Selasa, 1 Oktober 2013

Ujian dariNya

Morninggg..menyepikan diri seketika berikutan masalah yg tiba2 melanda aku.Ujian dari Allah...suami baru je selesai menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman didalam perut.Puncanya...doktor sendiri tak dapat nak pastikan.Banyak betul jahitan...doktor sendiri cakap..tak terkira jahitan sebab keadaan jangkitan/nanah yang dah merebak.Semua ni mungkin boleh dielakkan jika laki aku awal pergi ke hospital.Jangkitan kuman ni..laki aku kena masa dia ada dipelantar/laut.setelah 5 hari sakit (dah tahap nanah keluar dari pusat) baru suami aku dapat balik ke darat.Dia diiring salah seorang staff syarikat terus pergi klinik.Doktor bagi ubat dan suruh datang lagi keesokannya (masa ni aku dah angin ngan doktor tu ).esoknya pergi dia bagi ubat lagi.suruh datang 2 hari lagi .balik rumah..keadaan laki aku makin teruk.nanah bercampur darah dah mula keluar dari pusat.perut buncit/bengkak.nak bergerak pun sakit.Pergi klinik hari jumaat..doktor pun kelam kabut.terus bagi surat suruh masuk hospital.aku terus bawa suami ke KMC Kuantan..wad penuh dan doktor pakar pun dah balik (malam).yang ada doktor bahagian emergency je.Laki aku ajak balik rumah dulu.Pagi sabtu terus pergi KSH  Kuantan.Diorang usung  masuk wad dan petangnya terus bedah.Doktor bising juga sebab kenapa dibiarkan lama.jangkitan laki aku dah teruk.doktor jangka bedah ambil masa 40 minit...berdebar dada sebab tunggu 2 jam tak keluar2.2 jam setengah baru laki aku keluar.rupa2nya jangkitan tu dah masuk bahagian dalam perut dan doktor terpaksa ambil masa.So berkampunglah aku dan anak2 di hospital.Harini tak pasti boleh keluar atau tak..semalam wayar yang disambung ke perut untuk keluarkan nanah dan darah baru je dicabut.Anak sulung aku tinggalkan rumah jiran sebab dia sekolah.Masa ni terharu sangat sebab ada jiran yg cukup mengambil berat.Aku pun demam dan batuk teruk tapi demi yang tersayang..kuatkanlah juga diri ini.Pengajarannya...jangan ambil mudah kalau sakit.nampak sikit tapi boleh membahayakan nyawa.juga berbaik baiklah dengan jiran2.Terjadi sesuatu...ada juga yang ambil peduli.Bagi aku..bila terjadi macam ni..sayang dan menghargai pasangan menjadi lebih mendalam.

**Pstttt... Minggu depan terpaksa turun kl (petronas klcc).camne ni.Tahun depan...mungkinkah aku terpaksa merantau negara orang lagi??? Tunggu dan lihat je lah

Isnin, 23 September 2013

Safi Rania Gold

Yuhuuuu...dah hari isnin.kalau dulu2 zaman bekerja..hari isnin memang hari paling malas dan sibuk sangat.Tambah2 dah hujung2 bulan macam ni.Kelam kabut dengan claim OT/perjalanan...gaji pekerja kontrak/sambilan. .dan serba serbilah berkaitan kewangan.memang serabut gila kepala..tambah2 ada pulak orang yang tak faham prosedur dan tau nak cepat je.pengalaman boleh mendewasakan kita..yang penting sekarang aku tak serabut2 sangat dah.duduk rumah urus anak2 dan rumahtangga je.Sekarang ni cuma agak bosan sebab anak2 dah besar.Adik tahun depan dah sekolah.Apa lah aku nak buat sorang2 dirumah..nak kerja..laki aku macam tak bagi je.

Su...su..hang ni memang mukadimah suka panjang2.sebenarnya nak tunjuk produk yg aku guna sekarang je.Aku ni jenis suka cuba macam2 produk...dah tak terkira kot.zaman sekolah fair&lovely..pastu cuba olay..tukar loreal...clinique..sk11..aura maya...as beauty .mac..ada 1..2 ..lagi aku dah lupa.Sibbaiklah muka jenis kebal.. tukar2 tapi takde kesan buruk dimuka.yang terbaru cuba safi rania gold.Mana tau boleh cantik macam rozita che wan tu...muahaha perasan la hang ni su.Geleng kepala laki aku tengok..banyak sangat untuk set ni.itu belum beli bb cream lagi..he..he..setakat ni sesuaila ngan aku.set ni kan untuk umur 30an (insaf dan sedar diri jap dah berusia) terasa la muka lembut dan kulit sekata.Bak kata laki aku..orang pompuan..orang pompuan...sibuk memanjang ngan nak cantik...

Ahad, 22 September 2013

ABC sedap

Hari ahad...ye..ye..tak lama dah nak jumpa buah hati..rindunyalah. .muahaha..gedik jap.Semalam bawa anak2 merayap taman bandar.Tak jogging pun sebab takde orang jaga bebudak tu.tunggu laki aku balik baru boleh jogging sebab bergilir gilir jaga anak.Kalini pergi sebab anak2 nak bagi makan ikan.habis sebungkus roti.Sebelum pergi taman bandar..singgah makan dulu di tempat peberet kitorang.Yang paling wajib order ialah ABC.Bagi aku..ni yang tersedap ditekak.Lain dari yang lain.Lokasinya...tak jauh dari rumah aku.Restauran Zuzana indera mahkota.Sebab apa yang menyedapkan ABC ni?? Bagi aku kerana bahan2 didalamnya.dia letak sira labu yang dipotong dadu...nanas yg dibuat manisan/sira..dan macam2 la ada.susu pun cukup manisnya...tak macam sesetengah tempat yang ABC tawar..susu pun ciput.bila Ais cair..fuhhh masa sedut ngan straw...terasa manis susu..sira labu dan manis2 sira nanas.sedapnyalah...pstttt..mee goreng pun sedap tauu.masakan panas dari tengah hari dah ada

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...