Sabtu, 25 Mei 2013

Pantai depan hotel...

 Tak habis2 lagi entry mengenai port dickson.Kali ni tempat kitorang mandi manda.Layan pantai depan hotel seri malaysia.Cuma perlu lintas jalan.Pantai ni sangat2 sesuai untuk family terutama budak2 sebab ombaknya tak kuat..landai je pantainya.Pasir pun jenis tak menarik.Pagi2 dah ada di pantai.Dikawasan berhampiran ada dijual makanan dan peralatan untuk bermain di pantai.Cenderamata pun banyak.Banana bot dan bot untuk pusing2 kawasan sekitar pun ada di pantai ni.
 
Panaskan badan dulu..main bola dengan hero2
 
 
Abah tunjuk skill pada anak2...
 
 
 Berdebar dada tengok along pergi kawasan agak dalam walaupun dia pandai berenang..adam masih takut2
 
 
 
Adam dah mula tersenyum..
 
 
Terpaksalah abah melayan..aku penakut air sikit.Main tepi2 pantai boleh.Dalam sikit...minta maaffflerr
 
 
Budak yang paling excited..udahlerr gelap..bertambah hangusla anak bujang aku ni
 
Nak mencelah juga..kih..kih..muka tanpa make up..sememeh sikit.Habis terbakar kulit...adoila

Jumaat, 24 Mei 2013

COWBOY PLACE PORT DICKSON

Selamat bercuti semuaaa..Aku ni jadi biskut jap.Agak lama menyepikan diri.Sebenarnya kesihatan kurang mengizinkan di samping sibuk merayap.Laki aku kalau dia ada..memang kitorang jarang ada dirumah.Ada je aktiviti yang hendak dibuat.Sebenarnya sehari dua ni..fikiran agak berkecamuk dan hati terluka sangat2.Sampai sekarang..luka tu masih berdarah dan belum sembuh.Nantilah tu story kemudian..Kali ni update cerita2 tertangguh dulu.Aritu masa pergi Port Dickson..aku usha2 blog2 kengkawan tentang tempat tempat menarik di Port Dickson.Kebanyakan cadang pergi cuba makan di Cowboy Place.Tak susah nak cari sebab berpandu pada En Garmin.Untuk sape2 yang nak pergi..pada gambar di bawah ada alamatnya.Nak lagi jelas..tempat ni betul2 sebelah Marina Resort.Kedai ni tepi jalan je.Sini tak banyak pilihan..ada nasi kukus..dan bakar2.Air ada 3 jenis je..limau,tembikai dan air mineral/kosong.Bagi tekak aku..sedapp.Satu set hidangan hanya RM5.kalau nak tambah kepak ayam..tonggeng..sosej dan lain2..1 cucuk RM1.Tempat ni hiasan memang lain dari yang lain.Sedap mata memandang.Pelayan pun semua bertopi ala2 koboi.Hidangan cepat je sampai dan pelayannya pun tak kedekut senyuman.Tempatnya bersih dan tak terlalu panas.
 
 
Masa aku sampai..bahagian ni belum dibuka.mungkin kitorang terawal kot..
 
 
 
 
Hiasan berdekatan kaunter bayaran.Kecuali budak kacukan bangladesh tu yerrr...yg tu tak jual.Ada orang tak percaya kitorang anak beranak.Kulit 100% berbeza.Adoii nak buat macammana..along lahir tengah malam..kih..kih..
 
 
Air dah sampai..rasa macam nak minta je topi tu.Comel pulak aku tengok.
 
 
Ni tepi meja makan kitorang.Simple tapi menarik..
 
 
 
Ruangan ni belum dibuka.Mungkin dia buka lewat kot.
 
 
Ni set nasinya..RM5.Nasinya agak sedikit bagi orang yang gemarkan nasi.Ayamnya memang puas hati.Terasa rempahnya..sedap dan dibakar secukupnya(x mentah dan x terlalu masak).Lain kali kalau sampai Port Dickson..memang akan datang lagi. 

Selasa, 14 Mei 2013

PERCUTIAN MENGEJUT..

