Selasa, 1 Oktober 2013

Ujian dariNya

Morninggg..menyepikan diri seketika berikutan masalah yg tiba2 melanda aku.Ujian dari Allah...suami baru je selesai menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman didalam perut.Puncanya...doktor sendiri tak dapat nak pastikan.Banyak betul jahitan...doktor sendiri cakap..tak terkira jahitan sebab keadaan jangkitan/nanah yang dah merebak.Semua ni mungkin boleh dielakkan jika laki aku awal pergi ke hospital.Jangkitan kuman ni..laki aku kena masa dia ada dipelantar/laut.setelah 5 hari sakit (dah tahap nanah keluar dari pusat) baru suami aku dapat balik ke darat.Dia diiring salah seorang staff syarikat terus pergi klinik.Doktor bagi ubat dan suruh datang lagi keesokannya (masa ni aku dah angin ngan doktor tu ).esoknya pergi dia bagi ubat lagi.suruh datang 2 hari lagi .balik rumah..keadaan laki aku makin teruk.nanah bercampur darah dah mula keluar dari pusat.perut buncit/bengkak.nak bergerak pun sakit.Pergi klinik hari jumaat..doktor pun kelam kabut.terus bagi surat suruh masuk hospital.aku terus bawa suami ke KMC Kuantan..wad penuh dan doktor pakar pun dah balik (malam).yang ada doktor bahagian emergency je.Laki aku ajak balik rumah dulu.Pagi sabtu terus pergi KSH  Kuantan.Diorang usung  masuk wad dan petangnya terus bedah.Doktor bising juga sebab kenapa dibiarkan lama.jangkitan laki aku dah teruk.doktor jangka bedah ambil masa 40 minit...berdebar dada sebab tunggu 2 jam tak keluar2.2 jam setengah baru laki aku keluar.rupa2nya jangkitan tu dah masuk bahagian dalam perut dan doktor terpaksa ambil masa.So berkampunglah aku dan anak2 di hospital.Harini tak pasti boleh keluar atau tak..semalam wayar yang disambung ke perut untuk keluarkan nanah dan darah baru je dicabut.Anak sulung aku tinggalkan rumah jiran sebab dia sekolah.Masa ni terharu sangat sebab ada jiran yg cukup mengambil berat.Aku pun demam dan batuk teruk tapi demi yang tersayang..kuatkanlah juga diri ini.Pengajarannya...jangan ambil mudah kalau sakit.nampak sikit tapi boleh membahayakan nyawa.juga berbaik baiklah dengan jiran2.Terjadi sesuatu...ada juga yang ambil peduli.Bagi aku..bila terjadi macam ni..sayang dan menghargai pasangan menjadi lebih mendalam.

**Pstttt... Minggu depan terpaksa turun kl (petronas klcc).camne ni.Tahun depan...mungkinkah aku terpaksa merantau negara orang lagi??? Tunggu dan lihat je lah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...