Selasa, 17 September 2013

Jagung Bakar

Mulakan pagi selasa dengan penuh semangat walaupun kepala masih ting tong.Pertama kali aku dengan anak2 naik bas balik kampung tanpa suami.Anak2 punyalah bersemangat.Nasib baiklah jenis dengar cakap..takde diorang buat hal dalam bas cuma banyak bertanya.Almaklumlah tak pernah naik bas jalan jauh terutama adik.Aku balik mengejut tanpa apa2 perancangan pun.Call abah pastu dia bagitau mak tak sihat.Aku mula tak senang duduk..lepas ambil along balik sekolah terus cari tiket bas.Tiket yang ada hanya pada pukul 7 malam.Pukul 6 minta jiran tolong hantar ke stesen bas..kelam kabut punya pasal..barang2 main sumbat je dalam beg.Masa pergi ok lah lagi sebab duduk didepan.Anak2 pun happy semacam je.Tapi masa balik dari kampung ke kuantan..adoi ambik kau.Duduk belakang sekali..bas laju giler(tobat tak naik dah bas ni) pastu ikut jalan lama.Dah la laju..main brek mengejut je.anak2 aku berkerut kerut muka menahan rasa muntah.Penumpang2 lain pun merungut sebab melambung lambung.Along kata macam naik rollercoaster genting.Adik pulak..turun je bas terus bagitau dia taknak naik bas dah.Macam naik boing boing.Aku??sakit pinggang..sakit kepala semua ada.Adoila..driver ni kalau nak merempit tu..tak fikir langsung penumpang yang dia bawa.Aku terpaksa naik bas sebab tak berani nak drive sorang2 balik kg.
 
Habis cerita bas...masa  balik baru ni aku bawa jagung fresh dipetik dari pokok.Adik aku dia berniaga jagung.Aku beli dengan dia je.Puas hati betul sebab memang cunnn jagung ni..cerr korang tengok
 
 
 
 
 
 
Jom tengok dekat2 sikit
 
 
 
 
 
Tadaaa..jagung bakar untuk anak bujang dimalam hari
 
 
 
Aku bawa banyak juga tapi sedekah jiran2.dirumah ada 4 tongkol.Baki arini nak rebus je untuk anak2.Resepi jagung bakar aku ambil dari  ABM

 
5 tongkol jagung

bahan sapu
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega
 
CARA CARA
1. Satukan bahan2 untuk disapu dan gaul rata.
2. Jagung yang sudah dibersihkan disapu dengan bahan sos sekata.
3. Untuk dibakar ada beberapa cara. Cara pertama, panaskan grill pan diatas api dan letakkan jagung. Balik-balikkan sehingga masak dan ada hitam2 kesan dibakar.Didalam proses bakar, bolehlah disapu lagi dengan bahan sapu tadi.
4. Cara kedua adalah dimasak diatas grill pada arang. Balik2kan sehingga masak dan ada kesan hitam dibakar.
5. Cara ketiga adalah dengan menggunakan oven. Oven hendaklah pada setting "grill" dan dimasak didalamnya sehingga terdapat kehitaman kesan dibakar. Waktu membakar bergantung pada oven.
6. Bila dah masak, bolehlah disapu lagi dengan sos sapuan tadi.
*AKU YANG LAST TU..SAPU DENGAN SEDIKIT BUTTER+SUSU PEKAT MANIS.
 
 


1 ulasan:

fazliana berkata...

jagung sgt unik...buah pling sedap iaitu jagung apabila dibakar,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...