Bertemu lagi...tuan Tanah muncul kembali.Banyak hari juga aku menyepikan diri.Takdenya merajuk atau apa tapi gara2 percutian mengejut.Laki aku sampai rumah malam khamis.Keesokkannya hari jumaat tetiba je dia ajak pergi bercuti sebab kesiankan anak2.Cuti sekolah hujung bulan ni..laki aku kerja.Itu yang ajak pergi bercuti awal2 .Dia tetiba je bagitau..jom kita pergi port Dickson.Adoiii kelam kabut aku.Malam jumaat tu masukkan je keperluan yang patut.Hotel tak booking pun..tawakkal je.Laki aku kata..sampai sana,mana2 hotel yang berkenan kita redah je.Senang kan pergi bercuti..he..he..Pagi sabtu tu..terus bertolak pergi PD dengan pertolongan Garmin.Kalau takde Garmin memang sesat ler jawabnya.Sampai2 Port Dickson..perut terus berkeroncong minta diisi.Google mana yang patut..ramai cadangkan cuba di Cowboy Place.Senang je cari tempat ni..entry berikutnya aku cerita tentang tempat makan ni.Lepas isi perut..misi mencari hotel pulak.Kitorang singgah beberapa hotel berdekatan pantai tapi banyak yang parkingnya buat kita tak lena tido...Last2 ternampak Hotel Sri Malaysia.Lebih kurang je mana2 negeri hotel ni..sekadar untuk tidur satu malam..rasanya lebih dari ok.Parking sangat2 puas hati.Yang bestnya ialah hotel ni betul2 depan laut.parking kereta dekat hotel pastu boleh melintas jalan untuk ke pantai.Kebetulan malamtu ada pasar malam..betul2 sebelah kiri hotel.Sebelah kanan hotel pula..balai polis.Pantai depan hotel ni sampai malam penuh orang.sangat sesuai untuk mandi2 sebab landai dan ombak dia tak terlalu kuat.Pasir diapun bukan yang jenis menarik.Banana bot pun banyak.Ada pak cik pusing2 ajak orang naik bot pusing2 tengah laut.aku tak naik pun sebab anak2 mabuk laut.Telok kemang bagi aku..kurang best untuk mandi2.Orang terlalu ramai..air diapun berbahaya untuk budak.Lagi satu aku tak berapa suka telok kemang..budak2 motor terlalu ramai dan ada yang agak mencari pasal.Nanti aku ceritakan pada next entry...
 
                              

Hotel ni betul2 depan laut
 
 
Bilik kitorang 1 katil besar 1 kecil.Tapi yg kecil tu besar bagi aku.Anak aku boleh tidur berdua dan masih ada ruang..towel 3..sarapan utk 3
 
 
Bilik mengadap kolam renang.Tak sempat masuk kolam renang sebab terlalu ramai orang.Kolamnya agak kecil
 
 
Shower..takde bath tub
 
 
Toilet
 
 
*Harga bilik ni RM215..hari sabtu.hari biasa lebih murah kot
*pakej sekali sarapan utk 3 orang.Tapi kitorang berempat.Staff dia lepas je sebab adam kecik kot
 

Rabu, 8 Mei 2013

Cendawan Goreng..

Entri kedua untuk harini :)..Menu kudapan aku petang semalam.Sejak baik dari demam..tekak aku ni ngada2 betul.Banyak yang teringinnya.Ini salah satu darinya..yang tak dapat lagi cheesecake secret resepi.Nantilah cik abang balik..aku ajak dia pergi beli.Nak drive sorang2..hu..hu..tak kuasa aku nak masuk bandar yang memanjang jem dan susah bebenor nak parking.jom..jom..kunyah2 depan tv sambil menambahkan lemak2 di badan...Resepi aritu aku usha2 google dan main salin je.Terlupa pula catit sumber dari blog mana.Jap lagi aku cari semula dan edit nama blognya..
 
Cendawan goreng tepung
 
500 gram cendawan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu besar serbuk kari(aku kurangkan sbb anak x tahan pedas)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar air kapur (aku x isi)
garam
air
 
-Campur semua bahan.Adunan sederhana pekat.
-ini antara panduan yang aku pernah terbaca
*Pastikan cendawan betul2 kering.kalau tak..nanti cendawan goreng x rangup dan mudah lembut.
*masa menggoreng..minyak kena betul2 panas
*cendawan jangan biar dalam adunan tepung.Masa nak goreng..celup terus masuk dalam minyak
*cendawan siat kecil2
 

 
Sepiring untuk ngunyah2 depan tv..
 
 
Ni adunannya..tak pekat dan x terlalu cair.
 
 
 
  Basuh..siat2 kecil pastu toskan sampai kering. 

