Rabu, 24 November 2010

KUIH SIPUT

Bahan2
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 biji telur
1 senduk marjerin
1 cawan santan
sedikit air ais
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu rempah kari daging
garam
daun kari

Cara2

-Gaul semua bahan2 kecuali santan,air ais dan daun kari.
-uli dengan santan hingga menjadi doh.Sekiranya adunan agak keras,masukkan sedikit air ais (pandai2 agak..jangan terlalu lembik)
-ambil/cubit sedikit adunan..buat bulat pastu tenyeh je kat atas acuan kuih siput.Gentel sampai habis pastu bolehlah digoreng.
-daun kari tu masukkan masa kuih siput tu hampir2 masak (nak perang2 sikit).insyaallah kuih siput ni rapuh je..tak keras sebab isi santan dengan air ais.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...