Rabu, 28 Ogos 2013

PRODUK KESUBURAN UNTUK HAMIL...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdatekan blog ni.Semenjak dua menjak ni..terasa sedikit sunyi dan kebosanan.Anak2 dah besar dan suami pula jauh dari mata.Terkebil kebil aku sorang2 dirumah ni.Anak dah la 2 je.Last2 aku cuba menceburkan diri dalam bisness SHAKLEE.Rasanya dah tak perlu diperkenalkan sebab dah 50 tahun SHAKLEE ni wujud.Aku memberanikan diri je untuk terlibat dalam bisnes online ni.Terima kasih keluarga aku terutama adik2 yang banyak memberikan sokongan.Selain mengisi masa terluang..aku juga boleh berkongsi kebaikan dan menambahkan pendapatan.Kalau berminat..korang boleh teruskan membaca.

First entry tentang SHAKLEE aku nak cerita berkenaan produk kesuburan.Untuk membantu mendapat dan menambahkan zuriat.Dalam apa2 pun perkara..kita perlu berusaha.Semua masalah dan penyakit ada penyelesaiannya kecuali mati.Opppps sebut pasal kesuburan atau untuk hamil..korang mesti kata..elleehh dia pun anak dua je,ada hati nak jual produk untuk kesuburan.He..he..terus terang aku cakap.Aku setakat ni..jenis mudah lekat atau istilah biasa terlebih subur.Tapi..ada tapinya..hak..hak..laki aku telah menetapkan syarat dia hanya nak 2 orang anak.Puas dah aku pujuk pelbagai cara ..tapi tak berjaya.Hu..hu..Laki aku kata senang nak simpan duit untuk diorang..senang nak kawal dan senang pergi jalan2/holiday.Aku yg pertama keguguran..bunting pelamin.no 2 dan 3 aku berhenti merancang..sempat sekali je period pastu terus ngandung.

Panjang melalut..ni aku perkenal produk yang terlaris dipasaran.Set kesuburan dan untuk mendapatkan zuriat.



1. B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
2. Vita-E Complex®

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

3. GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

4.Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Kita hanya boleh berusaha.Sesiapa yang berminat dan mahu mencuba boleh PM FB su..Like page sushaklee atau boleh message/whatsapp 012 8022465





 

 

Nak kurus

Morningggg...melepak jap selepas selesai uruskan anak2.Siapa yang kenal aku..diorang memang tau yang aku telah berjaya membesarkan badan semasa tinggal di Qatar.Bukan sedikit tapi membesar dengan sangat melampau  tahap gaban muahahaha.masa di Qatar..keinsafan untuk meng kurus kan badan ada tapi semangat dan keazaman tu sangat2 kurang.Paling pantang kalau nampak bantal.Kuat betul aku membuta.siang mudah sangat terlelapnya.Senaman memang malas..fast food dgn nasi pantangggg jumpa.Tetiba balik malaysia..semangat tu kuat sangat.Laki aku pun banyak bagi dorongan.Sanggup hari2 teman aku pergi jogging.Siap buat homegym.Alhamdulillah..badan aku berjaya turun dengan jayanya.hampir 3 bln berusaha..aku berjaya turun 11 kg.Cerr korang tengok masa aku pakai baju t shirt purple..macam orang ngandung.adoi. sangat demokkk ooo.baju kurung..masa raya baru2 ni.yg pakai jeans tu hampir 2 minggu yg lalu (hari ni badan aku turun lagi ).Masa tu jeans tu dah berjahit kiri dan kanan pinggang.jeans tu dah tak boleh pakai sebab besar sangat dah.laki aku kata macam apek jual sayur kalau pakai jeans tu.Yang menggembirakan aku..aku berjaya pakai seluar jeans yg dah 3 thn tak muat.seluar tu aku beli pastu sempat pakai 2 kali je.pastu ketat.harini..seluar tu muat dan longgar.baju cardigan hitam tu dah lama beli.tapi tak pakai sebab tak muat.masa beli aku sengaja beli saiz kecil konon2 pemberi semangat.Alhamdulillah dulu baju saiz XL tapi sekarang m
*bukan bertujuan untuk menunjuk nunjuk tapi pemberi semangat kepada sesape sedang berusaha menurunkan berat badan.hanya orang yang pernah melalui tahu perasaan bila berbadan besar.rendah diri..tiada keyakinan..kecewa..semua ada.Jangan risau..kalau betul2 kuat semangat dan berusaha betul2..korang pun boleh.Aku pernah hampir putus asa tapi terima kasih suami tersayang.dia tak pernah putus2 bagi dorongan dan sokongan.jangan mudah menyerah sebelum berusaha sehabis daya.

