Jumaat, 13 Ogos 2010

DAGING BLACKPEPPER

Kali ni entry masakan daging yang su ambil dari blog dayang jack


DAGING BLACKPEPPER

BAHAN2
-Hirisan daging rebus
-Lada hitam (ditumbuk kasar)
-1 sb kicap pekat
-2 ulas bawang putih (cincang)
-1 labu bawang besar (mayang)
-2 sudu makan kicap manis
-1 sb sos tiram
-5 biji cilipadi (diketuk)
-hirisan daun ketumbar (su tak isi)
-hirisan capcicum
-1 sb jus lemon
-tepung jagung (bancuh dgn sikit air)

CARA2
-Perapkan daging + 1/2 sb kicap pekat +lada hitam selama lebih kurang 10 minit.
-Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang.Masuk sos tiram dan sedikit air.Kacau hingga mendidih..masukkan daging dan baki kicap pekat.Kacau sebati.
-Masuk capcicum,cili padi,kicap manis dan jus lemon.
-Masukkan garam dan perasa..akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar.Kacau hingga kuah agak pekat.Sedia untuk dimakan.

KUIH PAUNG PULUT/BOM

KUIH PAUNG PULUT/BOM

BAHAN2
1 Cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
secubit garam
sedikit gula(untuk elak kuih meletup)
air secukupnya
Bijan
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti
Kacang Hijau
gula secukupnya
sedikit tepung gandum
air

CARA2
-Masukkan tepung pulut,tepung gandum,garam dan gula di dalam bekas.Masukkan air sikit2 sambil menguli hingga menjadi doh yang tak melekit di tangan.Ambil sedikit doh buat bebola kecil.Buat sampai habis semua doh.Ambil doh yang dah dibulatkan tu...leperkan masuk inti di tengah tengahnya pastu tutup doh dan jadikan bentuk bulat macam bebola semula...golekkan atas bijan .Buat sampai habis semua adunan doh.
-Goreng dalam minyak yang terendam dan api yang kecil untuk elakkan kuih ni meletup letup.Greng hingga perang pastu boleh angkat.

Untuk Inti:
Rendam kacang hijau dalam dua jam pastu basuh.Kacang hijau masukkan dalam periuk,rebus sampai empuk/lembut (jangan lupa isi air pulak).Dah nampak kacang tu pecah2/lembut..masukkan gula.Kacau sampai agak kering..masukkan pula sedikit tepung gandum.Dah nampak kering angkat biarkan sejuk.Buatkan bentuk bebola kecil..masukkan dalam doh.
*Boleh juga gunakan inti kelapa.Tapi su lebih suka kacang hijau.

KUIH YANG BELUM DIGORENG

Khamis, 12 Ogos 2010

IKAN KERAPU 3 RASA

Along pertama kali berpuasa.Alhamdulillah dia bertahan sampai waktu berbuka..insyaallah harap2 dia boleh berpuasa sebulan.Masa tak berapa nak ada untuk berceloteh so su masukkan jelah menu berbuka hari pertama..simple tapi???along bertambah 3 kali..he..he..mama?takleh tambah sebab nanti tak pasal2 berat naik semula.Resepi ni su ambil dari DayangJack.Sapa2 nak cari resepi yang best2 pi lah kat situ.

IKAN KERAPU 3 RASA

Bahan2
1 ekor ikan (digoreng hingga masak)
1 labu bawang besar (hiris dadu)
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
1 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut (su potong halus)
5 biji cilipadi-ikut kepedasan (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
#hirisan nanas,epal,tomato,timun,cili benggala

Cara2
- panaskan minyak.Tumis bawang besar,serai,bawang putih,bawang merah,cili padi,daun limau purut dan halia hingga wangi
-Masukkan sikit air dan semua bahan sos secukupnya.Masukkan garam dan perasa
-Masukkan bahan2 bertanda # kacau seketika.Kalau nak pekat masukkan bancuhan tepung jagung.su tak isi sebab sos2 tu dah membuatkan kuah nampak pekat.
-Masukkan ikan.Boleh hidang untuk ngap..

Masak Lemak Jantung Pisang

Member untuk temankan lauk ikan kat atas.Resepi sempoi je tapi...mabelesss.Thank's mak bagi resepi ni kat ceq.Tapi takleh lawan mak masak.Rindu masakan makkk...hu..hu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...