Morningggg...melepak jap selepas selesai uruskan anak2.Siapa yang kenal aku..diorang memang tau yang aku telah berjaya membesarkan badan semasa tinggal di Qatar.Bukan sedikit tapi membesar dengan sangat melampau tahap gaban muahahaha.masa di Qatar..keinsafan untuk meng kurus kan badan ada tapi semangat dan keazaman tu sangat2 kurang.Paling pantang kalau nampak bantal.Kuat betul aku membuta.siang mudah sangat terlelapnya.Senaman memang malas..fast food dgn nasi pantangggg jumpa.Tetiba balik malaysia..semangat tu kuat sangat.Laki aku pun banyak bagi dorongan.Sanggup hari2 teman aku pergi jogging.Siap buat homegym.Alhamdulillah..badan aku berjaya turun dengan jayanya.hampir 3 bln berusaha..aku berjaya turun 11 kg.Cerr korang tengok masa aku pakai baju t shirt purple..macam orang ngandung.adoi. sangat demokkk ooo.baju kurung..masa raya baru2 ni.yg pakai jeans tu hampir 2 minggu yg lalu (hari ni badan aku turun lagi ).Masa tu jeans tu dah berjahit kiri dan kanan pinggang.jeans tu dah tak boleh pakai sebab besar sangat dah.laki aku kata macam apek jual sayur kalau pakai jeans tu.Yang menggembirakan aku..aku berjaya pakai seluar jeans yg dah 3 thn tak muat.seluar tu aku beli pastu sempat pakai 2 kali je.pastu ketat.harini..seluar tu muat dan longgar.baju cardigan hitam tu dah lama beli.tapi tak pakai sebab tak muat.masa beli aku sengaja beli saiz kecil konon2 pemberi semangat.Alhamdulillah dulu baju saiz XL tapi sekarang m
*bukan bertujuan untuk menunjuk nunjuk tapi pemberi semangat kepada sesape sedang berusaha menurunkan berat badan.hanya orang yang pernah melalui tahu perasaan bila berbadan besar.rendah diri..tiada keyakinan..kecewa..semua ada.Jangan risau..kalau betul2 kuat semangat dan berusaha betul2..korang pun boleh.Aku pernah hampir putus asa tapi terima kasih suami tersayang.dia tak pernah putus2 bagi dorongan dan sokongan.jangan mudah menyerah sebelum berusaha sehabis daya.
3 ulasan:
huhu..tengah berusaha jugak ni
risau tgk size peha
tahniah dik...
alhamdulillah setelah berusaha tanpa kenal putus asa.Bukan untuk tayang cantik..langsing tapi untuk kesihatan juga sebenarnya :)
Catat Ulasan