Selasa, 24 April 2012

SESEKALI BOLEH LA...


Kalau di Malaysia selamba je ambil segenggam kalau beli.Tapi disini..fikir panjang jugalah.Kacang panjang ni sesekali boleh la kot.Sekilo Cecah QR 46.kalau RM Dalam 42-43juga.Yang aku beli seconet ni pun dah berbelas..Qatar..qatar..semuanya mencekik darah..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sabtu, 21 April 2012

HERO KU 3 TAHUN

Happy birthday bambam mama..sekejap je kan masa berlalu.Rasa macam baru je bersalinkan dia..tup.tup dah 3 tahun anak mama ni.2 hari sebelum melahirkan..aku dah ada tanda2 nak bersalin..dalam hati harap2 adam lahir sama dengan tarikh anniversary aku.Pagi 19/4 tanda2 makin kuat.Malamnya aku masuk hospital..pukul 5 pagi keluarlah hero sorang lagi ni.Adam lahir di qatar..jauh di perantauan tanpa ada orang yang boleh menjaga aku dalam pantang kecuali suami tersayang.Alhamdulillah adam budak baik..dia tau mama terpaksa berpantang seorang diri jadi dia jarang buat hal.

Ni adam baru berusia 3 hari.Tapi macam budak besar dah.. 


 Adam dari kecil memang mudah sangat2 ketawa.Pantang diusik..



Pantang jumpa kamera..pandai beraksi.Adam memang nakal tau..suka usik semua orang dalam rumah ni


Cukup suka bergaya.Adam paling riuh dalam rumah ni..kalau dia tidur..rasa ada kekurangan sebab sunyi sepi rumah ni.


HAPPY BIRTHDAY  BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MAMA

Khamis, 19 April 2012

9 TAHUN..NAK STORY SEJARAHNYA

Harini genap usia perkahwinan aku 9 tahun.Hubby aku bila bagitau tahun ni genap 9 tahun kawin(dia suka lupa sikit) buat2 muka terkejut.Siap cakap..hmm rasa macam baru je kita kawinkan ayang.Wahh suka bila dia cakap camtu.Kalau dia cakap..ishhh baru 9 tahun ke?rasanya macam dah lama kawin...itu ayat bahaya tu..Arini rasa macam nak story mory sikit macam mana kitorang mula berkenalan.Zaman2 tahun 90 an dulu popular sangat chatting yang kampung..mamak..masatu tak layan lagi facebook ngan tweeter.Haaa sape kata cinta internet takleh percaya..buktinya aku dah 9 tahun kawin tau.Ceritanya terjadi tahun 1999.Masatu baru habis SPM dan aku sambung belajar di salah sebuah IPTS di kuantan.Hubby aku pulak masatu baru habis belajar dan tengah praktikal di Kuantan.Aku ni bukan jenis suka chatting2 ni...kadang2 jelah.Biasanya habis je assignment,ada masa lagi(aku buat assignment di CyberCafe) barulah gatal2 tangan chat jap.Ramai jugalah yang syok2 je chatting tapi takde sampai tahap nak berjumpa.Kalau ada yang ajak berjumpa..aku ngan kawan2 agak kurang asam sikitla.Macam biasalah..kalau nak jumpa,siap janji warna baju pastu set kan tempat.Apa yang aku dan member2 buat..kitorang hanya akan perhatikan member chatting tu dari jauh jer pastu terus blah.Minta maafla nak jumpa sebab kitorang chatting untuk main2 je.Lepas buat dajal camtu..esoknya online guna nama lain pulak,so mamat tu takleh cari balik.Kurang ajarrr kan..he..he..biasalah zaman remaja.Nakal sikit2.Tapi tu lah..dah ditakdirkan jodoh kot.Dengan hubby aku ni aku chatting sekali je pastu tak sampai sejam pun.Dia ada bagi no phone..pastu dalam seminggu takde apa2 terjadi.Entah macam mana selepas seminggu,aku tergerak hati nak call dia(hubby aku)..guna phone awam je dari asrama.Tengah2 borak..hubby aku ajak jumpa.Apa yang peliknya..aku yang selama ni tak layan kalau member chat ajak jumpa,boleh setuju.Tempat pertama kitorang jumpa..gerai makan atas terminal bas kuantan.Bila ingat2 balik..kelakar la pulak.Ada ke first date dekat situ.Masa tu dia dah bagitaulah baju warna apa dan orangnya macam mana.Memang tak boleh lupa..masatu aku pakai baju kurung warna biru..ala2 perempuan melayu terakhir.he..he(baju tu aku simpan lagi tau..sape pun takboleh usik).Masa mula2 jumpa..allamak memang aku reject.Rasanya kalau buat kawan ok kot tapi kalau pakwe memang tak nak ler masa tu.Aku dulu taste nak lelaki yg tinggi..kulit gelap dan badan biarler berisi.Tup..tup jumpa hubby..tinggi tapi kurus giler dan kulit putih.Jumpa di kedai makan..sambil2 makan kitorang borak2 jap.Lepas perjumpaan tu..malas dah rasanya nak jumpa lagi tapi ditakdirkan Allah..kawan aku kawan dengan kawan baik hubby aku.Masa mula2 kenal tu..jaranglah juga jumpa.Kalau jumpa pun sembunyi2 sebab taknak kawan2 sekolej tu..kelakar pulak rasa.Selalu dating dekat megamall kuantan.Sebab situ tempat besar(kes takut jumpa member) jalan pun jauh2 je.Kitorang kalau jumpa aktiviti wajib tengok wayang.Taman2 tak pernah pergi sebab hubby aku bukan jenis romantik dan mat jiwang.Kenal bulan 7 1999 sampai bulan 9 kitorang cuma kawan je.Akupun tak terfikir nak serius sebab masa tu aku ada juga kawan dengan kawan sekolej.Yang paling aku tak tahan..hubby aku masa tu pendiam giler..sampai satu malam 26/9/1999..aku tengah study dekat bilik.Masa dah dekat2 12 malam..tiba2 hubby aku call...jap lagi la ekkk sambung...anak aku nangis..

