Isnin, 24 Disember 2012

KUANTAN BANJIRRR...

Sejuk je harini...cuaca pun gelap giler.Mata ni rasa asyik nak tertutup je.Best betul tidur dan menambahkan lemak2 dibadan.Hujan lebat dari malam tadi berterusan sampai sekarang.Kuantan arini kebanyakan kawasan dah dinaiki air terutamanya dikawasan bandar.Depan stadium nak menghala ke East Coast Mall pun tinggi air naik.Mujurla rumah aku di atas bukit tapi jalan bawah perumahan aku..dah dinaiki air.hmmm tak boleh kemana mana la sehari dua.melepak dalam rumah je..Dalam facebook banyak gambar banjir di kuantan diorang letak.Semoga banjir cepat2 surut..In syaa Allah
 
 

 

Ni pemandangan dari dalam rumah aku..pukul 2 petang macam 8 pagi je..gelap dan hujan lebat.
 
 
Yang dibawah ni gambar2 yang aku ambil dari faceboo life@kuantan
 
 

Lampu isyarat hampir tumbang..
 

 Habisla kereta2 yang rendah..
 


Kesian tuan punya kedai dan kereta

Sabtu, 22 Disember 2012

PENAT TAPI HAPPPPYYYY...



Alhamdulillah akhirnya barang2 dari qatar selamat sampai..Setakat harini dah 70% barang dikemas.Penat sangat2 tapi puas hati..Rumah ni pun banyak juga yang perlu dibaiki..almaklumlah 6 tahun bagi orang sewa.Mengecat hampir siap.Kitorang macam orang baru masuk rumah baru..semua perlu dibeli.Duit keluar macam air..hu..hu..kitorang sampai rumah ni ari sabtu..sampai je terus pergi kedai perabot dan senheng.Ambik kau..dalam satu hari tu..beli hampir lengkap barang2 untuk satu rumah.Balik rumah bila tengok bil...geleng kepala jap..ha..ha..oklah tu..bukan selalu belipun kan.Ni pun banyak lagi yang perlu dibeli sebenarnya..tapi slow2 la kot sebab yang sedia adapun tak tau nak letak mana.Serabut juga tengok barang2 dalam kotak tapi buat2 tak nampak jelah sebab terlalu penat ...banyak benda perlu dibuat.
 
 
Mood memasak baru datang..arini tayang gambar peberet anak2 aku dulu.Minggu ni saja..dah 2 kali aku buat apam mekar untuk diorang.Tak jemu2 budak2 ni bahkan kalau boleh hari2 diorang suruh aku buat.Layan je lah selera anak2...
 
 
Ni yang terbaru..aku buat petang semalam.Kejap je licin diorang kerjakan.
 
*baru nak panas enjin berblogging setelah lama menyepi..so ayat pun pendek + berterabur..he.he..

Selasa, 4 Disember 2012

Harap2 selamat...

As salam semua..lama aku menyepikan diri.Sebenarnya tangan ni rindu sangat nak mengupdate tapi kesibukan yang terlampau menyebabkan aku terpaksa biarkan blog ni bersawang sekejap.Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.Urusan sekolah along pun dah selesai tapi aku dgn suami agak kecewa kerana sekolah pilihan pertama kami tiada kekosongan.Masukkan jugalah ke sekolah pilihan kedua.Sekarang ni kesibukan dah berkurangan tapi komputer pulak tak sampai2 lagi.Sekarang ni agak susah hati dan berdebar debar menanti kontena tu sampai.Aritu ada diorang call bagitau 26/11 barang2 sampai tapi sampai harini..bayang pun tak nampak.Laki aku bagi email..sampai sekarang tak berbalas lagi.Jap lagi nak cuba call pulak...adoiii banyak barang kesayangan aku dalam kargo tu.Aku risau juga takut jadi macam kawan aku..kontena dia kena rompak.sampai di port klang ok je...tapi syarikat yang buat penghantaran tu pulak bermasalah.Alasan diorang macam tak logik je..kontena tu hilang di klang pastu jumpa semula di shah alam.Yang sedihnya..masa jumpa kontena tu dah kosong.habis semua barang2 lesap.Company tu pulak macam nak lari dari tanggungjawab.member aku terpaksa upah peguam untuk saman.Yang merisaukan aku...aku guna khidmat company kargo yang sama.Dah dua bulan lebih..barang2 tak sampai2 lagi ni.uwaaaa rasa nak nangis pun ada.Sekarang hanya mampu berdoa agar kontena kitorang selamat sampai....amin.Sekarang aku update guna phone jelah buat sementara waktu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...