




Macam macam cerita..ala2 rojak passembor,semua ramuan dimasukkan dalam satu pinggan.
Masa berlalu dengan cepat..selepas 2 minggu..arini dapat jumpa my laling.Malam tadi awal2 lagi laki aku dah pesan..arini x payah masak.Kita makan di luar..yesss I likeee.Pantang je kalau laki kata tak payah masak..suka bukan main yee.Pagi tadi beli je sarapan tak jauh dari rumah..tengah memilih kuih tetiba dengar bunyi berdentum.berderau darah aku..eksiden betul2 depan mata tak jauh dari tempat aku parking keta dan didalam kereta..ada anak aku yang sedang tido.Eksiden motor dengan motor.pakcik tu nak belok masuk ke kawasan perumahan..sorang lagi budak sekolah nak keluar dari kawasan perumahan.Betul2 jatuh tergolek ditengah2 jalan.Pakcik tu ok..boleh bangun.. cuma budak tu terbaring.Orang yg ada disitu cepat2 tarik motor dan budak tu ketepi.Sebab situ kawasan simpang perumahan dan jalan utama untuk keluar.Mujurlah kereta brek mengejut.kalau tak...aku tak boleh bayangkan apa terjadi dekat budak sekolah tu.Berdebar aku sebab motor tu kemalangan dekat sangat dengan kereta aku..lain kali aku kena dukung anak keluar walaupun dia tidur.
Habis cerita pagi tadi...ni entry gambar tertunggak.Lama dah aku buat..ni baru dapat postkan gambar.Pulut aku rendam semalaman pastu kukus.dah hampir masak..aku keluarkan pastu arung/masukkan dalam santan+garam.kukus semula.inti pulak ... kelapa parut+gula melaka/merah dan sedikit tepung gandum.
Kembali setelah sekian lama menyepikan diri.Terlalu banyak suka dan duka yang ingin dikongsi bersama tetapi ada je halangan.Harap2 lepasni blog ni tak bersawang lagi.Kehidupan harian dah mula teratur dan kembali normal...cuma sibuk sikit sebab laki aku sekarang kerja di tengah2 laut..hu..hu..sibbaik la anak2 aku ni jenis tak meragam.Sekarang terpaksa belajar berdikari dan tak boleh terlalu bergantung pada laki aku.In syaa Allah kalau takde apa2 aral..awal tahun depan..laki aku kena kursus di korea.Uwaaaa aku ditinggalkan.Nak ikut..leceh pulak rasanya.Anak sekolah..rumah..kereta..aku buat keputusan taknak ikut tapi bila cuti sekolah aku ngan anak2 akan pergi bercuti ke sana.balik dari korea laki aku akan mula kerja di bintulu atau labuan...inipun aku tak ikut.laki aku jenis 2 minggu kerja..2 minggu cuti.so aku tinggal kuantan je lah.dia yang ulang alik.Alhamdulillah..hasil kerja di qatar..kitorang berjaya bayar habis rumah dan beli sebuah kereta secara tunai.Harap2 lepas ni takdelah buat hutang lagi (padahal dlm kepala ni teringin beli keta idaman..kih..kih).panjang pulak intro mengarut aku ni..mood masak2 dak kembali..layan gambar dulu.Resepi kemudian sebab aku guna phone je untuk update blog buat masa sekarang..