minggu memerap didalam rumah.Abang masih terpaksa bekerja walaupun hari cuti kerana projek masih belum siap.tak kisahla..Nak merayap mana sangat qatar ni.Negara Qatar ni kecil je..tambah2 musim panas ni.Baik duduk dalam rumah  lagi best sebab ada aircond.Mungkin malam esok keluar jap cari barang2 dapur.Masa usha blog Hasue..aku terskodeng resepi cheese cake ni.Apa lagi..terus mulakan projek.Aku ngan anak2 memang hantu cheese cake tapi kalau abang..hmmm.Tak payahla hulur apa2 kek,muffin dan apam pada dia.Sebelah mata pun tak pandang.Betul kata Hasue..sedappp dan cara2 nak buat pun senang je.Sama macam buat slice cheese cake..

LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar).*Aku bakar cara kek biasa je
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Sangat sangattttt gebusss

Khamis, 2 Jun 2011

COMEL JERRR..

Blog aku macam bermasalah je..kalau buka,lambat sangat loadingnya pastu keluar sekerat sekerat je.Blog aku yg masalah atau line tenet kat umah ni yang slow?Sesape yang terrrbuka blog aku ni..boleh tak bagitau samaada masa korang buka, laju atau slow?Pastu keluar penuh atau cuma entry je semata mata (yg sebelah kanan jadi kosong).Tolong bagitau ye..tima kasih banyak2.Comel kan gambar kat bawah ni..nilah tong gas di qatar.Mula2 nampak aku macam pelik jugalah sebab di rumah ni aku guna dapur elektrik.Sekali tengok ada di hypermarket Kabayan letak tong gas ni di luar..terus aku ambil gambar sebab rasa cunnn la pulak tong gas ni.
Ni yang saiz besar..diorang letak di rak bawah
Haaa..ini yang saiz kecil.Rak atas.Comell kan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...