Pulut inti kelapa

Masa berlalu dengan cepat..selepas 2 minggu..arini dapat jumpa my laling.Malam tadi awal2 lagi laki aku dah pesan..arini x payah masak.Kita makan di luar..yesss I likeee.Pantang je kalau laki kata tak payah masak..suka bukan main yee.Pagi tadi beli je sarapan tak jauh dari rumah..tengah memilih kuih tetiba dengar bunyi berdentum.berderau darah aku..eksiden betul2 depan mata tak jauh dari tempat aku parking keta dan didalam kereta..ada anak aku yang sedang tido.Eksiden motor dengan motor.pakcik tu nak belok masuk ke kawasan perumahan..sorang lagi budak sekolah nak keluar dari kawasan perumahan.Betul2 jatuh tergolek ditengah2 jalan.Pakcik tu ok..boleh bangun.. cuma budak tu terbaring.Orang yg ada disitu cepat2 tarik motor dan budak tu ketepi.Sebab situ kawasan simpang perumahan dan jalan utama untuk keluar.Mujurlah kereta brek mengejut.kalau tak...aku tak boleh bayangkan apa terjadi dekat budak sekolah tu.Berdebar aku sebab motor tu kemalangan dekat sangat dengan kereta aku..lain kali aku kena dukung anak keluar walaupun dia tidur.

Habis  cerita pagi tadi...ni entry gambar tertunggak.Lama dah aku buat..ni baru dapat postkan gambar.Pulut aku rendam semalaman pastu kukus.dah hampir masak..aku keluarkan pastu arung/masukkan dalam santan+garam.kukus semula.inti pulak ...  kelapa parut+gula melaka/merah dan sedikit tepung gandum.

HOME GYM...

Morrrninggg..mulakan pagi ni dengan penuh keceriaan.Penuh dengan senyuman barulah rezeki pun dekat2 je ngan kita.Aku ni terlebih ceria arini sebab esok laki aku balik.Wahhh best best..boleh rehat jap.Kalau tak..letih dan terkejar kejar sebab semua perkara perlu diuruskan seorang diri.Rasa macam nak pergi bercuti tapi anak pulak sekolah.Nasibblahhh..along cuti sekolah..abahnya kerja.Bila abah cuti..anak pulak sekolah.Pepagi dah mengarut kan..entry pembukaan arini aku mulakan dengan homegym.Akhirnya siap dan lengkap juga bilik gym kitorang..alhamdulillah.Takdelah lengkap macam gym2 di luar sebab bilik tak terlalu besar.Hajat di hati nak tambah treadmill tapi disebabkan takde ruang untuk diletak..terpaksa tangguhkan dulu.Sesetengah orang kata membazir..baik pergi gym.Sejam bukannya mahal pun.Tapi bagi aku kalau kita minat sesuatu..tak salah rasanya berhabis sikit.Beli sekali je..pastu boleh pakai lama.Lagi satu kalau lelaki ok tapi bagi aku..agak tak selesa untuk pergi gym.Pakaian perlu dijaga..mana boleh pakai seluar dengan baju ketat2...dirumah..bebas.Tak pakai tudung pun takde masalah :).Laki aku memang antara kaki gym yang tegar..
 
 
Inilah antara koleksi yang ada
 
 
Yang ni memang sesuai utk home gym.Semua ada...
 
 Ni cara2 dan fungsi latihan yang dibuat
 
 
Cermin yang baru dipasang.So..lengkap dah gym ni..
 
 
 Yang terberat setakat ni.Kuantan ni stok kurang sikit untuk barang2 gym.Terpaksa tempah dan tunggu dari kl
 
 
Bola untuk golek2 dan kadang2 jadi bola mainan anak2..hu..hu 
 
 
Ini yang teringan dan ni jelah yang aku selalu guna..kih..kih..
 
 
 

