Jumaat, 6 Mei 2011

KENTANG PUTAR

Bahan-bahan
5 biji kentang di buang kulit dan di potong
1 sk lada hitam-tumbuk halus
sedikit fresh milk
1 sudu kecil butter
Cara-cara
1.Rebus kentang .Setelah empuk toskan air,lenyek sampai hancur sambil masukkan semua bahan2 lain.Sape2 nak cepat tu,lenyek sikit2 pastu guna hand mixer putar hingga kentang jadi halus...dalam proses putar tu,masukkan bahan2 lain sampai dapat texture yang diingini.Susu tu agak2lah..jangan terlalu banyak nanti lembik pulak

SOS KENTANG PUTAR
sumber :myresipi
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam-aku tak isi sebab stok ayam dah masin

Cara-cara
1.Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3.Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5.Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

SARDIN PUN SOOOODAPPP.....

Dah jumpa balik cuti hujung minggu.Aku minggu ni masih terperuk dalam rumah sebab abang masih sibuk dengan shutdown.Ikut perancangan minggu depan last sibuk..wahhh tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan.Bila abang dah tak sibuk..ini bermakna masa untuk kitorang merayap dan bershopping.Sape tak suka shoppingggg..tipulah kan.Dalam kepala ni dah ada perancangan nak menghabiskan duit..sabar..sabar..seminggu je lagi.Hmmm..umah aku ni banyak betul stok ayam dalam peti sebab abang dengan anak2 kurang makan ikan.Kalau beli ikan..aku sorang jelah makannya..sedihnyalah.Along makan ikan tapi memilih..ikan yang mahal2 dan banyak isi sikit macam siakap,kerapu,ikan merah dan ikan bawal hitam.Semalam dek kerana jemu dan kepala otak aku dah beku tak tahu nak masak apa lagi ayam...last2 aku belasah sardin.Sedap juga sesekali belasah sardin ni.Along dengan adik taknak makan nasi semalam..so aku buat pizza dengan kentang putar untuk diorang.Layan menu sardin jelah hari ni ye..pssstttt walaupun sardin tapi abang siap menambah nasi..he..he..aku???masih proses diet,so tak makan nasi.

BAHAN2
sardin
2 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
sediki halia-tumbuk
cili api-ikut kepedasan masing2
air asam jawa
1 biji bawang besar-potong bulat
ubi kentang-potong sederhana tebal
air-sape suka berkuah
garam dan perasa

CARA2
-Panaskan minyak..goreng sekejap ubi kentang sampai agak garing/empuk yg dalamnya tu.Angkat dan ketepikan dulu.
-Dalam kuali dan menggunakan minyak yang sama,masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai berbau harum pastu masukkan air asam jawa.Masukkan sardin..sape suka berkuah,masukkan air sikit.Last masukkan kentang,bawang besar,garam dan perasa.Biar kejap..pastu boleh tutup api.Makan ngan nasi pun sooodapp


Haa..ini fresh dari kebun balkoni aku.Senang..rasa nak makan sayur je..cabut sikit.Pastu masak.Masih banyak lagi dalam pasu..esok2 la pulak aku pikir nak buat apa dengan sayur tu.Kucai dengan bendi pun dah banyak.Esok kena petik juga bendi tu sebab kalau tua keras la pulak nanti.


Buat sup sayur bodo je semalam.Isi ayam sikit untuk aku makan camtu je tanpa nasi.

Khamis, 5 Mei 2011

AYAM KICAP AROMA

Banyak hari tak masukkan entry..biasalah masa untuk melepak dan bersantai santai depan komputer ni agak terhad apabila anak2 meragam.Along demam..biasalah musim2 panas ni.Si adam pulak,entah apahal la sehari dua ni meragam betul.Manja dan teramat amat kuat mengamuk..sabarrr jelah.Resepi ayam ni aku jumpa masa skodeng dapur kak Ann periuk tanah.Tengok bahan2 pun dah terliur..apa lagi,terus jalankan projek sebab kebetulan bahan2nya pun mudah dan ada dalam peti aku.Beku pulak idea nak menulis arini..mana taknya menaip sambil si adam ni atas riba.Layan resepi yang besttt dan sedap ni,,,

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 ekor ayam anggaran 1 kg- potong kecil
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng ayam
5 ulas bawang putih dihiris atau diketuk sedikit sahaja
1 inci halia- hiris halus
2 batang serai- diketuk atau dipotong serong panjang 1 inci
1-2 sudu besar sos tiram
sedikit lada sulah
3 sudu besar kicap manis- ikut citarasa
2 labu bawang besar dihiris ikut citarasa- banyak lagi sedap
10 helai daun limau purut dihiris halus- banyak lagi sedap
2 biji cili api-potong kecil2(aku tambah)
1 sudu makan cili kisar (aku tambah)

Cara membuatnya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kuyit. Goreng separa garing dalam minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.

2. Masukkan 5 sudu besar minyak gorengan tadi ke dalam kuali lain. Tumis bawang putih,cili kisar dan halia hingga wangi. Masukkan serai, kicap manis,lada sulah dan sos tiram. Tambah sedikit air dan didihkan.

3. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan bawang besar yang dihiris,cili api dan daun limau purut. Gaul rata dan tambah garam jika belum cukup masin. Sedia dihidang bersama nasi panas..... Aku masukkan air lebih sikit sebab nak berkuah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...