Macam macam cerita..ala2 rojak passembor,semua ramuan dimasukkan dalam satu pinggan.
Isnin, 24 Disember 2012
KUANTAN BANJIRRR...
Sabtu, 22 Disember 2012
PENAT TAPI HAPPPPYYYY...
Selasa, 4 Disember 2012
Harap2 selamat...
Khamis, 18 Oktober 2012
Berjaya...

Sarapan simple aku pagi ni..telur hancur..buah zaitun(peberet aku) dengan carrot.Alhamdulillah kenyang.Pencapaian paling berjaya setakat ni..seminggu aku berjaya kurangkan 3 kg....alhamdulillah.go...go..go..teruskan sehingga berjaya capai target.Jom kita sama2 kurus tapi sihattt...
Selasa, 16 Oktober 2012
Murahhhh...

Lama tak pergi pasar ikan dengan cik abang.Dia rela membeli di pasaraya walaupun harga lebih mahal dari pasar...semuanya sebab tak tahan panas.Sekarang cuaca dah nak bertukar ke musim sejuk..ketam tengah banyak dan murah.tadi aku beli ketam 2 kg.Ketam hidup..bergerak gerak lagi.pastu usha ikan...nampakla ikan siakap@ white snipper.Segar giler..bila tanya harga..sekilo QR8..kalau malaysia dalam RM6.Apa lagi terus beli sekilo tapi dia siap bagi free 1/2 kg.So arini..siakap steam utk aku..siakap 3 rasa untuk hero3
Isnin, 15 Oktober 2012
Hanya senyummmm..

Pagi ni dilalui dengan keceriaan.Dapat kejutan dari suami tersayang.Antara iphone 5@ note 11.Akhirnya note 11 jadi pilihan.Terima kasih laling..sesekali best juga dapat kejutan tanpa perlu tunggu harijadi atau anniversary.mood..senyum dan hati berbunga bunga
Ahad, 14 Oktober 2012
bihun di qatar..

Masih boleh update blog sebelum line internet dipotong.Sebelum ni aku pernah cerita mengenai club house di community.Yang paling gemar aku pergi..di Al Dhakira club.Sekarang ni,makin banyak menu2 indonesia dan filipina.Yang terbaru..ada murtabak..soto ayam dan rendang daging tapi gaya masakan indonesia.Tapi aku kerap order spicy bihun noodles.bihun dia tu..guna soo un.tapi yg jenis kasar..x sama dengan yg dimalaysia.tekak aku boleh terima jugalah.Banyak diisi lada benggala...lada hitam..sos tiram dan cili api potong.
Isnin, 8 Oktober 2012
roti telor
Sarapan yg agak ringkas pagi ni.Rumah dah kosong..semangat memasak pun makin berkurangan.Bosan tahap maksimum sebab tv dan komputer dah takde.Anak2 pun dah mula mengamuk sebab nak main game..last2 tepon aku jadi mangsa.Roti aku steam/kukus kejap...belah 2..pastu letak mayonis thousand island..timun..salad..sos cili dan telor.Untuk telor...aku panaskan sikit butter atas pan.pecahkan sebiji telur.taburkan sedikit lada sulah dan letak sedikit slice cheese.lipatkan telur dan balikkan.dah masak..angkat letak dalam roti yg dah dikukus.Ringkas tapi ada macam2.
Sabtu, 6 Oktober 2012
PENATTT....




