Khamis, 29 Mac 2012

SOLAT DIMANA MANA SAJA..

Terasa kerdil diri aku bila tengok diorang.Tepi jalan pun boleh solat..bagus betul geng2 superbike ni.Tapi disini memang pemandangan biasa macam ni..kita boleh tengok orang bersolat ditaman atau mana2 tempat bersantai.Orang2 disini..masuk je waktu diorang solat terus walaupun masatu sedang bersantai dengan family di tepi2 laut atau taman2 riadah.Selalunya aku tengok diorang siap2 bawa air dalam botol dan sejadah.Alangkah indahnya Islam dan alangkah seronoknya kalau dapat lihat pemandangan yang sama di Malaysia..insyaallah .

Isnin, 26 Mac 2012

HULUR TANGAN JE...

Salah satu pemandangan biasa di Qatar.Sini banyak mesin ATM yang letak di tepi jalan.Setakat ni tak pernah lagi dengar kes ragut dan rompak tapi kemudahan camni ok juga kalau diperbanyakkan di Malaysia.Orang tak payah keluar...ambil duit dari dalam kereta je.Tapi risiko mesin ATM nak kena 'angkut' memang sangat2 tinggi ler..yang dalam bangunan dan berpintu pun diangkut,inikan pulak yang terbiar je diluar.Meh layan orang malas nak bergerak ni..he..he..Kejadian tak jauh dari tempat mengisi minyak kereta...


Buka cermin tingkap..hulur tangan.


 Masukkan kad bank/atm.Tekan2 pastu tunggu jap


Taraaa dah keluar duit shopping harini.dalam masa 2 jam..khalassss.jom sayang cepat gerak.tangan ni tak sabar2 dah nak ngabiskan...ahahaha

Ahad, 25 Mac 2012

sedap wehhhh...

Mengunyah tanpa rasa bersalah..makan satu...ish sedap pulak.terambil satu lagi.wahhh nikmatnya...satu lagilah..last dah ni.satuuuu je.mulut kata taknak tapi tu lah..tangan ni degil betul.ambil juga lagi...ish..ish..kena cepat2 sorok ni.tak pasal2 naik lagi berkilo kilo badan ni.huwaaaa aku tak tahan godaan.sedapnya peneram/ telinga keling ni...


Published with Blogger-droid v2.0.3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...