Selasa, 17 April 2012

TAMBAH LAGI KOLEKSI..

Antara hobi hubby aku.dia sangat2 suka kumpul jam..cermin mata dengan kasut bola.Kadang2 rasa macam membazir sebab bukan dia pakai sangat pun tapi tu lah..namanya minatkan.Pantang nampak mesti sambar juga.Rasa2nya beberapa kali jugalah dia akan tambah koleksi dalam setahun  ..huhu..layan jelah kan.


Ni yg terbaru...bini masuk carrefour cari barang,dia merayap.Pastu datang sengih2 tunjuk...Bila tanya harga..dia sengih.Rupa2nya Dekat2 1700.. 


Ni pun dah beli.. baru bagitau.Camni pun  seribu lebih gak.


*Rasa2 macam nak gadai je koleksi2 dia.Rasanya boleh beli rantai besar kannn..layan jelah kan.Dah minat dia.Ni nampak macam hubby aku gatal2 tangan nak beli jam pulak.Mata tu perhati je kedai2 jam, baru2 ni.Haippp..nanti dulu.I ketuk tangan tu nanti...duit bawa balik malaysia..i  pulak nak shopping ekk.

LAYAN UDANG PULAKKK...

Aku sudah peninggg..la..la..la..baru aku sedar salah taip semalam.Tersilap kata hari ahad.Adoi haripun dah tak berapa ingat.Harini nak publish gambar udang pulak.Takdelah comel macam tuan empunya asal resepi ni.Aku ikut sejibid resepi tapi cuma kurang rempah sebab takut sikecik tu tak tahan pedas.Pastu aku buang kulit udang..hero2 dirumah ni(termasuk abahnya) memang kalau makan udang..diorang nak yang dah togel dan dibuang urat belakang tu.Cerewet betul tau diorang ni..aku je jenis senang.Semua belasah je..janji kenyang.Tu sebab aku yang paling sihat dalam family ni..


UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH
SUMBER : BLOG MASAM MANIS


1 kg udang ~ di buang kepala dan ekor, cuci bersih
1 tangkai daun kari ~ hiasan
2 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Perap
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam

Perap udang bersama bahan perapan anggaran 20 minit.
Kemudian goreng udang dalam minyak panas
Angkat dan toskan
Ketepikan udang.

Bahan Tumis
1 labu bawang besar dipotong dadu kecil
1 biji bawang putih ~ di cincang halus
5 biji cili padi ~ hiris halus kalau tak suka pedas kurangkan
2 tangkai daun kari ~ ambil daunnya dan hiris halus
CARA2
Panaskan butter dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Kemudian masukkan udang dan gaul rata dan sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun kari ( hiasan) dan sedia dihidangkan

Isnin, 16 April 2012

DUGAAN...