Isnin, 6 Mei 2013

Kerabu Rumpai Laut

Siap memasak.Arini masak simple2 je sebab laki aku masih dilaut.Biasanya bila dia cuti baru aku masak meriah2 sikit.Arini layan kari ayam dengan kerabu rumpai laut.Rumpai laut baru2 ni hangat juga diperkatakan.Terpulang pada pandangan individu.Aku ni minat giler dengan rumpai laut.bukan pasal kolagen2 tapi suka makan.Laki aku asal orang sabah.Kalau disabah..rumpai laut ni diorang buat macam makan ulam je.Kalau korang nak rasa..dikedai2 makan di sabah banyak.Gerai2 ikan bakar di belakang pasar filipina tu pun kebanyakannya sediakan rumpai laut.Tapi disana yang betul2 segar la.Aku terjatuh cinta dengan rumpai laut ni 10 thn yang lalu..masa baru kawin dan pertama kali balik sabah.Sedap di tekak aku.Disemenanjung takde pilihan.Yang kering pun jadilah..sesetengah tekak tak boleh terima sebab hanyir sikit.Aku pulak mungkin dah terbiasa..jadi sedap je ditekak.Biasanya aku buat kerabu sebab rasa hanyir tu hilang.Arini buat kerabu simple..serai..cili api..belacan..bawang besar..limau nipis..rumpai laut kuning+purple dan tomato.jom meratah...bab khasiat aku tak pasti tapi muka aku jenis takde masalah.jerawat pun malu2 nak keluar.selain kerabu...aku suka buat masker..tegang je rasa.Ada banyak lagi dirumah ni..bilalah nak habis rumpai laut ni.Nasib baik tahan lama.

TEH FREE...

Morningggg...dah pagi isnin.Pagi2 buka paip..dapat air teh percuma.Senario biasa di kuantan.Oklah juga ada teh tarik ...daripada air yang asyik terputus.Kualiti air disini memang teruk betul.Laki aku balik nanti..terpaksa juga beli penapis besar yang letak dekat paip luar rumah.Tak sanggup dah aku nak muntah2 bila gosok gigi atau basuh muka...sebabnya ada masa air ni berbau dan warnanya buat aku rasa nak gali perigi je dekat rumah ni..air yang disimpan dalam tong besar (untuk kecemasan kot2 air terputus bekalan) 2 hari je kena buang pastu isi air semula..2  hari tapi dasar tong dia punya kotor/berkeladak punyalah teruk..nak mandi pun tak sanggup...bilalah masalah ni akan berakhir.taknak salahkan mana2 pihak tapi hanya luahan perasaan..he..he

Jumaat, 3 Mei 2013

Rugi 2 undi

Semangat mengundi kawasan rumah aku makin jelas.Ramai yang balik kampung masing2 untuk mengundi..sunyi je rasa bila jiran2 takde.Dahla laki aku masih di laut..takut2 juga sebab kiri kanan rumah kosong.Sebut tentang mengundi...wall fb la yang paling hangat.masing2 penuh hujah dan yang paling aku kesalkan..kerana politik boleh bergaduh walaupun berkawan dari kecil.Aku hanya pemerhati..undi adalah rahsiakan..he..he..tapi rasa2nya kawan2 aku boleh tau aku sokong parti mana.dalam banyak2 isu..aku tertarik pasal ic biru yang diberikan pada orang luar.jangan ada yang hentam aku lepas ni ye..aku cuma nak bagitau fakta depan mata.Laki aku orang sabah...jadi aku dah terlalu kerap balik kesana.Terus terang aku cakap..benar ic mudah diperolehi.Semenanjung aku tak tahu.Abang ipar aku berkahwin dengan orang filipina sulu.Kakak ipar aku sefamily ada kad pengenalan biru dan diorang juga dapat duit brim.mak ayah kakak ipar aku memang datang dari filipina.Kalau area tawau..lagilah.Aku tak kata sapa2 salah tapi itu realiti disana.tanyalah orang asal sabah...tapi masalah ic ni dah terlalu lama.Tanah pun banyak dimiliki bukan orang tempatan.ada geran atau tak..aku tak pasti tapi masalah ni harap2 lah dapat diselesaikan suatu hari nanti.Berbalik pada hilang 2 undi...laki aku masih di pelantar minyak pada hari mengundi ni.Hmmm kenapa diorang x buat undi pos/undi awal untuk orang macam laki aku ni.Beribu juga rasanya orang yang hadapi masalah macam laki aku.Lagi 1 undi..akulah tu.Rupa2nya nama aku masih perlu mengundi di kampung.Aritu kelam kabut balik Malaysia..agak terlambat buat pertukaran alamat.Laki aku tak benarkan aku balik atas faktor keselamatan.7 thn di negara orang..aku x pernah drive.jadi aku baru nak cekap bawa kereta semula.Bahaya untuk aku drive sensorang.Ada wakil parti bawa senarai nama ke rumah ayah aku.suruh ayah call aku..diorang boleh bagi Rm??? Kalau aku balik.Aku jawab..Hmmm takpelah...x bagi duitpun saya balik undi kalau takde apa2 halangan..sebab itu tanggungjawab.zaman sekarang...x habis2 dengan janji duit..adoiii.Aku bercerita apa aku lalui..takde bagitau nama mana2 parti ye..harap2 lepas 5 mei ni..mana persahabatan yang retak kembali terjalin.
*bak kata p ramlee..jangan marah aaa

Khamis, 2 Mei 2013

10 tahun bayar...

