Selasa, 24 April 2012

SESEKALI BOLEH LA...


Kalau di Malaysia selamba je ambil segenggam kalau beli.Tapi disini..fikir panjang jugalah.Kacang panjang ni sesekali boleh la kot.Sekilo Cecah QR 46.kalau RM Dalam 42-43juga.Yang aku beli seconet ni pun dah berbelas..Qatar..qatar..semuanya mencekik darah..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sabtu, 21 April 2012

HERO KU 3 TAHUN

Happy birthday bambam mama..sekejap je kan masa berlalu.Rasa macam baru je bersalinkan dia..tup.tup dah 3 tahun anak mama ni.2 hari sebelum melahirkan..aku dah ada tanda2 nak bersalin..dalam hati harap2 adam lahir sama dengan tarikh anniversary aku.Pagi 19/4 tanda2 makin kuat.Malamnya aku masuk hospital..pukul 5 pagi keluarlah hero sorang lagi ni.Adam lahir di qatar..jauh di perantauan tanpa ada orang yang boleh menjaga aku dalam pantang kecuali suami tersayang.Alhamdulillah adam budak baik..dia tau mama terpaksa berpantang seorang diri jadi dia jarang buat hal.

Ni adam baru berusia 3 hari.Tapi macam budak besar dah.. 


 Adam dari kecil memang mudah sangat2 ketawa.Pantang diusik..



Pantang jumpa kamera..pandai beraksi.Adam memang nakal tau..suka usik semua orang dalam rumah ni


Cukup suka bergaya.Adam paling riuh dalam rumah ni..kalau dia tidur..rasa ada kekurangan sebab sunyi sepi rumah ni.


HAPPY BIRTHDAY  BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MAMA

Khamis, 19 April 2012

9 TAHUN..NAK STORY SEJARAHNYA

Harini genap usia perkahwinan aku 9 tahun.Hubby aku bila bagitau tahun ni genap 9 tahun kawin(dia suka lupa sikit) buat2 muka terkejut.Siap cakap..hmm rasa macam baru je kita kawinkan ayang.Wahh suka bila dia cakap camtu.Kalau dia cakap..ishhh baru 9 tahun ke?rasanya macam dah lama kawin...itu ayat bahaya tu..Arini rasa macam nak story mory sikit macam mana kitorang mula berkenalan.Zaman2 tahun 90 an dulu popular sangat chatting yang kampung..mamak..masatu tak layan lagi facebook ngan tweeter.Haaa sape kata cinta internet takleh percaya..buktinya aku dah 9 tahun kawin tau.Ceritanya terjadi tahun 1999.Masatu baru habis SPM dan aku sambung belajar di salah sebuah IPTS di kuantan.Hubby aku pulak masatu baru habis belajar dan tengah praktikal di Kuantan.Aku ni bukan jenis suka chatting2 ni...kadang2 jelah.Biasanya habis je assignment,ada masa lagi(aku buat assignment di CyberCafe) barulah gatal2 tangan chat jap.Ramai jugalah yang syok2 je chatting tapi takde sampai tahap nak berjumpa.Kalau ada yang ajak berjumpa..aku ngan kawan2 agak kurang asam sikitla.Macam biasalah..kalau nak jumpa,siap janji warna baju pastu set kan tempat.Apa yang aku dan member2 buat..kitorang hanya akan perhatikan member chatting tu dari jauh jer pastu terus blah.Minta maafla nak jumpa sebab kitorang chatting untuk main2 je.Lepas buat dajal camtu..esoknya online guna nama lain pulak,so mamat tu takleh cari balik.Kurang ajarrr kan..he..he..biasalah zaman remaja.Nakal sikit2.Tapi tu lah..dah ditakdirkan jodoh kot.Dengan hubby aku ni aku chatting sekali je pastu tak sampai sejam pun.Dia ada bagi no phone..pastu dalam seminggu takde apa2 terjadi.Entah macam mana selepas seminggu,aku tergerak hati nak call dia(hubby aku)..guna phone awam je dari asrama.Tengah2 borak..hubby aku ajak jumpa.Apa yang peliknya..aku yang selama ni tak layan kalau member chat ajak jumpa,boleh setuju.Tempat pertama kitorang jumpa..gerai makan atas terminal bas kuantan.Bila ingat2 balik..kelakar la pulak.Ada ke first date dekat situ.Masa tu dia dah bagitaulah baju warna apa dan orangnya macam mana.Memang tak boleh lupa..masatu aku pakai baju kurung warna biru..ala2 perempuan melayu terakhir.he..he(baju tu aku simpan lagi tau..sape pun takboleh usik).Masa mula2 jumpa..allamak memang aku reject.Rasanya kalau buat kawan ok kot tapi kalau pakwe memang tak nak ler masa tu.Aku dulu taste nak lelaki yg tinggi..kulit gelap dan badan biarler berisi.Tup..tup jumpa hubby..tinggi tapi kurus giler dan kulit putih.Jumpa di kedai makan..sambil2 makan kitorang borak2 jap.Lepas perjumpaan tu..malas dah rasanya nak jumpa lagi tapi ditakdirkan Allah..kawan aku kawan dengan kawan baik hubby aku.Masa mula2 kenal tu..jaranglah juga jumpa.Kalau jumpa pun sembunyi2 sebab taknak kawan2 sekolej tu..kelakar pulak rasa.Selalu dating dekat megamall kuantan.Sebab situ tempat besar(kes takut jumpa member) jalan pun jauh2 je.Kitorang kalau jumpa aktiviti wajib tengok wayang.Taman2 tak pernah pergi sebab hubby aku bukan jenis romantik dan mat jiwang.Kenal bulan 7 1999 sampai bulan 9 kitorang cuma kawan je.Akupun tak terfikir nak serius sebab masa tu aku ada juga kawan dengan kawan sekolej.Yang paling aku tak tahan..hubby aku masa tu pendiam giler..sampai satu malam 26/9/1999..aku tengah study dekat bilik.Masa dah dekat2 12 malam..tiba2 hubby aku call...jap lagi la ekkk sambung...anak aku nangis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...