Salam pagi ahad..jarang aku berblog kebelakangan ni.Agak kepenatan menguruskan anak2.Allah memberi sedikit ujian kepada aku dan suami..tapi alhamdulillah sekarang anak2 aku dah makin ok.Mula2 adam yang bermasalah.Tiba2 suhu dia melonjak naik sehingga 40 celcius..Hanya Allah yang tahu betapa gementarnya aku.Dia sihat..selesema pun tidak tapi mendadak je panas.terus bawa ke hospital..mujurlah hospital dekat je.dalam 10 minit.Doktor buat check up segala bagai..kena tahan wad.Ada jangkitan kuman dalam darah dia....


Masa ni dah nak keluar wad..mamat senyum.anak mama ni kuat..kalau demam pun susah sangat nak merengek.Kita yang kena selalu check suhu dia.


 Sekali lagi diuji..selepas 2 hari..suhunya tetap tak turun2.sekali lagi bawa lari ke hospital.kali ni suhu hampir 41 celciuc.tahan wad dan buat segala macam pemeriksaan.kuman dalam darah masih ada.kali ke dua ni..dah takde senyuman.



Masa ni tunggu result darah.Doktor masukkan air sebab tekanan darah rendah.adik taknak tido atas katil..terpaksalah mama ribakan je.Alhamdulillah adam dah ok cuma harini batuk2 masih ada.aku kena check suhu badan dia selalu.


Adik dah ok sikit..tetiba along pulak sakit.Dia ni sangat2 susah nak bagitau kalau dia sakit.Kadang2 demam sampai menggigil dia boleh tahan kalau kita tak tahu.Balik sekolah tiba2 along muntah.keluar darah pekat dari hidung.Aku ingatkan mungkin sebab musim panas.Kali ke dua dia muntah..muntah dia bercampur darah cair.banyak darah dari muntah.Masa tu tak payah cakaplah aku punya cemas.Hubby keja.kelam kabut call suruh hubby balik.Banyak kali pulak tu dia muntah bercampur darah.Sampai hospital terus check macam2. 


 Along tertidur kepenatan selepas ambil darah dan x ray.Dua botol air masuk malam tu sebab tekanan darah terlalu rendah.mungkin sebab terlalu banyak muntah dan darah keluar.


Ni masa jaga along di wad.penat dan letih tapi kerana anak..aku kuatkan.sebenarnya akupun demam teruk..tapi aku kuatkan diri demi anak2


Hubby aku yang kepenatan.Dia sibuk sekarang..hari2 bekerja takde cuti dan balik malam.tapi demi anak2..kuatkan jugalah diri.


*Alhamdulillah anak2 aku dah ok.pengajaran..lain kali kalau anak selesema sikitpun..terus bawa pergi klinik dan dapatkan antibiotik.Diorang makan ubat demam..kita rasa ok tapi sebenarnya kuman merebak dalam darah diorang.Sehingga satu tahap..jadi macam anak2 aku.mujur cepat bawa hospital..Allah masih sayangkan anak2 aku.

Selasa, 10 April 2012

DAUN IDAMAN.

Bersiaran kembali setelah agak lama menyepikan diri.Kebelakangan ni aku diuji kesabaran dengan kesihatan anak2.Sehingga hari ni..hero2 aku kurang sihat sepenuhnya lagi.Semalam hubby tersayang pulak kurang sihat.Nanti aku update cerita pasal diorang pada entry akan datang.Aku sendiri masih kurang sihat..nasi dah seminggu tak boleh sentuh.Tekak ni rasa perit dan hilang selera pada nasi.Malam tadi tetiba terasa sangat nak makan ikan masak asam pedas.Alhamdulillah rezeki aku...ada member pergi doha dan dapat sambar daun kesum.Di qatar ni rasa2 nya hanya ada satu tempat je yang jual iaitu di shoprite.Shoprite banyak barang2 keperluan dari malaysia dan thailand dijual.Daun kesum ni rasanya dari thailand..pokoknya jenis tinggi dan daunnya lebar2.Harga sekilo dalam QR 45.Kalau RM dalam RM 42.Oleh sebab susah nak dapat..guna sikit2 je pastu simpan dalam freezer.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...