Selasa, 27 Ogos 2013

Isteri orang tapi tak sedar diri...

Tu dia tajuk..amikkau.Setelah lama aku mendiamkan diri tetiba muncul kembali.Sepanjang kehilangan aku..memang banyak perkara yang telah terjadi.Suka dan duka bersilih ganti.Fikiran bercelaru sangat2 sebelum ni..tapi alhamdulillah sekarang aku dah semakin tenang.Rupa2nya ada hikmah atas semua yang terjadi.Aku sendiri terasa makin dekat dengan Yang Esa.Setiap kali hati tak tenang..aku segera ambil wuduk dan baca Al Qur'an.hati jadi tenang sangat2.Apa yang terjadi buat aku berhati hati dalam berkawan.Kadang2 tanpa kita jangka..orang yang kita kenali boleh menikam dari belakang.Jangan mudah percaya dengan perwatakan luaran seseorang.Dunia akhir zaman...berstatus isteri orang tapi masih mengharap dan terkejar kejar suami orang lain.Bukan tujuan mengaibkan tapi harap2 korang jadikan pengajaran.Jangan mudah percaya dengan sikap luaran seseorang.Ada seseorang yang aku anggap kawan dalam diam cuba merosakkan rumahtangga yang telah 10 tahun terbina.Daripada awal aku dah ada sedikit rasa curiga dengan sikap pompuan tu.Setiap kali aku letak gambar suami..dia orang pertama yang akan like.gambar family takde pulak beria ia nak like.Dalam diam pompuan tu masuk jarum dalam rumahtangga aku.Suami aku tersalah langkah kerana terlalu prihatin untuk mendengar segala masalah dia.Benar kata orang..jangan sesekali melayan dan prihatin terhadap kaum bukan sejenis.Tapi mujur suami aku cepat tersedar sebelum terlanjur lebih jauh.Hati memang terluka tapi manusia mana yang tak melakukan kesilapan.Suami aku segera memutuskan segala bentuk hubungan.dia unfriend fb pompuan tu..buang no phone dan minta pompuan tu jangan wujud lagi dalam hidup kami.Pompuan tu masih bagi sms tapi laki aku buat bodo je.dan yang paling pompuan tu bangang sebangangnya (sorry kasar sikit ayat) pompuan tu boleh buat akaun facebook lain pastu siap buat ayat jiwang2 segala bagai khas untuk laki aku.rindulah...kenapa menyepikan diri..takleh lupa..HELLOOO pompuan.ko tu bini orang.laki aku terus block fb jiwang pompuan tu.kalau tengok luaran..adoiii lembut nak mampus.Nasib baik aku boleh berfikir..takde bodonya aku nak serang dia.Tak kuasa aku nak membangangkan diri macam dia.Buat masa ni aku hanya perhatikan dulu pompuan ni.kalau dia melampaui batas..memang cari nahas namanya.Pompuan ni kerja Coway di kl..laki dia polis..anak dah 2.Laki dia memang x tau bini dia perangai camni.kalau dia cuba ganggu hidup aku dan suami..aku akan pastikan aku dan suami pergi rumah dan bertentang mata dgn laki dia.Rumah dia aku dah pernah pergi.Alhamdulillah..kerana duri yang pompuan ni tabur..hubungan aku dan suami semakin bertambah erat.Aku masih teringat pertanyaan laki aku.."ayang percaya abang atau pompuan tu?".In syaa Allah aku lebih percayakan laki aku.Insan yang terlalu banyak berkorban untuk aku dan anak2.Aku hanya mampu berdoa pompuan tu boleh berubah.Sedar diri dia isteri orang.tau dosa dan pahala.Sudah2la perasaan nak berseronok tu.Setakat yg aku tau dia ada 4 fb.1 ngaku dah kawin tapi yg 3 tu..bujang.kesian laki dia.
*sorry terpanjang entry arini.pengajarannya..jangan mudah percaya seseorang walaupun korang anggap kawan rapat.
*tengok2la fb laki korang.kot2 ada yang cuba nak curi perhatian dia.Zaman sekarang ni...bini orang lagi bahaya dari anak dara.
*pesan kat pasangan  masing2...x payahlah nak jadi pendengar setia daripada yang berlainan jenis.

2 ulasan:

Irfa berkata...

dunia akhir zaman.iman dan agama letak tepi itulah jdnya.semoga Allah pelihara rumahtangga kita dr org2 yg berniat jahat dan peringatan utk diri sendiri juga,sayang suami/isteri jangan 100% simpan sikit utk diri sendiri

samsulaili berkata...

Betul tu.akhir zaman ni banyak perkara pelik yang berlaku.Kes isteri dan suami orang makan luar pun dah terlalu banyak terjadi.Sayang macam manapun pasangan..perlu simpan sedikit curiga supaya bila sesuatu terjadi..kita tak terus terduduk dan hilang arah ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...