Khamis, 6 Januari 2011

GRRRRRRR..SEJUKKK

Ciaaannn sikecik sebab pepagi terpaksa bangun ikut mama hantar along sekolah.Harap2 janganlah sikecik kena selesema lagi..penat weeeiii nak berjaga malam2.Tapi tulah herannya..penat2 pun badan aku mantain je 'sihat'.Musim sejuk ni paling best menternak lemak sebab memanjang rasa nak tido..perut pulak asyikkk laporrrr je.Adoiiii..control..controlll nafsu.
Posing jap depan rumah sebelum pi sekolah Yang ni gambar semalam.


Orang nak ambil gambar..along sibuk suruh tangkap beg dia.nyampahhh betul...

Sikecik ni memang suka benor berposing.Suka betul orang ambil gambar dia.


Haaa..yang ini gambar pagi tadi.tangan tu bukan apa..sibuk minta handphone nak tengok gambar dia.Dah tengok sengih2 macam kerang busuk.Elllehhh perasan hemsem la tuu..lagi satu pantang nengok cermin...kuat bergaya si kecik ni....Esok cuti..yeyeyeyyyy aku suka sebab tak payah meredah kesejukan pagi2.



Isnin, 3 Januari 2011

LEMANG DARURAT....

Tanak beras pulut bersama dengan santan pekat dan sedikit garam.Masukkan 2 helai daun pandan(kalau suka).Tanak sampai masak tapi jangan terlalu lembik.

Setelah pulut siap ditanak..biar sejuk/suam2 pastu ambil sedikit pulut dan diuli seperti gambar.Pastikan adunan betul2 padat..kalau tak nanti masa potong,hancur lerrr jawabnya.Ikut sukalah nak tebal dan panjang mana.

Pulut yang dah siap diuli tadi..masukkan pula dalam daun pisang.Gulungkan kemas2.


Dah siap digulung dalam daun pisang..masukkan pula kedalam aluminium foil dan digulung elok.Pastikan gulungan betul2 kemas sebab takut nanti bila dikukus masuk air.

Pulut yang dah dibungkus dengan aluminium foil tadi..masukkan semula dalam periuk pengukus.Kukus sebentar.Kalau nak garing..ala ala makan lemang betul,masukkan dalam oven..bakar sekejap.


Taaarrrraaa siap..tapi tak berapa comel sikit sebab daun pisang kat sini...bapakkknyelaaahhh keras.Dah layur pun tetap keras ketung semacam je.Mana daun pisang lah gamaknye diorang import.





Sabtu, 1 Januari 2011

2011

Uwaaaa...nak nangis jap.Ok ke dah tua tua macam aku ni nak nangis..buruk betui rasanya muka kalau aku nangis.Kenapa aku nak nangis?sebab 2010 dah berlalu dan korang mesti pelik..apa pulak kena mengena 2010 dengan aku.Sebabnya..azam aku semua hancus sebab tak terlaksana.Rasa macam nak stopkan masa..jangan melangkah ke tahun 2011..boleh ke gitu.Rasanya 2011 ni aku malas nak buat azam baru..cuma nak selesaikan azam lama je...aci tak macam tu?Yang paling..paling..paling..paling tak terlaksana adalah membuang segala selulit dan lemak2 degil dan amat tepu di badan ni.Turun lah juga berat tapi ciputtttt sangat.So 2011 ni aku memang takleh main2 dah..aku akan pastikan aku berjaya mengucapkan SELAMAT TINGGAL WAHAI KENGKAWAN LEMAKKU.Harap2 kalini azam diet aku ni tak hangat hangat tahi ayam.Masalahnya..bila dah masak..ishhhh rugilah pulak tak makan..he..he..Mak aku ajar masa kecik2 dulu supaya jangan membazir makanan.
Lagi satu penyebab aku saaayaaanggg sangat nak tinggal 2010..uhuk huk huk..dah hilang angka 2 dari angka umur aku.Oh tidakkkk 2011 aku dah masuk 30TAHUN.
Tapi walau apapun..masa tetap berlalu...takdenya nak boleh stop..stop.Pejam celik pejam celik..anak2 aku dah besar.Tau2 nanti dah jadi anak teruna pastu kawin (ishhh sempat ke aku nengok diorang kawin..harap2 umor panjanglah)oklah aku pun takde idea nak bebel dan merapu malam2 buta ni.Selamat tahun baru untuk semua.
WELCOME 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...