Masa ni dah nak keluar wad..mamat senyum.anak mama ni kuat..kalau demam pun susah sangat nak merengek.Kita yang kena selalu check suhu dia.
Sekali lagi diuji..selepas 2 hari..suhunya tetap tak turun2.sekali lagi bawa lari ke hospital.kali ni suhu hampir 41 celciuc.tahan wad dan buat segala macam pemeriksaan.kuman dalam darah masih ada.kali ke dua ni..dah takde senyuman.
Masa ni tunggu result darah.Doktor masukkan air sebab tekanan darah rendah.adik taknak tido atas katil..terpaksalah mama ribakan je.Alhamdulillah adam dah ok cuma harini batuk2 masih ada.aku kena check suhu badan dia selalu.
Adik dah ok sikit..tetiba along pulak sakit.Dia ni sangat2 susah nak bagitau kalau dia sakit.Kadang2 demam sampai menggigil dia boleh tahan kalau kita tak tahu.Balik sekolah tiba2 along muntah.keluar darah pekat dari hidung.Aku ingatkan mungkin sebab musim panas.Kali ke dua dia muntah..muntah dia bercampur darah cair.banyak darah dari muntah.Masa tu tak payah cakaplah aku punya cemas.Hubby keja.kelam kabut call suruh hubby balik.Banyak kali pulak tu dia muntah bercampur darah.Sampai hospital terus check macam2.
Along tertidur kepenatan selepas ambil darah dan x ray.Dua botol air masuk malam tu sebab tekanan darah terlalu rendah.mungkin sebab terlalu banyak muntah dan darah keluar.
Ni masa jaga along di wad.penat dan letih tapi kerana anak..aku kuatkan.sebenarnya akupun demam teruk..tapi aku kuatkan diri demi anak2
Hubby aku yang kepenatan.Dia sibuk sekarang..hari2 bekerja takde cuti dan balik malam.tapi demi anak2..kuatkan jugalah diri.
*Alhamdulillah anak2 aku dah ok.pengajaran..lain kali kalau anak selesema sikitpun..terus bawa pergi klinik dan dapatkan antibiotik.Diorang makan ubat demam..kita rasa ok tapi sebenarnya kuman merebak dalam darah diorang.Sehingga satu tahap..jadi macam anak2 aku.mujur cepat bawa hospital..Allah masih sayangkan anak2 aku.
3 ulasan:
syukur anak2 dah kembali sihat.. memang dugaan betul ye sue.. dua anak berturut2 sakit.. moga sue & anak2 dah bertambah sihat skrg ni..
kdg2 kita alpha kan sue.. akak pun kengkadang anak selsema sikit2 pun buat tak tau je.. kdg tu bg ubat selsema yg dibeli kat kaunter je tp tak jumpa doktor.. tp kalau demam akak mesti bwk ke doktor juga.. biasanya gi klinik aje..
ini baru sikit dugaan Allah bagi kak..lepas ni memang su tak berani dah nak ambil ubat je.wajib jumpa doktor walaupun selesema sikit.benda nak jadi..kita tak tahu.
itulah tangungjawab ibu n ayah. Jaga baik2 jgn bg demam lagi.
Catat Ulasan