Selasa, 27 Ogos 2013

Isteri orang tapi tak sedar diri...

Tu dia tajuk..amikkau.Setelah lama aku mendiamkan diri tetiba muncul kembali.Sepanjang kehilangan aku..memang banyak perkara yang telah terjadi.Suka dan duka bersilih ganti.Fikiran bercelaru sangat2 sebelum ni..tapi alhamdulillah sekarang aku dah semakin tenang.Rupa2nya ada hikmah atas semua yang terjadi.Aku sendiri terasa makin dekat dengan Yang Esa.Setiap kali hati tak tenang..aku segera ambil wuduk dan baca Al Qur'an.hati jadi tenang sangat2.Apa yang terjadi buat aku berhati hati dalam berkawan.Kadang2 tanpa kita jangka..orang yang kita kenali boleh menikam dari belakang.Jangan mudah percaya dengan perwatakan luaran seseorang.Dunia akhir zaman...berstatus isteri orang tapi masih mengharap dan terkejar kejar suami orang lain.Bukan tujuan mengaibkan tapi harap2 korang jadikan pengajaran.Jangan mudah percaya dengan sikap luaran seseorang.Ada seseorang yang aku anggap kawan dalam diam cuba merosakkan rumahtangga yang telah 10 tahun terbina.Daripada awal aku dah ada sedikit rasa curiga dengan sikap pompuan tu.Setiap kali aku letak gambar suami..dia orang pertama yang akan like.gambar family takde pulak beria ia nak like.Dalam diam pompuan tu masuk jarum dalam rumahtangga aku.Suami aku tersalah langkah kerana terlalu prihatin untuk mendengar segala masalah dia.Benar kata orang..jangan sesekali melayan dan prihatin terhadap kaum bukan sejenis.Tapi mujur suami aku cepat tersedar sebelum terlanjur lebih jauh.Hati memang terluka tapi manusia mana yang tak melakukan kesilapan.Suami aku segera memutuskan segala bentuk hubungan.dia unfriend fb pompuan tu..buang no phone dan minta pompuan tu jangan wujud lagi dalam hidup kami.Pompuan tu masih bagi sms tapi laki aku buat bodo je.dan yang paling pompuan tu bangang sebangangnya (sorry kasar sikit ayat) pompuan tu boleh buat akaun facebook lain pastu siap buat ayat jiwang2 segala bagai khas untuk laki aku.rindulah...kenapa menyepikan diri..takleh lupa..HELLOOO pompuan.ko tu bini orang.laki aku terus block fb jiwang pompuan tu.kalau tengok luaran..adoiii lembut nak mampus.Nasib baik aku boleh berfikir..takde bodonya aku nak serang dia.Tak kuasa aku nak membangangkan diri macam dia.Buat masa ni aku hanya perhatikan dulu pompuan ni.kalau dia melampaui batas..memang cari nahas namanya.Pompuan ni kerja Coway di kl..laki dia polis..anak dah 2.Laki dia memang x tau bini dia perangai camni.kalau dia cuba ganggu hidup aku dan suami..aku akan pastikan aku dan suami pergi rumah dan bertentang mata dgn laki dia.Rumah dia aku dah pernah pergi.Alhamdulillah..kerana duri yang pompuan ni tabur..hubungan aku dan suami semakin bertambah erat.Aku masih teringat pertanyaan laki aku.."ayang percaya abang atau pompuan tu?".In syaa Allah aku lebih percayakan laki aku.Insan yang terlalu banyak berkorban untuk aku dan anak2.Aku hanya mampu berdoa pompuan tu boleh berubah.Sedar diri dia isteri orang.tau dosa dan pahala.Sudah2la perasaan nak berseronok tu.Setakat yg aku tau dia ada 4 fb.1 ngaku dah kawin tapi yg 3 tu..bujang.kesian laki dia.
*sorry terpanjang entry arini.pengajarannya..jangan mudah percaya seseorang walaupun korang anggap kawan rapat.
*tengok2la fb laki korang.kot2 ada yang cuba nak curi perhatian dia.Zaman sekarang ni...bini orang lagi bahaya dari anak dara.
*pesan kat pasangan  masing2...x payahlah nak jadi pendengar setia daripada yang berlainan jenis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...