Isnin, 28 Jun 2010

Sandstorm

Kebelakangan ni kerap betul sandstorm.Nasib baiklah cuti sekolah dah nak bermula..taklah risau sangat.Cuma kesian abang...takut datang balik batuk2.Hari sabtu masa keluar pergi Lulu Di Gharaffa..memang tak berapa nampak untuk jarak yang jauh sebab tengah sandstorm.Masa balik ke Al Khor pun ada sesekali terpaksa perlahankan kereta sebab tak nampak jalan.Hari ni alhamdulillah angin je kuat tapi debu tak teruk sangat.Kat bawah ni gambar su ambil masa tunggu along balik sekolah .Waktu tengah hari..panas terik tapi disebabkan sandstorm..bangunan kat tepi umah su pun tak berapa nampak.Sorrylah gambar guna handphone jerrr..Balkoni tak payah cakaplah.Basuh tak sampai sejam penuh balik debu..tingkap memang tak boleh buka sangat sekarang ni.Risau juga anak2 kena batuk..alhamdulillah setakat ni selesema je.Kalau takde hal..memang malas nak keluar.

Disebalik sandstorm tu ada bangunan..tapi tengoklah..sampai hilang bangunan diselaputi sandstorm.Pokok pun dah semacam je ditiup angin.Adoiii..mahal lagilah ikan2 kat pasar.Makan ayam dengan daging jelah jawabnya...

Bas pun tak nampak..tetiba je muncul disebalik 'kegelapan'.Dah masuk rumah dapat sms dari sekolah kata bas akan sampai lewat..terutamanya yang tinggal didoha kerana sandstorm.Biasanya bas terpaksa berhenti untuk mengelakkan kemalangan.Nasib baik malaysia tak kena macam ni..kalau tak????takdelah gerai2 jual kuih2 ngan goreng pisang tepi2 jalan....he..he..

Kuih Keria/Gelang

Hari ini genap 3 tahun abang tersayang meninggal dunia.Rasa macam sekejap je masa berlalu..terbayang lagi gelak tawa dan senda gurau abang.Rindu????hanya Allah yang maha mengetahui.Dialah insan paling rapat dengan su dan juga pendengar yang amat setia.Kalaulah masa dapat diputar kembali.Ya Allah tempatkanlah dia bersama orang yang Kau redhai.Hmmmm..tak payahlah cerita panjang2..takut air mata ni menitis lagi.

Yang kat bawah ni antara kuih tradisional yang sampai sekarang memang amat diminati oleh semua orang.Su buat untuk makan petang.Kalau kecil2 dulu mak selalu buat sebab ubi keledek banyak kitorang tanam belakang rumah.Kalau family su kitorang panggil kuih gelang.Mak masa masih kuat dulu dia selalu buat kuih ni pastu hantar kat kedai makan.Mak memang rajin memasak..Aruah abang pula,yang paling terer masak antara adik beradik.Su no 2 kot..he..he...Sape2 nak tengok cara2 menyira kuih keria ni boleh pergi sini.Lengkap penerangan sekali gambar.


KUIH KERIA /GELANG
Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam
Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air

Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.
Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS. Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

Khamis, 24 Jun 2010

Pau Sambal/Burger Malaysia

Adoi masih terasa sakit mata terkena debu masa ambil along tadi.Teruknyalah sandstorm harini.Rumah Blok hujung pun sampai tak nampak dilindungi sandstorm.Macammanalah abang kat tempat kerja.Along yang sepatutnya 12.15 tgh hari sampai..harini dekat 12.30.Driver bas tak berapa nampak jalan kot.Su ada juga ambil gambar masa sandstorm tadi tapi guna handphone jelah...Nanti su cuba masukkan.Resepi kali ni su cilok dari kak Ann.Best sebab lembut sangat.Dah lama goreng pun masih lembut je pau ni.Doh ni su buat untuk 2 resepi.Pau sambal untuk makan petang dan pau goreng (inti kelapa) untuk sarapan.

PAU SAMBAL/BURGER MALAYSIA


Bahan-bahan Doh:
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)
2 sudu besar margerin
1 biji telur
1 biji kentang, direbus dan dilecek halus
1/2 cawan air dicampur secubit garam
*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)
*Su masukkan 1 sudu besar shortening-jenama crisco

Cara-cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin,shortening dan kentang ke dalam lubang tu.
2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.
3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.
4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.
5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.
6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.
7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk halus sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) ** Adik K.An, Raidah yang ajar.. dia jual pau sambal kat kampung

PAU GORENG INTI KELAPA

Inti Kelapa:
Kelapa parut
gula merah/melaka
sedikit tepung gandum
sedikit air
daun pandan
-campurkan semua..kacau sampai agak kering.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...