Rabu, 8 September 2010

cerita2..rambut raya

Ni malam semalam punya projek.Lepas buka puasa pergilah keluar jap ke al khor konon2 nak cari ayam..cari punya cari,adoiii di kabayan dengan al meera dua2 takda.Ni yang nyampah betul kat qatar kalau time dekat2 raya..memanjang susah nak cari ayam.Nasib baiklah ada member keluar ke Doha,so dapatlah kirim minta tolong belikan.Dah alang2 keluar..masa on the way balik tu abah singgah kat al dhakira club.Masa sampai agak lewat juga dah tapi nasib baiklah sempat lagi untuk abah ngan along potong rambut.
Mamat arab dari negara mana entah sedang gunting rambut along.
Alahai tengok muka along..jambunyalah.Dah rambut pendek..terus terserlah telinga yg ala ala nabil sikit..wakakaka


Adam ni mat rock..so rambut kena panjang...he..he..sementara tunggu along,nilah kerjanya..nengok ikan dalam akuarium.Suruh main2 kat tempat mainan,dia taknak.

Bila keluar je along...terkedek kedek adam jalan sendiri pi tempat mainan.Cehhhh budak kecik ni..mentang2 ada geng,ditinggalnya mama.Sementara tunggu abah habis gunting rambut..lantaklah korang main dan menyepahkan mainan tu.Kang pandai2lah pekerja dia kemas.Abah kuar je..siadam mengamuk taknak balik..tak puas main la tu.Mengada ngada betul budak kecik ni..abah dukung baru dia diam.Ngada ngada betul anak abah ni..hu..hu..

Isnin, 30 Ogos 2010

APAM GANDUM


APAM GANDUM
sumber : mat gebu

BAHAN2
500 gram tepung gandum
3/4 cawan brown sugar/gula merah
2 cawan air
11 gram yis + 1/2 cawan air - larutkan
kelapa parut + sedikit garam

CARA2
1.Gaul rata tepung dan brown sugar hingga rata.Tuang bancuhan yis..kacau.Tambah air sikit2 sambil gaul rata dan tidak berbinti bintil.
2.Lengser loyang dengan sedikit minyak.Tuang no 1 dalam loyang dan biar dalam 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang.
3.Kukus atas air mendidih selama 40-45 minit.Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong pastu boleh hidang dengan kelapa parut yang dah dicampur garam.

Ahad, 29 Ogos 2010

DAGING GORENG JINTAN


DAGING GORENG JINTAN
sumber : kak nor

BAHAN2 A
Daging potong nipis
1 sudu teh jintan manis - tumbuk
1/2 sudu teh Lada hitam - tumbuk
1 sudu teh jintan putih - tumbuk
1 sudu teh ketumbar - tumbuk
kunyit
air

BAHAN2 B
3 tangkai cili api - potong
1 tangkai cili merah - potong
sedikit cuka dan kicap
1 biji bawang besar - potong bulat
1 tangkai daun sup
1 daun bawang

CARA2
1.Daging gaulkan dengan bahan2 A.Masukkan dalam kuali/periuk dan rebus empuk hingga air kering.Ketepikan
2.Dalam kuali yang sama ,masukkan minyak,tumis bawang besar,cili api dan cili merah,daun sup dan daun bawang.Masukkan garam dan perasa.Akhir sekali masukkan cuka dan kicap.Boleh hidang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...