Khamis, 8 Julai 2010

Nak kena sekeh ni....

Adam..adam..aktif betul dia sekarang.Badan pun dah makin kurus sebab banyak sangat aktiviti dibuatnya.Paling dia suka sekarang memanjat.Semua benda yang boleh dipanjat memang pantang dia tengok.Meja makan,kerusi,rak tv dengan katil tu dah jadi mainan.Budak ni kalau kat malaysia agaknya pokok pun dia panjat kot..ha..ha..ha..Tak boleh tinggal kejap..ada je projek.Makan pun mengada ngada nak duduk atas kerusi meja makan..Ish..ish..ish..padahal baru je boleh jalan.Sekarang ni dia tengah 'berkubang' dengan along dalam bilik air.Cuba tengok ni..rilek je duduk atas kerusi...dah marah tapi tak makan saman betul..he..he..he...

Muka slumber je walaupun mama terjerit jerit marah.Along dah tak kuasa melayan sebab dah penat angkat adik turun naik dari kerusi dengan meja.Kesian along..dah la adik tu lebih kurang je berat dengan dia..hik...hik..Tapi yang paling mama tak boleh tahan..bila kita tegur..tengok dia buat muka...tiru manapun tak tahulah.Suka betul dia buat muka macam ni.Kalau suruh je buat muka hodoh..jadilah memek muka camni.Ish..ish..ish..anak sapalah ni..ha..ha..ha..




Dah naik atas kerusi satu hal..siap boleh gegar..gegar kerusi tu.Dia ni jenis tahan sakit sikit.Menangis kejap je..takdenya dia kenal rasa serik/takut.Parut2 tu dah perkara biasa.Kadang2 tak tau pun bila dia terluka sebab kalau sakit sikit2 ni dia buat bodo je..takde nangis2nye.Tau2 mama belek2 ada je kesan luka..





Ni cuba tengok...habis pipi kena bucu rak tv.Adam..adam..Woiiii ada ke dua beradik ni berbogel.Cepattttttttttttt pi pakai baju.Nak kena sekehhhhh betul bebudak ni.

Rabu, 7 Julai 2010

Kuih Ketayap Inti Lempuk/Durian

Salam pagi yang kurang menceriakan kerana perut yang masih ada terasa sakitnya.Entah apa kenalah agaknya su dengan si kecik kena cirit birit.Padahal masak guna air mineral..cuma basuh2 je guna air paip.Mula2 siangnya adam kena..pastu malamnya mama pula terjangkit.Mama siap muntah2 sampai pedih rasa perut ni..risau tetiba gastrik datang balik je.Demam pun tetiba je datang..adoiii umah macam tongkang pecah.Tu lah..kalau kita yang sakit memang masalah besar.Tapi dalam tak sihat tu gagahkan diri juga masak.Harini alhamdulillah dah ok sikit.Mujurlah abang dengan along tak terjangkit sama.Oklah nak cerita panjangpun rasa macam tak berapa berdaya sangat nak ngadap laptop ni..pening nampak tulisan2 ni.Ni resepi sempoi je..kuih tradisi yang cukup senang untuk dibuat.Kali ni su buat intinya dicampur lempuk/durian.Layannnnn......


KUIH KETAYAP/DADAR


KETAYAP
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih
Gula biasa/ gula melaka secukupnya
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar (su guna santan dalam tin)
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan-mesin dengan sedikit air
pewarna hijau secukupnya
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang



LEMPUK


Nilah rupa lempuk yang su guna.Lempuk ni mak yang buat..dari tahun lepas lagi hayatnya.Kalau kena cara masaknya lempuk ni akan tahan setahun lebih tapi kena simpan dalam peti ais la.Yang dalam gambar ni adalah merupakan stok terakhir...bolehlah lepas gian nak makan durian.Sini ada juga jual durian tapi harganya???????kalau tak ngandung dan ngidam rasanya tunggu balik kampung baru beli dan makan puas puas..he..he..he..

Ahad, 4 Julai 2010

Roti Jala

Terajin pulak mengupdate harini..bukan apa,sekarang ni kalau nak update masa agak terhad.Tu yang FP tak update lagi sampai hari ni.Sebab apa masa terhad?Ni ceq nak habaq.Lepas dari pukul 4 petang memang dah takleh buka internet sangat sebab cik abang tengok bola dan yang merupakan penyebab paling utama kerana suamiku main game online..waaaa.Kalau su buka laman web alamatnya merungutlah cik abang sebab game dia jadi tersekat sekat.So kenalah bini berkorban..curi2 masa update siang dan waktu si kecik tidur.Takpelah janji suami tersayang happyyyyy.Kadang2 bini pun join sekali..ha..ha..Semalam suka sangat sebab jerman menang..memang dah jangka tapi tak sangka la pulak argentina kena belasah teruk sangat.Mesti bengang giler penyokong argentina kan.Harap2 jerman dapat pergi sampai final.Takleh nak cerita panjang sebab ni tengah dalam proses buat kuih lapis pisang.Roti jala ni su buat untuk makan petang.Su ambil dari blog kak An.Bolehlah jengah kat situ sebab kak an siap ada video cara2 untuk menjala.Su buat separuh dari resepi.
ROTI JALA

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 10-15 orang- menghasilkan lebih kurang 50 keping)
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan cair
4 cawan air
1 sudu teh garam
serbuk kunyit secukupnya
minyak dan daun pandan untuk menjala
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati (su guna mixer je). Tapiskan ke dalam mangkuk. Cuba adunan menggunakan acuan. Jika adunan pekat, tambah sedikit air kerana kadangkala jenis tepung gandum berbeza, mempunyai kecairan berbeza
2. Sediakan kuali leper di atas dapur. Panaskan dan sapukan permukaannya dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarik sedikit dan diikat agar roti jala tidak melekat.
3. Cedok adunan menggunakan acuan roti jala, dan mula menjala .
4. Apabila masak, angkat roti jala dan letakkan dalam pinggan. Jangan lipat lagi. teruskan menjala lagi. Sementara menunggu roti jala masak, lipatkan roti jala pertama tadi. Buat begitu berselang-seli hingga habis adunan.
*** roti jala yang baru diangkat masih rangup dan susah untuk dilipat. Biar 1 minit baru roti jala jadi lembut

KARI AYAM

Bahan-bahan Kari Ayam:
400gm ayam dipotong kecil
2 biji kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ayam/daging dibancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang, rempah ratus dan daun kari hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam, santan dan kentang. Masak hingga empuk. Masukkan garam secukup rasa. Tambah air jika mahu kuah yang banyak. Didihkan dan tutup api. Hidangkan bersama roti jala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...