Selepas ni aku terpaksa online dan berblogging guna hp.Semua barang dah packing dan masuk kapal.Bosan giler la sementara nak tunggu tarikh flight..tv..komputer..semua dah takde.Jap lagi keluar cari makanan..tinggalkan dulu rumah yang macam tongkang pecah.uwaaaa letih giler
Isnin, 1 Oktober 2012
BERBALOIII
Konon2 taknak tambah dah barang kargo..last2 baru ni keluar shopping,ada orang dengan baik hatinya tanya samaada nak beli Correle ngan tefal tak?Yeyyyy..pucuk dicita,ulam yang mendatang.Dengan hati yang berbunga bunga..terus capai apa yang dihajati.Sebenarnya ni antara yang wajib dibeli kalau nak balik Malaysia.Harga murah berbanding Malaysia.Pinggan Correle tu..30 pieces dalam RM300+(QR320) je.Aku ada survey harga di Malaysia..mak oii terkejut sebab harga untuk jumlah dan corak yg sama mencecah RM600-RM900.Kalau nak diikutkan sama je..dari US.Mungkin sebab sini semua barang import tak dikenakan tax.Sebabtu kereta pun murah disini.Yang tefal(made in france) tu RM400 lebih.Kalau di Malaysia..korang kalikan denagan dua kot.Kawan aku bagitau..sebiji periuk pun dah dekat RM200.Hajat dihati nak beli lagi tapi tak taulah sempat ke tak sebab pekerja kargo dah nak datang dalam masa terdekat ni.Cik abang pula sibuk dengan kerja..aku nak cari set cawan dengan pan pulak.
Khamis, 27 September 2012
SIBUK PACKING


Minggu ni aku memang sibuk giler.hujung minggu ni barang2 dah nak masuk kapal.Terpaksalah bertungkus lumus untuk packing.Gambar dekat atas saja nak tayang...he..he..letak dalam facebook terus ramai yg berminat.Minta maafla kawan2.Bukan taknak tolong beli...harga kusyen atau di sini kitorang panggil majlis...x lah terlalu mahal tapi charge masuk kargo kapal yang tak tahannya.Aku beli 2 je..satu untuk rumah aku dan satu lagi untuk kawan merangkap jiran sebelah rumah.Majlis ni kena tempah dulu.kita pilih design..material dan warna cover.pastu baru dia jahit.Aku beli buat kenangan..ye lah,majlis ni ada di negara arab je..tu yg beli juga bawa balik.last2 charge kargo je cecah 5 angka.Adoii..duit..duit..jap je habis.oklah nak sambung packing semula.jap lagi kalau sempat..nak masukkan resepi yg tertunggak.
Rabu, 19 September 2012
POPIA DAN BUBUR JAGUNG
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
garam
bijan untuk tabur (jika suka)
Cara Membuat:-Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan
Sesekali masukkan bubur dalam menu makan petang.Kalini tekak terasa nak makan bubur jagung.Terlalu susah untuk dapatkan jagung segar disini..aku hanya gunakan jagung dalam tin.Rebus jagung sekejap dengan air,masukkan gula,sedikit garam,sagu,santan dan daun pandan.Aku hanya gunakan santan kotak.Kalau guna gula melaka/merah mesti lebih menarik warnanya.Tapi seperti biasa ..guna apa yang ada.gula melaka dah lama habis dari senarai stok simpanan.Selamat menjamu selera dengan keluarga tercinta...pstttt,arini ayat aku ala2 sastera sikit.takde idea sebenornya.
Selasa, 18 September 2012
NAK BAGI FREE ..tapi area Qatar je

Stok barang dapur dari malaysia yg banyak...inilah akibatnya kalau buat keputusan last minute.banyak yang aku dah sedekah kawan2 tapi masih ada lagi sikit.Sehari dua ni memang nak clearkan semua.Aku tak nak jual...padahal kalau nak duit lebih boleh je.Sini kalau jual,harga 2@3 x ganda dari malaysia.Tapi aku dah niat nak sedekah je untuk sesape yg nak.Barang2 rumah macam meja makan..rak tv..basikal exercise..karpet..sofa..katil2..semua aku bagi je pada kengkawan.Takpelah sesekali buat amal jariah...Kargo mungkin aku cuma bawa balik tv..komputer..kerusi arab yg member aku minta belikan dengan sedikit kelengkapan dapur.Jap lagi nak letak gambar dalam facebook.sesape nak ,boleh datang ambil dirumah..
Isnin, 17 September 2012
NASI LEMAK
Bahan untuk sambal:-
Bahan sampingan lain :-
Cara-cara
- Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
- Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg diblend, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
- Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.
Ahad, 16 September 2012
RINDUU SANGAT2

