Sabtu, 21 Julai 2012

Lama menyepi..

Selamat berpuasa untuk semua.Aku mula untuk aktifkan semula blog yang dah mula bersawang ni.Kenapa aku menyepi?..aku sendiri tak berapa pasti.Aku baru je balik dari bercuti selama sebulan.Seronok sangat dapat balik berjumpa keluarga tersayang.Berat rasa hati untuk tinggalkan mak dan abah.Berat je kaki nak melangkah ke KLIA.Mak  dan abah aku sangat2 uzuR.Mak banyak terbaring sebab dia dah tak berapa boleh berjalan.Abah pulak..kencing manis makin teruk.Bahagian kaki yang dipotong dulu..mula berlubang pulak.Allah sahaja yang maha mengetahui perasaan aku.Insyaallah tahun depan aku akan balik terus ke Malaysia.Aku dan suami dah sepakat ambil keputusan untuk meninggalkan Qatar dan pulang semula ke tanah air tercinta.Aku nak habiskan masa dengan kedua orang tua selagi masih ada kesempatan.Insyaallah semoga semua urusan dipermudahkan.Cuti2 baru ni..tak banyak tempat yang aku pergi sebab banyak masa dihabiskan dengan mak dan abah.insyaallah nanti aku masukkan entry cuti2.Hmmm..semasa di kampung..tiba2 terdetik hati untuk berubah cara berpakaian.Alhamdulillah atas dorongan dari suami..aku berubah memakai baju yang longgar dan bertudung labuh.Perasaan untuk berubah tu..tiba2 je datang sendiri.Mungkin inilah hidayah yang diberikan...insyaallah semoga perubahan ini terus berkekalan.Semasa bercuti juga..anak jiran yang juga teman satu sekolah meninggal dunia dalam kemalangan.Satu keluarga meninggal dunia.Suami..isteri..anak 8 bulan dan anak dalam kandungan.Ada masuk dalam suratkhabar sinar harian.Mereka sejak kawin..tak pernah tinggal sekali.berjumpa hanya dihujung minggu.Yang buat aku sebak..dalam Facebook (isteri dia kawan aku),beberapa hari sebelum kematian,meluahkan rasa sedih dan kecewa sebab permohonan bertukar tempat kerja tidak diluluskan.Kuasa Yang Maha Esa..didunia tinggal berjauhan tapi bila meninggal dunia,mereka disatukan dalam satu liang lahad.Allah Maha Mengetahu disebalik semua kejadian.Semoga roh mereka bersama insan yang terpilih disisiNya.amin..Qatar berpuasa awal sehari dari Malaysia.Selamat menyabut ramadhan untuk semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...