Ahad, 4 Julai 2010

Slice Cheese Cake

Salam hari ahad..di Qatar harini hari pertama kerja.Pagi yang kurang sibuk harini sebab along dah mula bercuti..panjang umur anak mama,baru bangun tidur.Aik...lepak balik atas kusyen?Adam pulak macam biasa..merayap merata rata sejak dah dapat kaki ni.Semalam si kecik kena cirit birit,kesian adam sampai muntah2.Alhamdulillah harini dah ok.Untuk lunch hari ni belum fikir nak masak apa..jap lagilah kot mencari ilham.Lauk banyak dalam peti tu...semalam baru keluar membeli.Ayam ada 3 ekor,udang 2 kilo,ketam 2 kilo,burung puyuh frozen ada 5 ekor lagi pastu ditambah telor satu sarang.Fuhhh macam banyak kan???tapi tu untuk seminggu je..memang habis dimasak..he..he..he..Sini belanja dapur mahal berbanding Malaysia..biasanya seminggu untuk barang dapur saja hampir 400 rial habis(RM dalam 400 lebih sikit)Maknanya sebulan kena bajet 2000 untuk barang dapur saja.Beras kat sini 5 kg pun hampir cecah 40 rial.Ayam pulak 1kg hampir RM 20..kat Malaysia RM7 pun orang dah susah hati,kalaulah harga macam kat sini..mau semua orang bela ayam belakang rumah..hik..hik..hik..Ish..ish..banyak pula su membebel kan?Slice Cheese Cake ni su buat untuk along bawa ke sekolah sempena parti sebelum cuti (hari rabu).Mula2 ingatkan nak buat yg macam kak azlina..letak filling blueberry/strawberry tapi kebetulan takde stok la pulak.Last2 buat kek sempoi jelah.Tapi macam ni pun licin dikerjakan kengkawan along dengan teacher.Balik rumah siap ngadu along tak sempat makan sebab kawan2 habiskan.Nasib baik mama ada simpan sikit..kalau tak ,ada mama kena buat lain untuk along.Ada juga along berbunyi suruh buat lain..tapi mama malas (hilang diet mama sebab mama belasah sekali)..Hari ni mama dah janji nak buat muffin strawberry..jap lagilah mama buat untuk anak2 mama sebab semua bahan dah ada.Resepi kat bawah ni su ambil dari blog kak diana.Su buat 2 kali ganda dari resepi sebab parti sekolah along gabung semua kelas..so kena bawa banyaklah juga.Gambar 'sememeh' sikit sebab masa potong mama nak cepat.Adam meragam..along pulak macam biasa..pagi2 kena pot pet pot pet dulu baru mandi.

Slice Cheese Cake


SLICE CHEESECAKE
Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
1 sudu besar jus lemon-su tambah

Cara-cara
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Sabtu, 3 Julai 2010

Mihun Sup Sempoiii...

Abang baru je kena oncall.Kesian..hari cuti kena juga pergi kerja.Nasib baik sempat lunch..Kepala tengah pusing sikit,apasal la entah sehari dua ni kerap pening.Rasanya sebab cuaca panas sangat kot..su ni bukan jenis tahan panas sangat..mulalah migrain tu datang.Buat masa sekarang kalau takde hal baik duduk dalam rumah je..musim sejuk nanti baru boleh ajak abang pergi jalan2 waktu siang.Tak lama dah pun..bulan 10 biasanya habislah musim panas..ganti pulak musim sejuk.Adoiii rasa lain macam badan ni..sah nak kena selesema.Petang2 belasah mihun sup sedap jugakan...ni su buat mihun sup sempoi je..cara orang malas.Meh layan resepi ni...

MIHUN SUP


BAHAN BAHAN
1 Bungkus mihun-su rendam dgn kunyit pastu celur
sedikit daging lembu-hiris pastu rebus kejap
2cm halia-blend
7 ulas bawang putih-blend
5 biji bawang merah-blend
2 kuntum bunga lawang
4 bunga cengkih
kulit kayu manis
air secukupnya
garam dan perasa

CARA CARA
1.Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
2.Masukkan halia,bawang putih dan merah yang dah diblend/kisar.Tumis jap sampai naik bau pastu masukkan air rebusan daging,daging(yg dah direbus),air secukupnya,garam dan perasa.Biar mendidih pastu masukkan daun sup (su tak isipun sebab sini susah jumpa daun sup).Angkat pastu hidangkan dengan mihun yang dah dicelur dengan kunyit...taburkan daun bawang.Jangan lupaaaa...sambal kicap.Baru ada kick....


SAMBAL KICAP


BAHAN2
10 biji cili api - nak lebihkan pun boleh
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
kicap manis
minyak

Cara cara
-Panaskan minyak.Goreng bawang putih dan cili api(cili belah sikit untuk elakkan meletup masa goreng).nampak perang sikit..angkat pastu biar sejuk.blend/tumbuk bawang putih,cili api dan gula.Pastu masukkan kicap.Dah siap..boleh makan.

*sambal kicap ni nostalgia betul.Teringat zaman belajar dulu ada kawan dari tangkak suka betul bawa balik dari kampung ke hostel.Petang2 beli goreng pisang cicah sambal kicap...fuhhh sedapnyeeee.Sambal kicap ni sebulan pun boleh tahan kalau letak dalam peti.

Khamis, 1 Julai 2010

Telor Masin

Hari ni last day along sekolah.Mulai esok cuti sekolah bermula sampailah 18 september nanti..fuhhh lamanya.19 September nanti along masuk year 1..teacher dia kali ni mrs J.Donaldson kelas Hedgehog.Apalah along nak buat cuti lama2 nanti..kesian juga dia.Kawan2 ramai yang balik kampung..takpelah along kawan ngan adam ye...Sekarang ni tengah memikir apa nak masak sebab stok lauk dah habis..tinggal telur je.Ada silap2 main order je ni..he..he..he..Yang kat bawah ni percubaan su buat telor masin (peberet su ni) Alhamdulillah menjadi.Cara nak buat simple jer tapi su guna telur ayam je lah..sini mana nak cari telur itik.Kalau kat Malaysia tak payah susah2 nak buat..boleh beli je (tapi rasanya dah mahalkan sekarang ni..) kat sini takde pilihan,nak makan kenalah merajinkan diri buat sendiri.Cara2nya su skodeng dari MyResepi (kenapa sekarang myresepi susah nak buka ye??)...su taip berdasarkan apa yang su ingat ye sebab blog myresepi bermasalah untuk dibuka.
TELOR MASIN

Bahan bahan:
Telor Itik/ayam
Garam secukupnya
Air suam
Cara2
Basuh telor bersih2 pastu jemur seharian bawah matahari.(su jemur kejap je sebab sini musim panas).Garam dicampurkan dengan air suam..kacau biar betul2 larut.Garam tu su tak ingat pulak banyak mana tapi agak2 sampai air suam tu nampak pekat keputihan sikit.Telor yang dijemur tadi (pastikan telor betul2 kering) masukkan kedalam campuran air garam.Biar dalam 2-3 minggu.Pastu bolehlah cuba rasa.Su biarkan hampir 3 minggu lebih sebab kulit telor ayam lebih tebal dari telor itik.
LEMAK CILI API TELOR MASIN

Nilah menu hasil dari homemade telor masin..selain rebus boleh juga buat masak lemak.Selamat menjamu selera

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...