Sabtu, 27 November 2010

PUDING KARAMEL


BAHAN2 SOS KARAMEL
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
- Panaskan gula dengan sedikit air dalam loyang hingga gula cair dan bertukar kuning.Jangan terlalu lama sehingga perang..nanti sos jadi pahit.

BAHAN2 PUDING
6 Biji telur
1 tin susu pekat manis
1 tin air (tin susu pekat manis)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
CARA2
- Pukul telur sampai kembang
- masukkan pula susu pekat manis dan air.Su guna whisker je..nak lagi senang,masuk semua dalam blender.
- Masukkan adunan dalam loyang sos dan kukus selama 25-30 minit.
- Dah masak,biar sejuk kejap pastu simpan dalam peti
- Dah betul2 sejuk baru keluarkan dari loyang.


Rabu, 24 November 2010

KUIH SIPUT

Bahan2
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 biji telur
1 senduk marjerin
1 cawan santan
sedikit air ais
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu rempah kari daging
garam
daun kari

Cara2

-Gaul semua bahan2 kecuali santan,air ais dan daun kari.
-uli dengan santan hingga menjadi doh.Sekiranya adunan agak keras,masukkan sedikit air ais (pandai2 agak..jangan terlalu lembik)
-ambil/cubit sedikit adunan..buat bulat pastu tenyeh je kat atas acuan kuih siput.Gentel sampai habis pastu bolehlah digoreng.
-daun kari tu masukkan masa kuih siput tu hampir2 masak (nak perang2 sikit).insyaallah kuih siput ni rapuh je..tak keras sebab isi santan dengan air ais.

Ahad, 21 November 2010

MUSIM MENGETAM KEMBALI....


Lama betul tak mengupdate..ada sedikit masalah yang membantutkan aku untuk masukkan citer2 terbaru.Rasanya masalah tu dah settle,so bolehlah aku menyapu habuk2 kat dalam blog ni..
Macam biasa..masuk je musim sejuk,kat qatar ni paling best sekali aktiviti crabbing.Tapi kalau malas nak masuk dalam air (macam laki aku kot..takut sejuk..he..he..jangan marah ye bang) pergi je pasar.Berlambak lambak ketam kat situ..hidup2 lagi.Harga pun murah2 dah sekarang.Pagi tadi pi pasar,ikan kembung pun harganya cuma 5 rial...tenggiri rasanya 20 rial.Ikan kerapu pun tadi aku beli sekilo cuma 20 rial.
Tapi sepanjang musim crabbing ni ,aku belum berkesempatan pergi lagi sebab cik abang dari balik malaysia aritu memanjang sibuk.Hari2 balik malam..hari cuti pun kena keja,sedih wooo sebab takleh pi merayap.Gambar2 ketam kat bawah ni ada kawan yang bagi (makasih ye mama gee..he..he..lain kali boleh bagi lagi).Along la yang paling gumbira sebab mamat tu hantu ketam.Sibbaik tak bagi yg hidup2 lagi..kalau tak memang aku masukkan dalam peti bagi mati dulu.Serik dah weiii kena sepit ngan ketam.Sakit woooo.Sebenarnya nak tunjuk ketam je..tapi biasalah ada juga model kecik tu nak enterprem..macamlah emcem sangat..he..he...


seronok adam main2 ngan ketam..dia buat macam mainan la pulak



Banyak juga ketam yg dibagi mama gee..manis sebab fresh lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...