Selasa, 7 Februari 2012

NASI KERABU

Layan nasi kerabu pulak..aku mengendap resepi ni di blog  hanamemories yang dah terlalu lama menyepi.Sibuk kot sejak balik malaysia.Nasi ni nampak leceh tapi bila makan..kejap je licin.Kali ni takde daging bakar sebab tak de stok daging dirumah ni.Belasah goreng ayam sebab along dia tak sentuh ikan sangat terutamanya ikan kembong.Along sangat2 cerewet dan memilih orangnya..




Utk Nasi - Aku buat nasi biru gunakan pewarna je..

3 cawan beras
4 cawan air
1 batang serai dketuk
2 helai daun limau purut-aku tambah
10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya. aku x isi
sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut ,air bunga talang dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan

  • 1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit
  • 2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang/bakar
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5cm halia
  • 1 batang serai - hiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal

  • *5 batang cili kering
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci belacan- bakar dulu
  • *1.5 inci halia
  • 1 batang serai - titik
  • gula merah n serbuk perasa jika suka
  • 2 cawan santan
  • asam keping
  • garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada

  • 10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • lada itam skit
  • 2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja(aku bakar dulu)
  • sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!

Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka

  • daging lembu gred A @ daging btg pinang
  • garam
  • lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain

  • kacang panjang
  • taugeh 
  • timun
  • daun kesum-x de
  • kubis
  • telur masin
  • keropok ikan
  • sambal belacan
Ikan celup tepung
tepung beras
air kapur
air
kunyit
garam

TAPAU...

Maiii layan gambar dulu di pagi hari.Jap lagi aku masukkan entry resepi pulak.Sekarang ni my laling aktif pergi gym.Badan dia dah naik banyak dan mula ketul2...tapi yang aku nak cerita bukan pasal laki aku sebenarnya.Aku nak citer gambar2 dibawah ni.Kalau balik gym..my laling selalu tapau untuk kitorang dirumah ni.So aku pun sekalilah naik badan dan berketul ketul..ahahaa.Gym didalam Al Waha Club.Biasa laki aku akan singgah bakery dalam tu jerr...

Gambar dari atas tapi dah ternoda sebab anak2 aku dah kidnap sebelum mama diorang ambil gambar.
Ni gambar dari tepi pulak.Yang ni seketul harga dalam QR 4.Kalau duit malaysia dlm RM2 kot.Seeedapp.
Yang ni..wajib beli kalau singgah Al Waha Club.Macaron Bread..dalam dia inti gula+butter.Aku memang dah ketagih ngan roti ni.Harga QR 1 je.RM 0.50(lebih kurang la).Besar roti ni..makan seketul..kenyang wehhh

Sabtu, 4 Februari 2012

AKSI2 TIDO...


Aksi menonggeng.

Ni plak...taksub nak main sampai terlena 


Seksi sikit yang dibawah tapi apahal la ditangan ada stokin... 


Konon tengok tv..last2 tv yang tengok dia.. 


Nak  main sangat..hambikk kau,sampai tertido.


Ngantuk sangat..nasib baik tak jatuh dari sofa.. 

Sanggup tertido di sofa sebab mama tak kiss dia..along..along


Adik tido pastu along bagitau mama dia nak jaga adik sebab takut adik jatuh sofa.Mama sudah je sembahyang..tengok2 along terlelap sekali.Siap tido penuh gaya tu..ahaha..anak..anak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...