Jumaat, 2 Mac 2012

FRUIT TART..Strawberry habis la pulak...

Fruit tart..peberet anak2 kesayanganku.Nak buat tak susah mana tapi kadang2 kerajinan tu yang bermasalah.Yang ni aku buat untuk dibawa ke kelas toodler adam.Nampak kurang menarik kan??Hubby aku agak sibuk sekarang ni..jadi agak susah untuk keluar mencari barang.Strawberry ada aku nampak di kedai kawasan community ni,tapi warna pucat dan dah lebam semacam je.Last2 ni jelah yang ada..kiwi yang dah memang wajib selalu ada dalam peti dengan peach dalam tin.Jadilah tu kot.Tadi along merengek suruh buat lagi..insyaallah la kot sebab jap lagi hubby ajak keluar jalan2 ,bolehlah cari bahan2 untuk buat tart sekali.Resepi kali ni aku ambil dari blog Che Mat Gebu..jom layannn..



BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung gandum pun
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah strawberry - takde
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.


ambil gambar jarak dekat sikit..

Khamis, 1 Mac 2012

AKIS SPORTS DAY

Aktiviti hari semalam..Sports Day di sekolah along.Balik dari sekolah..aku memang letih dan agak kelam kabut mengemas dan memasak.itu yang semalam takde masukkan entry baru.Seronok tengok bebudak ni main..dengan teacher2 diorang aku tengok dah jadi bebudak.Kulit muka lebih kurang je semua..gelap walaupun dari pelbagai negara2..he..he..paham2 jelah padang pasir.Meh layan gambar2 yang aku ambil guna handphone jer.Kelam kabut sampai terlupa bawa kamera...

 Baru nak bermula..sama je kulit padahal along sorang je orang malaysia..he..he..


 Acara tarik tali.along belakang sekali..yeeaaa anak mama juara


 Minah arab pakai tudung tu LA kelas along.Teacher lelaki tu ajar PE..kalau malaysia macam pendidikan jasmani ler..


 Ni acara bawa telur plastik dalam sudu.Team along juara lagi.Psstt teacher lelaki tu..muka sebijik pelakon CSI


 Ni teacher kelas along..mrs hardy.Sangat lembut orangnya.Dia satu2nya teacher yg kurang seksi


Acara lari dalam beg.Team along juara lagiii


 Acara indoor ni pun..team along menang lagi


Juara lagi..dan lagi...

Haaa..satu game ni je team along kalah..


Acara luar..lumba lari.Team along menang..pssttt tu la awek along ..ha..ha..tak senonoh punya mak.Kecik2 dah gatal kenen2 kan anak.Mana tidaknya..memanjang berkepit pastu kat rumah asyik cerita pasal budak tu jer..Awek arab.Abah kata takyah gatal2 cari awek arab.Orang arab ni kasar2..hu..hu..cian along..wink..wink..wink..


 Seksi2 teacher diorang..berseluar pendek belaka..


 Haa ..ni lagi.Seluar pendek.Student2 omputih dan arab yang dah sekolah menengah pun jenis pakai seluar pendek kalau bersukan.Adoiii lerr


Penyokong setia along.Masih berbungkus sebab sekarang masih musim sejuk.


Mengamuk ngamuk nak main juga dengan along.Selamba jer kutip barang orang main untuk acara baling2 tu..


Letihh..sepanjang perjalanan balik(aku jalan kaki je)dia boleh nyenyak tido..tapi yg herannya..biskut tak lepas dari tangan




Tuan tanah menyelit jap..ambik sendiri je guna handphone..ok lah tu.Tayang jap muka tombammm aku..ha..ha..

DANGAI..

Kuih yang menggunakan sedikit bahan tetapi rasanya tetap ummphh setanding kuih2 tradisional yang lain.Sebelum ni aku dah pernah buat tapi macam terlebih tepung sedikit.Kali ni aku kurangkan kuantiti tepung tapi lebihkan kelapa parut.Walllaahhh..lupa jap diet.Aku takde acuan kuih dangai ni..so bakar dalam loyang je lah.Bakar pun cara moden..masuk dalam oven je..

Setelah dipotong..


DANGAI

2 Cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
secubit garam
sedikit gula

Bahan tabur
gula pasir/brown sugar
CARA2
-Gaul kelapa parut,tepung pulut,garam dan sedikit gula.Gula isi sikit je sebab nanti nak tabur lagi di tengah2nya.
-Dah gaul sebati..ambil separuh masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit minyak (aku letak baking paper je)Tekan adunan tu padat2.Ambil gula,tabur rata atas adunan yang dah ditekan padat.Kalau nak comel..boleh ganti gula pasir dengan brown sugar
-Ambil baki adunan pastu tekan2 padat atas gula tadi.Boleh bakar dalam oven...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...