Tetiba rindu terlalu menebal.terasa macam nak terus terbang dapatkan mak abah dan peluk seerat eratnya
TANGKAP KHALWAT..
Khamis, 13 September 2012
SARAPAN PAGI DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API
*boleh tambah tomato atau nanas.kali ni aku masukkan nanas
Cara-cara
Selasa, 11 September 2012
OLE OLE DARI TURKI
Isnin, 10 September 2012
KERABU PEGAGA +TAUGE
1 biji bawang merah-tumbuk
3 biji cili api-tumbuk
sedikit udang kering-tumbuk
sedikit lada hitam-tumbuk
1 sudu kerisik
daun pegaga-dihiris
tauge
santan
1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
garam dan gula secukup rasa
*tauge aku rendam air panas sekejap sbb x suka makan yg mentah
*boleh masukkan kelapa parut kalau suka
Cara2
Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.
Ahad, 9 September 2012
MEE ROJAK
1kg mee kuning (celur)
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
Bahan untuk di kisar dan ditumis:-
10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering
Bahan perisa :-
1/2 cawan air asam jawa
5 cawan cawan air
1 keping asam gelugur
1sudu makan garam
1/2 cawan gula
1 sudu teh serbuk perasa
1 cawan minyak untuk menumis
Kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan perisa. Masukkan kacang tanah, biji bijan , keledek dan air. Biar mendidih dan angkat.
Bahan bahan hiasan :-
Timun
taugeh
telur rebus
cucur udang
tauhu goreng
limau kasturi
Sabtu, 21 Julai 2012
Lama menyepi..
Rabu, 16 Mei 2012
MULA BER PB
Jumaat, 11 Mei 2012
kalah aku...
tengah menonton junior masterchef australia.8 tahun je umur tapi masak ngalahkan orang dewasa.seronoknyalah kalau along boleh masak camni
Khamis, 10 Mei 2012
sedap gakkk

Petang2 layan biskut gula ngan air kopi.Tak sedar..kejap je habis sekeping..pastu sekeping..dan akhirnya habis sepinggan.
Selasa, 24 April 2012
SESEKALI BOLEH LA...

Kalau di Malaysia selamba je ambil segenggam kalau beli.Tapi disini..fikir panjang jugalah.Kacang panjang ni sesekali boleh la kot.Sekilo Cecah QR 46.kalau RM Dalam 42-43juga.Yang aku beli seconet ni pun dah berbelas..Qatar..qatar..semuanya mencekik darah..
Sabtu, 21 April 2012
HERO KU 3 TAHUN
Khamis, 19 April 2012
9 TAHUN..NAK STORY SEJARAHNYA
Selasa, 17 April 2012
TAMBAH LAGI KOLEKSI..
LAYAN UDANG PULAKKK...
UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH
SUMBER : BLOG MASAM MANIS
1 kg udang ~ di buang kepala dan ekor, cuci bersih
1 tangkai daun kari ~ hiasan
2 sudu besar butter
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Perap
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam
Perap udang bersama bahan perapan anggaran 20 minit.
Kemudian goreng udang dalam minyak panas
Angkat dan toskan
Ketepikan udang.
Bahan Tumis
1 labu bawang besar dipotong dadu kecil
1 biji bawang putih ~ di cincang halus
5 biji cili padi ~ hiris halus kalau tak suka pedas kurangkan
2 tangkai daun kari ~ ambil daunnya dan hiris halus
CARA2
Panaskan butter dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Kemudian masukkan udang dan gaul rata dan sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun kari ( hiasan) dan sedia dihidangkan