Haiii korang..tetiba terajin nak bercerita.Aku nak bercerita sikit mengenai pengalaman bayar habis hutang rumah.Rumah aku ni..teres biasa je tapi alhamdulillah di geran dah nama sendiri.Mula2 proses nak bayar..kitorang laki bini pergi bank untuk dapatkan pengesahan berapa jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dibayar.Urusan kali pertama pun dah agak menghilangkan mood senyum dimuka.pertanyaan kitorang dijawab acuh tak acuh..takpe sabor..sabor..dalam kepala aku..ni mesti salah laki  aku sebab pakai t shirt biasa..selipar..ngan jeans lusuh..lain kali kena pakai ala2 korporat sikit (ayat perli sebenarnya ni).
Oleh kerana taknak menghilangkan mood sabar kepada marah..kitorang minta diri dan terus ke bank utama.Alhamdulillah pekerjanya sangat2 beretika.Dia cerita satu persatu proses yang perlu dilalui.Proses pertama..kitorang kena tunggu statement penuh pinjaman rumah dari ibu pejabat kl.Kitorang tunggu dalam 3 hari juga.Pekerja bank tu call dan masa di bank kitorang urut dada kejap tengok penyata bank.10 tahun kitorang dah bayar dan baki yang perlu dibayar adalah jumlah harga asal rumah.10 tahun bayar untuk?????.Nasib baiklah bajet masih mencukupi.Oh lupa nak bagitau..penyata bank yang tekan komputer pastu printkan je pun kena bayar.so kalau korang tak puashati dengan penyata pastu minta print lagi yang lain..kena bayar lagi.Geleng kepala aku...kertas penyata tu pun kena bayar.bukan ringgit2 ye...hu..hu..bank..bank.ok selesai dapat kertas penyata pinjaman..kitorang pergi bank inkan duit pada nombor akaun yang di beri.pastu tunggu diorang proses.Selesai..perlu upah peguam pulak...duit lagi.selepas sebulan lebih..alhamdulillah kitorang dapat geran.Duit bayaran ada lebihan tapi bank jangan haraplah nak hantar surat atau call.kena rajin dan tebalkan muka bertanya dan check akaun bank.selesai geran..jangan lupa beli insurans rumah.Kitorang ambil takafful je.Kesimpulannya..apa2 urusan..kena rajin2 follow up.banyak2 bersabar.10 tahun bayar faedah je wehhhh..hu..hu..takpe janji rumah dah hak sendiri.Oh ya..orang bank tu macam pelik dan was2 kitorang nak bayar habis..aku berprasangka baik je..mungkin penampilan kitorang yang simple ala ala selekeh.. dan muda lagi kot...

Kembaliii

Kembali setelah sekian lama menyepikan diri.Terlalu banyak suka dan duka yang ingin dikongsi bersama tetapi ada je halangan.Harap2 lepasni blog ni tak bersawang lagi.Kehidupan harian dah mula teratur dan kembali normal...cuma sibuk sikit sebab laki aku sekarang kerja di tengah2 laut..hu..hu..sibbaik la anak2 aku ni jenis tak meragam.Sekarang terpaksa belajar berdikari dan tak boleh terlalu bergantung pada laki aku.In syaa Allah kalau takde apa2 aral..awal tahun depan..laki aku kena kursus di korea.Uwaaaa aku ditinggalkan.Nak ikut..leceh pulak rasanya.Anak sekolah..rumah..kereta..aku buat keputusan taknak ikut tapi bila cuti sekolah aku ngan anak2 akan pergi bercuti ke sana.balik dari korea laki aku akan mula kerja di bintulu atau labuan...inipun aku tak ikut.laki aku jenis 2 minggu kerja..2 minggu cuti.so aku tinggal kuantan je lah.dia yang ulang alik.Alhamdulillah..hasil kerja di qatar..kitorang berjaya bayar habis rumah dan beli sebuah kereta secara tunai.Harap2 lepas ni takdelah buat hutang lagi (padahal dlm kepala ni teringin beli keta idaman..kih..kih).panjang pulak intro mengarut aku ni..mood masak2 dak kembali..layan gambar dulu.Resepi kemudian sebab aku guna phone je untuk update blog buat masa sekarang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...