Aku sudah peninggg..la..la..la..baru aku sedar salah taip semalam.Tersilap kata hari ahad.Adoi haripun dah tak berapa ingat.Harini nak publish gambar udang pulak.Takdelah comel macam tuan empunya asal resepi ni.Aku ikut sejibid resepi tapi cuma kurang rempah sebab takut sikecik tu tak tahan pedas.Pastu aku buang kulit udang..hero2 dirumah ni(termasuk abahnya) memang kalau makan udang..diorang nak yang dah togel dan dibuang urat belakang tu.Cerewet betul tau diorang ni..aku je jenis senang.Semua belasah je..janji kenyang.Tu sebab aku yang paling sihat dalam family ni..
UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH
SUMBER : BLOG MASAM MANIS
1 kg udang ~ di buang kepala dan ekor, cuci bersih
1 tangkai daun kari ~ hiasan
2 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Perap
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam
Perap udang bersama bahan perapan anggaran 20 minit.
Kemudian goreng udang dalam minyak panas
Angkat dan toskan
Ketepikan udang.
Bahan Tumis
1 labu bawang besar dipotong dadu kecil
1 biji bawang putih ~ di cincang halus
5 biji cili padi ~ hiris halus kalau tak suka pedas kurangkan
2 tangkai daun kari ~ ambil daunnya dan hiris halus
CARA2
Panaskan butter dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Kemudian masukkan udang dan gaul rata dan sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun kari ( hiasan) dan sedia dihidangkan
Macam macam cerita..ala2 rojak passembor,semua ramuan dimasukkan dalam satu pinggan.
Selasa, 17 April 2012
Isnin, 16 April 2012
DUGAAN...
Salam pagi ahad..jarang aku berblog kebelakangan ni.Agak kepenatan menguruskan anak2.Allah memberi sedikit ujian kepada aku dan suami..tapi alhamdulillah sekarang anak2 aku dah makin ok.Mula2 adam yang bermasalah.Tiba2 suhu dia melonjak naik sehingga 40 celcius..Hanya Allah yang tahu betapa gementarnya aku.Dia sihat..selesema pun tidak tapi mendadak je panas.terus bawa ke hospital..mujurlah hospital dekat je.dalam 10 minit.Doktor buat check up segala bagai..kena tahan wad.Ada jangkitan kuman dalam darah dia....
Masa ni dah nak keluar wad..mamat senyum.anak mama ni kuat..kalau demam pun susah sangat nak merengek.Kita yang kena selalu check suhu dia.
Sekali lagi diuji..selepas 2 hari..suhunya tetap tak turun2.sekali lagi bawa lari ke hospital.kali ni suhu hampir 41 celciuc.tahan wad dan buat segala macam pemeriksaan.kuman dalam darah masih ada.kali ke dua ni..dah takde senyuman.
Masa ni tunggu result darah.Doktor masukkan air sebab tekanan darah rendah.adik taknak tido atas katil..terpaksalah mama ribakan je.Alhamdulillah adam dah ok cuma harini batuk2 masih ada.aku kena check suhu badan dia selalu.
Adik dah ok sikit..tetiba along pulak sakit.Dia ni sangat2 susah nak bagitau kalau dia sakit.Kadang2 demam sampai menggigil dia boleh tahan kalau kita tak tahu.Balik sekolah tiba2 along muntah.keluar darah pekat dari hidung.Aku ingatkan mungkin sebab musim panas.Kali ke dua dia muntah..muntah dia bercampur darah cair.banyak darah dari muntah.Masa tu tak payah cakaplah aku punya cemas.Hubby keja.kelam kabut call suruh hubby balik.Banyak kali pulak tu dia muntah bercampur darah.Sampai hospital terus check macam2.
Along tertidur kepenatan selepas ambil darah dan x ray.Dua botol air masuk malam tu sebab tekanan darah terlalu rendah.mungkin sebab terlalu banyak muntah dan darah keluar.
Ni masa jaga along di wad.penat dan letih tapi kerana anak..aku kuatkan.sebenarnya akupun demam teruk..tapi aku kuatkan diri demi anak2
Hubby aku yang kepenatan.Dia sibuk sekarang..hari2 bekerja takde cuti dan balik malam.tapi demi anak2..kuatkan jugalah diri.
*Alhamdulillah anak2 aku dah ok.pengajaran..lain kali kalau anak selesema sikitpun..terus bawa pergi klinik dan dapatkan antibiotik.Diorang makan ubat demam..kita rasa ok tapi sebenarnya kuman merebak dalam darah diorang.Sehingga satu tahap..jadi macam anak2 aku.mujur cepat bawa hospital..Allah masih sayangkan anak2 aku.
Labels:
CERITA AKU
Selasa, 10 April 2012
DAUN IDAMAN.
Bersiaran kembali setelah agak lama menyepikan diri.Kebelakangan ni aku diuji kesabaran dengan kesihatan anak2.Sehingga hari ni..hero2 aku kurang sihat sepenuhnya lagi.Semalam hubby tersayang pulak kurang sihat.Nanti aku update cerita pasal diorang pada entry akan datang.Aku sendiri masih kurang sihat..nasi dah seminggu tak boleh sentuh.Tekak ni rasa perit dan hilang selera pada nasi.Malam tadi tetiba terasa sangat nak makan ikan masak asam pedas.Alhamdulillah rezeki aku...ada member pergi doha dan dapat sambar daun kesum.Di qatar ni rasa2 nya hanya ada satu tempat je yang jual iaitu di shoprite.Shoprite banyak barang2 keperluan dari malaysia dan thailand dijual.Daun kesum ni rasanya dari thailand..pokoknya jenis tinggi dan daunnya lebar2.Harga sekilo dalam QR 45.Kalau RM dalam RM 42.Oleh sebab susah nak dapat..guna sikit2 je pastu simpan dalam freezer.
Labels:
QATAR
Langgan:
Catatan (Atom)








